Bismillah wal hamdulillah
Assalamualaikum.
Herba boleh disifatkan sebagai
tumbuhan atau bahagian tumbuhan yang
digunakan untuk tujuan perubatan atau bau aromatik yang harum atau pedas. Bagi
wanita yang suka memasak. Terdapat beberapa herba yang wajib ada di rumah tidak
kira d tanam sendiri ataupun dibeli.
Herba ini merupakan keperluan yang wajib
ada untuk memasak. Penggunaan herba ini tidak terhad kepada satu bahagin
tumbuhan sahaja. Buah, daun, akar sehinggalah kulit kesemua bahagian tumbuhan
ini boleh membawa seribu satu kebaikan kepada tubuh badan. Jom berkongsi manfaat serta kebaikan beberapa
herba yang biasa kita gunakan di rumah seperti :
1. HALIA
Halia membantu bagi proses menguruskan
badan di samping mengatasi masalah perut buncit. Ia juga baik untuk lelaki
untuk meningkatkan tahap kesihatan mereka. Bagi mereka yang mengalami sakit
kepala, halia membantu mengurangkan rasa sakit serta ia juga boleh mengurangkan
rasa mual dan masalah ketidakhadaman.
2. KULIT KAYU MANIS
Kulit kayu manis membantu
mengurangkan masalah selesema dengan cara mengunyah atau campur sedikit kulit
kayu manis di dalam susu dan minum. Air rebusan kulit kayu manis dan halia juga
sesuai diamalkan oleh wanita yang mengalami masalah senggugut. Sekiranya anda
mengalami masalah sakit gusi dan masalah nafas berbau, berkumurlah dengan air
kulit kayu manis.
3. LADA HITAM
Lada hitam boleh mengubati pening
kepala, cirit birit dan melawaskan kencing. Caranya mudah, rebus dua sudu lada
hitam yang telah dibersihkan dengan dua cawan air. Tapis dan minum.
Daun pokok lada hitam juga boleh
merawat demam panas. Caranya dengan menumbuk hancur daun lada hitam dan sapukan
di dahi.
4. SERAI
Pengambilan teh serai ketika
sedang haid dapat mengurangkan gejala senggugut dan mual. Minum serbat (ait
rebusan) serai ketika hari panas dapat membantu menyejukkan badan.
Serai juga boleh membantu
mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, masuk angin dan cirit birit. Serai
membantu mengurangkan angin dalam usus sekali gus mencegah pembentukan gas
berlebihan.
5. LENGKUAS
Daun lengkuas boleh membantu
menghilangkan panau. Caranya mudah, tumbuk beberapa helai daun lengkuas, ambil
airnya dan sapukan di kawasan panau. Ulang beberapa kali.
Untuk mencegah rasa mabuk laut
dan rasa mual, kunyah beberapa hirisan lengkuas. Lengkuas juga boleh menurunkan
kandungan lipid, risiko reumatik, pertahankan keremajaan kulit dan mencegah
penuaan dan perawatan rambut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan