BISMILLAH WAL HAMDULILLAH
Assalamualaikum semua...
Menghadapi karenah yang anak letuskan tidak kira tempat dan masa pastinya menguji kesabaran diri. Tetapi terdapat beberapa tips berlandaskan agama yang boleh dipraktikkkan sejak daripada usia muda anak.
1. AJAR ANAK MENCINTAI ISLAM
Pupuk rasa cinta anak kepada islam dan ajar dia untuk meneladani sifat Rasullullah SAW dan para sahabat. Itu adalah antara cara terbaik untuk menanamkan akhlak mulia kepada si anak. Apabila anak menjadikan Nabi SAW dan para sahabat sebagai idola sejak kecik, dia pasti akan berusaha mengikuti sifat baginda dan sahabat2 nya.
2. TANYA PENYEBAB ANAK BUAT PERANGAI
Tanyakan kepada anak mengapa dia meragam. Ambil peduli dengan apa yang diluahkannya. Jika penyebabnya adalah sesuatu yang remeh, anda tidak perlu penuhi keinginannya. Anda perlu jadi seimbang dalam memberi perhatian. Jangan terlampau memanjakan anak pula.
3. BERIKAN PENJELASAN
Setelah mengetahui penyebab yang menjadi punca, anda sebagai ibu bapa perlu menjelaskan kelebihan dan kekurangan yang bakal dilalui kesan daripada perbuatannya itu. Terangkan kepadanya dalam bahasa yang mudah difahami. Selitkan contoh2 daripada kisah Rasullullah yang anda tahu.
4. BERSIKAP TEGAS
Sekiranya selepas mendapat penjelasan si anak masih berkeras, jangan mudah mengalah ataupun anda pula bertukar menjadi pemarah. Anda hanya perlu bertegas kerana awalnya anak-anak mungkin merengek namun perlahan-lahan dia akan memahami bahawa walaupun berterusan mengamuk , anda tidak akan memberikan apa yang diminta.
5. BERI PERHATIAN
Karenah anak yang mengada-ngada itu sebenarnya adalah petunjuk yang mereka mahukan perhatian dari anda. Oleh itu, usahakan supaya setiap hari anda sempat bermesra dengan mereka paling baik ialah peruntukkan sedikit masa terluang untuk dihabiskan dengannya sambil berbual-bual bertanya tentang perkembangan harian.
IKHLAS PENUH CINTA :
ummi Tasneem.Kauthar.Ali
-0124322400-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan