BISMILLAH
WAL HAMDULILLAH
ASSALAMUALAIKUM SEMUA….
Harinie saya nak share tentang
tip penjagaan luka selepas bersalin. Memandangkan saya sendiri dah melalui
pengalaman bersalin secara pembedahan makanya saya kan kongsikan beberapa tip
berdasarkan pengalaman saya sendiri. Ketiga-tiga anak saya telah melalui proses
bersalin secara pembedahan.
Orang kata lain anak, lainlah
pengalamannya. Samalah seperti saya, wlupun ketiga-tiga anak secara pembedahan
tetapi pengalamannya tetap berlainan. Anak sulung Tasneem saya czer sebab Poor
Progress. Alhamdulillah melalui proses pembedahan yang amat memudahkan tetapi
anak sulung buatkan saya trauma ketika berpantang bila terkenangkan bnyk sangat
mendengar petua-petua mereka yang tidak berpengalaman.Hehehe…Seawal hhari
pertama saya dah amalkan sup ikan haruan untuk pastikan luka bersalin cepat
sembuh. Alhamdulillah mmg luka bersalin saya sihat seadanya.
1 tahun kemudian saya
bersalinkan anak ke 2, dan yang terkejutnya waktu pembedahan tersebut seorang
doctor bgtau yang pada luka saya yang lama terdapat bnyak lekatan berpunca daripada
pengambilan ikan haruan selepas bersalin anak pertama…doctor cakap bnyk gila
lendir ikan haruan. So doctor tu mintk saya amalkan pengambilan protein dan
makanan sihat…Jangan ambil dlu ikan haruan…make sure after sebulan luka dah
sembuh baru ambil ikan haruan. X sangka petua org2 tua suruh amalkan ikan
haruan buatkan ada lekatan di bahagian luka pembedahan. Terus insap x ambik
apa2….Hanya amalkan SET BERPANTANG SHAKLEE.
Alhamdulillah waktu czer anak
ke 3, 4 tahun kemudian iaitu tahun lepas…doctor cakap luka czer cantik dan x de
apa2 masalah. Jadi saya tnya doctor, blh bersalin lagi x pasni???alhamdulillah doctor
pakar cakap saya bagi awak peluang 3 x lagi…Alhamdulillah…mmg bersalin anak ke3
saya pantang like a queen. Hahaha…Tapi masih tetap berpantang ikut cara
tradisional kita..Alhamdulillah suami juga banyak membantu memudahkan proses berpantang saya. Ialah kan...suamilah org yang cucikan luka setiap pagi dan pakaikan minyak angin.hehehe
Jom saya nak kongsikan sedikit
tip penjagaan luka pembedahan
TIP JAGA LUKA SELEPAS BERSALIN
Proses penyembuhan luka
bergantung kepada banyak faktor. Antaranya aliran darah yang cukup, pemakanan
sihat, dan sebagainya. Kes luka terbuka mungkin disebabkan oleh jangkitan kuman
atau terdapat pengumpulan darah beku. Tanda-tanda jangkitan termasuklah luka kemerahan, kesakitan, terdapat cecair
atau nanah, berbau serta demam. Ini dapat dielakkan dengan penjagaan yang baik
seperti :
- Luka sentiasa bersih
- Mandi seperti biasa
- Jangan menggaru tempat luka
- Keringkan luka dengan tuala bersih
- Biarkan luka terdedah kepada udara
- Amalkan pemakanan berzat dan seimbang serta mengambil supplement seperti zat besi dan multivitamin untuk memastikan darah mencukupi
TIP KURANGKAN RASA GATAL PADA PARUT
Rasa gatal pada parut di bahagian luka ialah masalah yang sering dihadapi selepas pembedahan. Ia merupakan respons tisu semasa proses penyembuhan. Selain itu, pembentukan keloid berlebihan menjadi punca. Terdapat kaedah untuk mengurangkan kegatalan iaitu :
- Basuh luka dengan air untuk mengeluarkan tisu mati
- Letakkan tekanan sejuk supaya bekas luka menjadi kebas (dilakukan selepas luka pulih sepenuhnya).
- Gunakan krim atau makan ubat untuk mengurangkan kegatalan
- Mengurut parut menggunakan krim vitamin E juga membantu melembutkan parut luka seterusnya mengurangkan masalah gatal.
Untuk memastikan luka cepat sembuh dan badan kembali cergas, antara supplement cadangan adalah VIVIX.
BAGAIMANA VIVIX MEMBANTU PULIHKAN LUKA PEMBEDAHAN???
-Resveratrol Membantu Memperbaiki sel
Proses kelahiran samada normal atau caesar, kedua-duanya akan melalui proses episiotomi, yakni dijahit. Resveratrol di dalam Vivix membantu untuk memperbaiki dan menghasilkan sel-sel baru yang lebih sihat. Jadi luka jahitan cepat sembuh, kering dan kurang risiko bernanah.
-Polyphenols memulihkan dan memberikan tenaga selepas proses kelahiran
Vivix mengandungi polyphenols yang membantu untuk meningkatkan mitochondria dalam sel. Bila bilangan mitochondria dalam sel meningkat, badan kita akan merasa lebih bertenaga.
Ibu berpantang perlu sentiasa bertenaga supaya dapat menguruskan diri dan bayi dengan baik.
testimoni Pengguna VIVIX
Untuk ibu2 yang bakal melahirkan cahaya mata, selamat berpantang dan semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua.
Nota Cinta:
Ummi Tasneem.Kauthar.Ali
-012.4322400-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan