12 Disember 2017

5 MANFAAT PENGAMBILAN PISANG

BISMILLAH WAAMDULILLAH

Assalamualaikum semua...harinie ummi nak sharekan 5 manfaat pengambilan pisang dalam kehidupan seharian kita.

Di Malaysia,  suasana iklim kita memungkinkan pisang sangat mudah didapati dan harganya juga tidaklah begitu mahal. Terdapat pelbagai jenis pisang antaranya ialah pisang emas,  pisang raja,  pisang montel,  pisang tanduk,  pisang awak dan bermacam jenis pisang lagi.

Pisang boleh diolah menjadi pelbagai jenis hidangan seperti goreng pisang,  jemput pisang,  pengat pisang, kek pisang sehinggalah ke makanan barat seperti banana spilt dan banana shake.

Pisang juga telah dikomersialkan dalam dunia kecergasan dan sukan dimana ianya merupakan sumber nutrisi yang berzat dan dapat mengawal pengambilan kalori. Malahan ia telah menjadi trend dikalangan ahli sukan mahupun mereka yang rutin bersenam di gym untuk mengambil pisang sebelum mahupun selepas bersenam. 



Antara manfaat Pisang ialah :


1. Meredakan Tekanan

Jika anda mengalami tekanan perasaan, stress atau kegelisahan ,cubalah mengambil pisang . Hanya dengan 110 kalori dan 14 gram gula, sebiji pisang bukan sahaja membuatkan anda kenyang, ianya meningkatkan dan menstabilkan kadar gula dalam darah , memberikan vitamin B6 sebanyak 30 peratus daripada keperluan harian, tetapi ia juga membantu otak mengeluarkan hormon serotonin yang memberi kesan penenang dan dapat meredakan tekanan emosi. 

2. MEMELIHARA JANTUNG 

Dengan kadar potassium/kalium mencapai 400 miligram dalam sebiji pisang yang berukuran sedang, ia sangat bermanfaat untuk memelihara kesihatan jantung serta mengawal tekanan darah. Mengikut kajian, kalium telah terbukti sangat baik untuk memelihara fungsi otot dan saraf serta menjaga keseimbangan cairan dalam badan. 

Ia akan memelihara fungsi otot jantung serta otot-otot dinding pembuluh darah sekali gus mengawal tekanan darah. Selain otot jantung dan pembuluh darah , kalium yang terdapat di dalam pisang juga dipercayai dapat mencegah kekejangan otot semasa bersukan/bersenam. Dengan kata lain, pisang juga dapat mencegah kecederaan semasa bersukan

3. MAKANAN RINGAN/SNEK YANG SIHAT

Dengan hanya 110 kalori, anda boleh mendapatkan 3 gram serat dari sebiji pisang. Serat sangat penting dalam membantu sistem badan melancarkan proses pencernaam dan memanjangkan rasa kenyang. Ia penting bagi mereka yang sedang merancang diet dan mengawal berat badan.

Pisang juga menyediakan karbohidrat sebagai sumber tenaga. Pisang tidak mengandungi lemak atau kolestrol. Dengan manfaat ini, kesan sekunder yang akan anda dapatkan adalah berat badan yang ideal seperti yang diidamkan. 

4. MELANCARKAN PENCERNAAN

Pisang mengandungi prebiotik yang dipanggil fructooligosaccharide. Komponen ini memudahkan penyerapan nutrisi di dalam badan terutama kalsium yang diperlukan dalam membentuk kukuatan tulang dan gigi. Pisang juga mengandungi pektin, yang membantu untuk melancarkan pencernaan secara keseluruhan dan mencegah sembelit.

Pisang juga mempunyai kesan antasid yang membantu mencegah gastrik dengan menuetralkan asid berlebihan yang terkandung dalam sistem pencernaan. Kesan mengurangkan gastrik atau pedih hulu hati sangat penting kerana ia biasa dialami oleh mereka yang aktif bersukan dan bersenam

5. KEKUATAN TULANG

Pisang juga adalah sumber zat besi  (mangan dan zink). Sebiji pisang berukuran biasa menyediakan sekitar 3 miligram zat besi, sementara kita hanya memerlukan 1.8-2.3 mg zat besi sehari. Zat besi ini penting untuk kesihatan tulang serta metabolisme badan. 

Penyerapan ini juga dibantu oleh adanya kalium pada pisang yang secara langsung dapat mengurangkan risiko osteoporosis atau kerapuhan tulang lalu menjadikan kita seorang yang tegap dan kuat meskipun telah dimamah usia serta tidak mudah mendapat risiko patah tulang pada kecederaan-kecederaan yang kecil. 

Pisang adalah sumber nutrisi yang hebat kerana terdapat sangat banyak manfaat dari fizikal, sistem dalaman badan hinggalah emosi. Ia sangat sesuai dijadikan antara menu makanan sihat harian kita dalam usaha mendapatkan kesihatan, kecergasan, dan keseimbangan badan. 

1 ulasan:

Unknown berkata...

Buah buahan tempatan yang sedap dan mudah didapati

Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya