14 Disember 2017

KANSER SERVIKS : ADAKAH KITA BERISIKO???



BISMILLAH WAL HAMDULILLAH



Kanser serviks atau pangkal rahim ialah kanser ketiga yang paling banyak dihidapi dalam kalangan wanita Malaysia, menurut seorang pakar.

Ketua Klinik Pemeriksaan Kesihatan dan Kanser Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) Dr Dalilah Kamaruddin berkata sebelum ini, kanser serviks dikenal pasti sebagai kanser kedua paling banyak dihidapi di Malaysia tetapi ia berubah sejak beberapa tahun berikutan kesedaran yang semakin meningkat dalam kalangan wanita.

"Secara positifnya, saya boleh menyatakan bahawa kesedaran mengenai kanser serviks adalah lebih baik sekarang kerana masyarakat terdedah dan dimaklumkan mengenai penyakit ini, justeru mereka mudah tampil menjalani pemeriksaan.

"Walaupun hakikatnya semakin ramai orang sedar tentang kanser ini, masih ada sebilangan besar masyarakat yang enggan  menjalani pemeriksaan kerana malu berbuat demikian," katanya.

APA ITU SERVIKS


  • Serviks adalah pangkal rahim
  • Rahim merupakan bahagian dalam badan wanita di mana bayi membesar

APAKAH ITU KANSER SERVIKS??



Kanser serviks atau kanser pangkal rahim adalah keadaan apabila sel-sel di serviks bertindak secara tidak normal dan berkembang menjadi kanser

APAKAH PENYEBAB KANSER SERVIKS???


Penyebab Kanser Serviks tidak diketahui tetapi faktor-faktor risiko untuk mendapatkan kanser serviks adalah seperti berikut :

  • Jangkitan Human Papilloma Virus (HPV) melalui hubungan seks
  • Ramai pasangan seks
  • Memulakan hubungan seks sebelum usia 18 tahun
  • Merokok
  • Sejarah jangkitan penyakit kelamin

SIAPAKAH YANG BERISIKO???

"SEMUA WANITA YANG PERNAH MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS"

APAKAH GEJALA-GEJALANYA

  • Faraj berair dan berbau
  • Pendarahan melalui faraj dan haid
  • Pendarahan dari faraj lepas putus haid
  • Pendarahan dari faraj selepas hubungan seks
  • Sakit semasa hubungan seks

BAGAIMANA MENCEGAHNYA

  • Melakukan ujian saringan PAP SMEAR setiap 3 tahun
  • Amalkan hubungan seks yang sihat
  • Tidak merokok

BAGAIMANA MENGESANNYA


  • Lakukan ujian PSP Smear
  • Prosedur KOLPOSKOPI : Sejenis mikroskop khas digunakan untuk melihat dinding serviks secara langsung
  • Prosedur BIOPSI : Pengambilan sedikit tisu serviks untuk pemeriksaan makmal

APAKAH RAWATAN KANSER SERVIKS??

  • Peringkat Pra Kanser : 
       Pembedahan kecil dapat menyembuhkan kanser ini dengan sempurna


  • Peringkat kanser :

      1. Pembedahan 

      2. Radioterapi

Segeralah berjumpa doktor sekiranya anda mengalami gejala-gejala seperti yang dinyatakan di atas dan bertindaklah sekarang dengan melakukan Ujian PAP SMEAR. 

Moga langkah awal ini mampu menyelamatkan nyawa anda.

Nota Cinta: 
Ummi Tasneem.Kauthar.Ali
-012.432 2400-

Tiada ulasan:

Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya