BISMILLAH WAL HAMDULILLAH
Assalamualaikum semua.
Penyakit jantung adalah pembunuh nombeor satu di Malaysia. Berdasarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam laporannya, Mortality Country Fact Sheet 2006, penyakit kardiovaskular ini menyumbang 11% daripada jumlah kematian di Malaysia.
Setiap hari, pasti kita akan mendengar mereka yang meninggal akibat serangan jantung ini. Kematian akibat serangan jantung ini juga berlaku pada mereka yang boleh dikategorikan golongan muda. Ini bermaksud serangan jantung boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia.
Antara langkah yang boleh di ambil bagi mengelakkan berlakunya serangan jantung adalah
1. TINGKATKAN KOLESTROL BAIK (HDL) DAN TURUNKAN TAHAP TRIGLISERIDA (LEMAK)
Kebanyakkan kita berusaha menurunkan tahap kolestrol mereka tetapi tahap HDL yang yang tinggi didapati melindungi jantung kita daripada penyakit. Selain itu, lemak yang tinggi adalah punca utama bagi penyakit jantung. Jika digabungkan, lemak tinggi dengan HDL rendah membawa lebih risiko daripada nisbah HDL dengan LDL. Tahap HDL boleh boleh ditingkatkan dengan senaman dan lemak omega 3. Trigliserida pula boleh dikurangkan dengan melakukan senaman yang kerap.
2. MEMERIKSA TAHAP ZAT BESI
Besi adalah agen pengkarat semula jadi. Oleh itu, jika terdapat tahap melampau dalam badan, anda akan berisiko mengahdapi tahap pengoksidaan yang tinggi yang akan membawa kepada penuaan awal. Besi yang berlebihan juga meningkatkan risiko penyakit jantung. Kita sebaiknya perlu memriksa tahap zat besi jika terlalu tinggi, cara yang paling mudah mengurangkannya adalah dengan menderma darah iaitu melalaui prosedur therapeutic phlebotomy' iaitu pengeluaran darah melalui vena.
3. MENGIMBANGI TAHAP INSULIN
Tahap insulin yang tinggi boleh membawa kepada masalah rintangan insulin dimana ia merupakan salah satu faktor utama kepada penyakit jantung. Untuk mengimbangi tahap insulin anda, buat senaman dengan kerap dan elakkan daripada makanan bergula.
4. PASTIKAN MULUT ANDA SIHAT
Penyakit gusi juga boleh mengakibatkan serangan penyakit jantung disebabkan oleh bakteria seperti Streptococcus sanguis (S Sanguis) dan Porphyromonos gingivalis (P gingivalis) yang boleh mengakibatkan penggumpalan paltelet darah. Oleh itu, pastikan kita sentiasa menjaga kebersihan dan kesihatan gigi, gusi dan mulut.
Moga kita sama-sama dapat memastikan kesihatan jantung kita di tahap yang baik dan sentisa berusaha untuk mengamalkan gaya hidup sihat yang dapat membina kihidupan yang lebih dan memastikan kehidupan yang lebih bermakna dan jauh daripada sebarang penyakit.
Nota Cinta:
Ummi Tasneem.Kauthar.Ali
-012.432 2400-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan