BISMILLAH WAL HAMDULILLAH
Assalamualaikum
Kulit wajah dan jerawat memang tidak dapat dipisahkan. Jerawat memang menjadi musuh nombor 1 kaum wanita walaupun hanya sebiji. Setiap kali muncul jerawat, pasti ia boleh membuatkan empunya wajah mengalami kemurungan. Ada wanita yang memang kerap dikunjungi jerawat dan ada wanita yang hanya sebulan sekali mengalami masalah jerawat iaitu ketika datang bulan.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan jerawat dan antara faktornya adalah pemakanan. Hari ini ummi akan berkongsi dengan semua makanan yang dapat membantu mengatasi masalah jerawat.
1. ANGGUR MERAH
- Buah yang kaya antioksidan ini sangat bagus membersihkan peredaran darah dari racun, mengatasi radikal bebas penyebab jerawat dan biji anggur yang lebih kaya antioksidan boleh mencegah alergi dan membuat wajah bersih.
2. IKAN
- Ikan, terutama ikan laut kaya protein dan lemak omega 3 yang penting untuk menjaga kesihatan kulit. Ikan juga rendah lemak yang tidak akan menimbulkan jerawat di wajah. Pastikan anda memilih ikan yang rendah lemak bagi membantu masalah jerawat anda.
3. BAWANG PUTIH
- Bukan semua orang yang suka makan bawang putih, tambah pula bau dan rasanya yang kuat. Tapi bawang putih terbukti jadi ubat alami pencegah dan penyembuh jerawat, baik dengan cara dimakan atau dijadikan masker.
4. KERANG
- Kerang memiliki kandungan zink dan vitamin A yang akan membantu menyembuhkan jerawat. Jerawat yang meradang boleh disembuhkan lebih cepat.
5. AVOKADO
- Buah ini kaya dengan vitamin C dan E yang penting untuk tepis radikal bebas dan menjaga kesihatan kulit.
6. LOBAK MERAH
- Lobak merah kaya vitamin A yang membantu tubuh berfungsi lebih efektif menjadikan kulit lebih tegang dan sihat dari radikal bebas dan serangan bakteria.
Pastikan anda mengamalkan pemakanan di atas bagi membantu mengatasi masalah jerawat anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan