29 Oktober 2018

BAHAYA SEMBELIT JIKA BERLARUTAN




BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum

Pernah ada sahabat anda yang mengadu beliau tak boleh membuang air besar? atau yang mengadu mengalami masalah sembelit. Dari sudut perubatan, sembelit berlaku apabila seseorang membuang air besar dengan kurang tiga kali seminggu.

Sembelit ialah kesukaran buang air besar, jarang buang air besar, najis menjadi keras dan perasaan tidak lawas setelah buang air besar. Kira-kira 24-37% warga emas mengalami masalah sembelit dan 60% menggunakan julap untuk melawaskan buang air besar.

Punca Sembelit

  • Perubahan berkaitan faktor usia
  • Kurang pergerakkan, contohnya akibat terlantar di katil
  • Makanan kurang serat
  • Penyalahgunaan julap
  • Dehidrasi
  • Hypothyroidism
  • Diabetic nephropathy
  • Penyakit Parkinson
  • Ubat-ubatan seperti setengah ubat penahan sakit seperti tramal, ubat batuk mengandungi codein, pil zat besi, ubat kemurungan dan ubat alahan
  • Ketumbuhan usus besar
  • Kesakitan bahagian dubur
  • Sukar untuk mendapatkan tandas
  • Tiada privasi
Gejala
  • Perlu meneran bila buang air besar
  • Najis bersaiz kecil dan keras
  • Sakit perut
  • Tiada selera makan
  • Loya

Komplikasi

  • Najis mengeras dan membatu
  • Usus tersumbat
  • Ulser usus besar
  • Lelehan najis disekeliling najis yang menyumbat
  • Meneran berlebihan yang mengakibatkan pitam, serangan jantung dan strok
  • Pundi air kencing tersekat
  • Jangkitan salur kencing
  • Buasir
  • Luka dan sakit dubur
  • Usus terkeluar
  • Perdarahan di dubur

BAHAYA SEMBELIT JIKA BERLARUTAN

1) Najis yang mengeras akibat sering mengalami sembelit menyebabkan ia mudah melekat pada dinding usus besar dan boleh menyebabkan usus tersumbat. Apabila usus tersumbat anda juga berisiko mengalami kanser usus..

2) Sembelit bukan sahaja dipercayai boleh menyebabkan kanser kolon namun kanser pada bahagian tubuh yang lain. Terdapat seorang penghidap kanser otak juga pernah mengakui kanser otaknya disahkan berpunca daripada sembelit yang dialaminya selama berdekad-dekad.


3) Sembelit secara berpanjangan juga menyebabkan bahan bertoksin terkumpul dalam tubuh dan menyebabkan pening-pening dan sakit kepala.

4) Sembelit menyebabkan antara lain gangguan pembentukan pelbagai jenis enzim termasuk enzim detoksifikasi apabila DNA tidak dapat berfungsi secara sempurna.

5) Sembelit menyebabkan penghidap berasa tidak puas buang air besar, perut membuncit atau sakit perut.

6) Sering sembelit boleh menimbulkan menyebabkan beberapa simptom seperti bau mulut dan tubuh yang tidak menyenangkan, selain sukar menumpukan perhatian, mengantuk, malas, lesu kronik, artritis, hilang selera makan, sakit kepala dan masalah kulit.


Herblax

  • Mengandungi Daun Senna serta herba-herba lain yang bertindak untuk memperbaiki kesihatan usus. Ianya juga dapat mengatasi masalah sembelit serta penting untuk proses detox.

Alfalfa Complex

  • Alfalfa kaya dengan klorofil, bioflavonoids, vitamin dan juga mineral. Sifatnya yang kaya dengan mutltivitamin membantu untuk badan yang tinggi acid menjadi beralkali. Di samping itu, alfalfa akan meneutralkan toxin dalam badan serta memberikan lebih banyak protein tanpa lemak tepu daripada product berasaskan haiwan.

Lecithin

  • Membantu memecahkan lemak-lemak degil penyebab perut buncit dan kegemukan, dan memudahkan lemak dibawa keluar dengan bantuan herblax dan alfalfa.

SEMBELIT UNTUK IBU HAMIL



OSTEMATRIX

  • membantu dalam asimilasi kalsium kedalam tulang, secara tidak langsung membantu pergerakan otot usus untuk mengeluarkan najis.
  • mampu menarik air, penambahan air didalam kolon menyebabkan najis menjadi lebih lembut dan mudah untuk dikeluarkan.

Tiada ulasan:

Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya