BISMILLAH WAL HAMDULILAH
Jom...sambung balik cerita kita tentang HFMD. Semua dah fahamkan tentang apa itu HFMD dan simptom-simptomnya ...jom kita kenalpasti apakah langkah pencegahan dan rawatan terbaik untuk HFMD.
6 langkah pencegahan dari dijangkiti HFMD
- Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin anak dan selepas mencuci najis anak.
- Tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila bersin atau batuk
- Jangan berkongsi barang-barang peribadi seperti berus gigi, sapu tangan , tuala , cadar, cawan , sudu dan garpu.
- Mandi dan tukar pakaian selepas pulang dari tempat kerja, sebelum bermesra dengan bayi atau anak kecil.
- Cuci alat mainan, permukaan meja, kerusi dan lantai yang dicemari air liur anak.
- Elakkan membawa anak kecil ke tempat umum yang sesak seperti pusat membeli- belah, pawagam, kolam renang, pasar dan stesyen bas.
CARA MERAWAT HFMD PADA KANAK-KANAK
Oleh kerana HFMD ini adalah jangkitan virus, maka apa yang perlu kita lakukan adalah tingkatkan imun sistem anak kita untuk melawan virus tersebut.
- Rooibos Tea
- Gunakan air rebusan teh ini untuk dibuat mandi atau minum. Rooibos tea ini adalah teh yang bebas kafein (kandungan kafein menghampiri 0%)
- Sup Tulang/ayam
- Hidangkan anak dengan sup rebusan tulang/ ayam dengan campuran makanan antiviral contohnya bawang putih yang banyak.
- Perbanyakkan makanan antiviral
- Peppermint, bawang putih, bawang merah, kunyit, habbatussauda juga adalah antara antivirus
- Tea Tree Oil, Minyak Kelapa Dara
- Sapukan pada jangkitan kulit. Minyak kelapa dara itu juga boleh dibuat minum
- Rebus pakaian dan mainan
- Pakaian dan mainan anak-anak hendaklah direbus bagi mematikan sebarang virus dan bakteria yang ada
- Cuci lantai rumah
- Cuci lantai rumah dengan dettol ataupun campuran cuka epal dan tea tree oil
- Vitamin C
- Beri anak makan makanan yang kaya dengan Vitamin C
- Kekalkan terhidrasi (keep hydrated)
- Berikan anak minum air yang banyak. Boleh juga buat homemade ice-cream daripada jus buahan segar, kurma ataupun apa sahaja tanpa gulauntuk memberi kelegaan kepada mulut anak yang tengah berbisa (ini boleh dilakukan jika anak tidak alah pada makanan sejuk)
- bukan berikan aiskrim biasa yang dijual dikedai tu ye, itu banyak sangat gula, gula adalah makanan untuk virus, nanti virus semakin kuat, anak semakin lemah.
- Olivenol, probiotik
- Ini juga boleh tingkatkan imun sistem anak untuk melawan virus.
- Air Kelapa dan air barli
- Air kelapa dan barli adalah antara antivirus semulajadi
- Madu dan jus delima
- Berikan anak madu dan jus delima kerana ia adalah antara remedi untuk ulser mulut
ikhlas penuh cinta
-ummi Tasneem.Kauthar.Ali-
0124322400
Tiada ulasan:
Catat Ulasan