BISMILLAH WAL HAMDULILLAH
Alhamdulillah anakanda Muhammad Ali Furqan dan menginjak ke 1 tahun 4 bulan.Fasa baru untuk beliau yang sedang belajar bercakap. Ada a few words yang dh blh diucapkan seperti : baba, bird, mbek, saya, beg, dan cat.hehehe...comelkan.
masih terkenang2 ummi saat hamil baby bongsu nie. Kandungan lelaki, besar dan memang mcm2 masalah ummi hadapi saat membawa Ali sepanjang 40 minggu 7 hari.Pengalaman melahirkan yang juga dikira cukup manis walaupun ummi czer anak ke3.Phewww..manis sgt.hehehe.Alhamdulillah Allah permudahkan kelahiran baby boy seberat 4.29 kg.
Moment hamil nie ummi rasa moment yang paling ditunggu2 oleh sesiapa sahaja yang bergelar isteri. baik hamil anak pertama, kedua dan seterusnya. Setiap kali kehamilan tue pasti x sama pengalaman dan alahannya dan kita sendiri x pasti sama situasi itu normal atau tidak.
Jom kita berkongsi beberapa simptom-simptom kehamilan yang perlu kita risaukan dan ambil peduli.
1. SAKIT DI BAHAGIAN ABDOMEN
Sakit yang teruk atau rasa mencucuk-cucuk pada bahagian abdomen atau atas perut, sama ada disertai dengan loya atau muntah ataupun tidak, boleh jadi merupakan petanda bagi beberapa perkara. Anda mungkin mengalami :
- ketakcernaan yang teruk
- jangkitan virus dalam perut
- keracunan makanan
2. SAKIT BAHAGIAN BAWAH PERUT
Sakit yang teruk di satu sisi atau kedua-dua sisi perut boleh jadi petanda beberapa perkara. Ligamen anda mungkin tertarik dengan kuat atau ia mungkin tanda :
- kehamilan ektopik (kehamilan di luar rahim)
- keguguran
- kelahiran pramatang
- fibroid menyusut dan berdarah
3. DEMAM
Jika anda demam dengan suhu melebihi 37.5 darjah C, tetapi tanpa simptom selsema, hubungi doktor anda pada hari yang sama. Jika suhu melebihi 39 darjah C, hubungi doktor anda dengan segera kerana anda mungkin mempunyai jangkitan. Doktor akan memberikan anda antibiotik dan menasihatkan anda supaya berehat. Sekiranya suhu melebihi 39 bagi jangka masa yang lama, ia boleh membahayakan bayi dalam kandungan.
4. GANGGUAN PENGLIHATAN
Hubungi doktor sekiranya dalam trimester kedua kehamilan anda mengalami :
- penglihatan berganda
- penglihatan kabur
- penglihatan malap
- ternampak tompok-tompok bersinar
- ternampak cahaya terang yang berlangsung lebih daripada 2 jam
Simptom-simptom berikut tersebut mungkin tanda-tanda praeklampsia.
5. BENGKAK TANGAN DAN TAPAK KAKI
Ramai ibu mengandung akan mengalami bengkak semasa kehamilan dan dalam kebanyakkan kes ianya tidak perlu dirisaukan. Tetapi jika simptom ini teruk atau berlaku tiba-tiba dan disertai dengan sakit kepala atau gangguan penglihatan, ia mungkin simptom praeklampsia.
6. PERGERAKAN BAYI SEMAKIN PERLAHAN
Bagi ibu-ibu hamil, menanda carta pergerakan bayi setiap hari adalah kewajipan setelah kandungan memasuki 5 bulan. Tiada pergerakan atau pergerakan bayi perlahan lebih daripada 24 jam selepas minggu ke-21 mungkin petanda bayi anda tertekan. Jika bayi kurang bergerak daripada biasa, pastikan anda menghubungi doktor anda.
Moga tips ini mampu membantu ibu-ibu yang sedang melalui fasa kehamilan dan dapat melaluinya dengan sihat dan selamat.
ikhlas penuh cinta
Ummi Tasneem.Kauthar.Ali
0124322400
Tiada ulasan:
Catat Ulasan