Set Kecantikan

20 November 2016

LANGKAH PENCEGAHAN DAN RAWATAN HFMD


BISMILLAH WAL HAMDULILAH

Jom...sambung balik cerita kita tentang HFMD. Semua dah fahamkan tentang apa itu HFMD dan simptom-simptomnya ...jom kita kenalpasti apakah langkah pencegahan dan rawatan terbaik untuk HFMD.


6 langkah pencegahan dari dijangkiti HFMD

  • Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin anak dan selepas mencuci najis anak.


  • Tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila bersin atau batuk
  • Jangan berkongsi barang-barang peribadi seperti berus gigi, sapu tangan , tuala , cadar, cawan , sudu dan garpu.
  • Mandi dan tukar pakaian selepas pulang dari tempat kerja, sebelum bermesra dengan bayi atau anak kecil.
  • Cuci alat mainan, permukaan meja, kerusi dan lantai yang dicemari air liur anak.
  • Elakkan membawa anak kecil ke tempat umum yang sesak seperti pusat membeli- belah, pawagam, kolam renang, pasar dan stesyen bas.

CARA MERAWAT HFMD PADA KANAK-KANAK

Oleh kerana HFMD ini adalah jangkitan virus, maka apa yang perlu kita lakukan adalah tingkatkan imun sistem anak kita untuk melawan virus tersebut.
  1. Rooibos Tea
    • Gunakan air rebusan teh ini untuk dibuat mandi atau minum. Rooibos tea ini adalah teh yang bebas kafein (kandungan kafein menghampiri 0%)
  2. Sup Tulang/ayam
    • Hidangkan anak dengan sup rebusan tulang/ ayam dengan campuran makanan antiviral contohnya bawang putih yang banyak.
  3. Perbanyakkan makanan antiviral
    • Peppermint, bawang putih, bawang merah, kunyit, habbatussauda juga adalah antara antivirus
  4. Tea Tree Oil, Minyak Kelapa Dara
    • Sapukan pada jangkitan kulit. Minyak kelapa dara itu juga boleh dibuat minum
  5. Rebus pakaian dan mainan
    • Pakaian dan mainan anak-anak hendaklah direbus bagi mematikan sebarang virus dan bakteria yang ada
  6. Cuci lantai rumah
    • Cuci lantai rumah dengan dettol ataupun campuran cuka epal dan tea tree oil
  7. Vitamin C
    • Beri anak makan makanan yang kaya dengan Vitamin C
  8. Kekalkan terhidrasi (keep hydrated)
    • Berikan anak minum air yang banyak. Boleh juga buat homemade ice-cream daripada jus buahan segar, kurma ataupun apa sahaja tanpa gulauntuk memberi kelegaan kepada mulut anak yang tengah berbisa (ini boleh dilakukan jika anak tidak alah pada makanan sejuk)
    • bukan berikan aiskrim biasa yang dijual dikedai tu ye, itu banyak sangat gula, gula adalah makanan untuk virus, nanti virus semakin kuat, anak semakin lemah.
  9. Olivenol, probiotik
    • Ini juga boleh tingkatkan imun sistem anak untuk melawan virus.
  10. Air Kelapa dan air barli
    • Air kelapa dan barli adalah antara antivirus semulajadi
  11. Madu dan jus delima
    • Berikan anak madu dan jus delima kerana ia adalah antara remedi untuk ulser mulut
ikhlas penuh cinta
-ummi Tasneem.Kauthar.Ali-
0124322400

Tiada ulasan:

Catat Ulasan