31 Disember 2017

6 CARA PUJUK ANAK UNTUK SERONOK KE TASKA DAN TADIKA


BISMILLAH WAL HAMDULILLAH
Assalamualaikum semua. .alhamdulillah atas nikmat setahun yg penuh indah Allah kurniakan pada kita..esok bakal menginjak ke tahun baru penuh dengan harapan dan semangat baru..anak2 pun semua akan mula bersekolah esok. Ada yg bakal memulakan  persekolahan pertama kali dan ada yang telah memasuki tahun ke 2,3, dan seterusnya.

Untuk mommy2 yang pertama kali hantar anak ke taska atau tadika,pastinya berdebar-debar nak melihat reaksi si anak esok.hehehhe.Entry sebelum nie ada ummi kongsikan tentang FAKTOR ANAK TIDAK MAHU KE TASKA DAN TADIKA dan harinie ummi nak share tentang cara pujuk anak untuk seronok ke taska dan tadika..

Actually, banyak sebb yang boleh menjadi punca yang menyebabkan anak tidak mahu ke taska dan tadika. Kita sebagai ibu bapa haruslah peka kepada masalah anak2. Antara tidakan yang boleh dilakukan ialah :

1. BERI PENDEDAHAN AWAL

Sebelum menghantar anak ke taska dan tadika buat pertama kali, kita sebagai ibu bapa haruslah memberi gambaran awal dan mendedahkan anak-anak dengan situasi atau persekitaran bakal taska dan tadika yang mana mereka bakal di hantar. Ceritakan suasana positif dan keseronokan di sana seperri ramai kawan, guru yg baik serta tempat permainan.

2. LAWATAN KE TASKA ATAU TADIKA

Setelah memberi pendedahan awal, bawalah anak-anak ke taska dan tadika tersebut agar mereka tidak akan rasa asing di hari pertama. Kenalkan anak-anak kepada guru dan kawan-kawan agar merek Mudah mesra. 

3. LATIHAN BANGUN AWAL

Kanak-kanak seawal umur 4-6 memang sukar bangun pagi. Pastikan sebulan sebelum bermulanya sesi persekolahan kita telah melatih mereka untuk tidur dan bangun awal. Pastikan anak bersiap awal supaya kita sendiri tidak kelam kabut melayan karenah mereka. 

4. BELIKAN ALAT TULIS WATAK KARTUN KEGEMARAN

Ini adalah salah satu cara terbaik untuk memujuk suspaya anak berminat pergi ke sekolah. 

5. JANGAN AMBIL LAMBAT

Kanak-kanak tidak suka jika kita menganbil mereka lambat . Sila jauhi masalah ini kerana dikhuatiri kelewatan kita akan menjadi punca mogok mereka keesokan harinya. 

6. JALINKAN HUBUNGAN YANG BAIK

Pastikan kita menjalinkan hubungan yang baik dengan pengasuh dan guru di taska dan tadika agar ia dapat menimbulkan keyakinan kepada anak dan mereka berasa selamat dan sepanjang di taska.  Jika berkesempatan , berikan pujian untuk anak dihadapan pengasuh dan guru bagi menghilangkan ketakutan dan debaran di hatinya.


Nota Cinta :
Ummi Tasneeem.Kauthar. Ali
012. 432 2400


30 Disember 2017

5 PANDUAN MENGATASI KARENAH ANAK MENGIKUT CARA ISLAM.


BISMILLAH WAL HAMDULILLAH


Assalamualaikum semua...

Menghadapi karenah yang anak letuskan tidak kira tempat dan masa pastinya menguji kesabaran diri. Tetapi terdapat beberapa tips berlandaskan agama yang boleh dipraktikkkan sejak daripada usia muda anak.

1.  AJAR ANAK MENCINTAI ISLAM


Pupuk rasa cinta anak kepada islam dan ajar dia untuk meneladani sifat Rasullullah SAW dan para sahabat. Itu adalah antara cara terbaik untuk menanamkan akhlak mulia kepada si anak. Apabila anak menjadikan Nabi SAW dan para sahabat sebagai idola sejak kecik, dia pasti akan berusaha mengikuti sifat baginda dan sahabat2 nya.  


2. TANYA PENYEBAB ANAK BUAT PERANGAI


Tanyakan kepada anak mengapa dia meragam. Ambil peduli dengan apa yang diluahkannya. Jika penyebabnya adalah sesuatu yang remeh, anda tidak perlu penuhi keinginannya. Anda perlu jadi seimbang dalam memberi perhatian. Jangan terlampau memanjakan anak pula.

3. BERIKAN PENJELASAN 


Setelah mengetahui penyebab yang menjadi punca, anda sebagai ibu bapa perlu menjelaskan kelebihan dan kekurangan yang bakal dilalui kesan daripada perbuatannya itu. Terangkan kepadanya dalam bahasa yang mudah difahami. Selitkan contoh2 daripada kisah Rasullullah yang anda tahu.

4. BERSIKAP TEGAS


Sekiranya selepas mendapat penjelasan si anak masih berkeras, jangan mudah mengalah ataupun anda pula bertukar menjadi pemarah. Anda hanya perlu bertegas kerana awalnya anak-anak mungkin merengek namun perlahan-lahan dia akan memahami bahawa walaupun berterusan mengamuk , anda tidak akan memberikan apa yang diminta. 


5. BERI PERHATIAN


Karenah anak yang mengada-ngada itu sebenarnya adalah petunjuk yang mereka mahukan perhatian dari anda. Oleh itu, usahakan supaya setiap hari anda sempat bermesra dengan mereka paling baik ialah peruntukkan sedikit masa terluang untuk dihabiskan dengannya sambil berbual-bual bertanya tentang perkembangan harian.
Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya