31 Julai 2018

AKTIF UNTUK KEKAL SIHAT




Bismillah wal hamdulillah

Alhamdulillah...dah lama rasanya ummi x mencoret sesuatu kat blog nie.sunyi sepi rasanya. Almaklumlah mmg sibuk sungguh lately nie. Sibuk dengan tugas hakiki dan tugas2 tambahan. Alhamdulillah selesai akhirnya Karnival Sukan Guru dan Kakitangan MRSM/MARA Zon Utara 2018. Ummi dan kawan2 mewakili maktab untuk sukan PingPong, Karom dan Bola Tampar. Fuhhh...mmg penat bila 3 minggu awal kami dh mula training. Walaupun kalah mmg berbaloi oiii.hahaha...Muka burn teruk. Mmg makan masa nak cerah balik.

Jom kita sharing sikit gambo2 atlet...Ummi bukan pndai sgt main, tapi mmg dh tekad utk terus mengaktifkan diri untuk kekal sihat sepanjang masa...Yalah, ambil supplement bukan  makna x payah exercise bagai kan.hehehe



Team Bola Tampar...BFF gitu





Ummi dan adinda dan anakanda...



Time Games

11 Februari 2018

NUGGET AYAM HOMEMADE


BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum semua....dah lama ummi tak sharing masak-memasak ummi kat sini. Sibuk sungguh sejak memasuki Februari nan indah. Hhahaha..alhamdulillah sibuk sikit hujung minggu smlam sebab ada kenduri dekat rumah in-law...Memang jumaat dan sabtu kami kat kampungla jawabnya.

Biasa hujung minggu memang ummi akan ambik sedikit masa untuk restok barang dapor.Senang sikit time nak memasak tue...Biasa balik rumah, dh smpai pkl 6 lebey2 mmg zasss terus solat dan terus bersilat kat dapor. Klau prepare sesiap seminggu mmg mudahla keja ummi..

Ni Ahad baru sempat nak topup sayur mayur bagai...ikan topup sikitja sebab en.baba mmg suka ikan yang fresh. Nak masak baru g beli...Sayuran wajib kat rumah mstla carrot, tomato, seleri, brokoli dan timun.hahaha...sayur hijau lain, nak mask jugak bru beli...Biasa sayur2 ni mmg ada sentiasa sebb mudah nak buat sup untuk anak2. X kira sup ikan atau ayam...tomato dan seleri mmg penyedap rasa...Nyum2..

Ehhh...jommm, nak share resepi stok makanan anak2..ckup utk 2,3 hari..dah hbis nant kita topupkan balik.



Stok bahan sayuran



RESEPI NUGGET AYAM
===============
Sedikit isi ayam bahagian dada
Carrot yang di parut
Seleri
Bawang merah
Bawang Puteh
Telur ( sebiji if suka.klu tak...okja tak letak telur)

Cara-cara :

1. Kisarkan semua bahan diatas.
2. Masukkan ke dalam loyang
3. Kukuskan selama 20-30 minit
4. Tutup api dan sejukkan
5. Potong mengikut kesukaan anda

Untuk Goreng :

1. Celupkan nugget yang dipotong tadi kedalam telur
2. Gaulkan bersama serbuk roti
3. Goreng sehinngga garing
4. Siap dimakan bersama sos dan mayonis.



Nie stok ummi untuk 2,3 hari...esok kita goreng...Ali dah hentam setengah pun..sedap katanya. Mmg sedap..terasa manisnya seleri. Mommy2 blh tambahkan lagi bahan2 lain cth oregano or mix herbs. Ummi letakkan habbatus sauda untuk anak-anak yang tak berapa sihat. 

Alhamdulillah moga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Ikhlas penuh cinta :
Ummi Tasneem.Kauthar.Ali
-012-4322400-


Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya