10 Disember 2017

PUNCA DAN TANDA-TANDA RAHIM JATUH



BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Rahim Jatuh??


Rahim jatuh ialah keadaan di mana tisu atau ligamen yang menyokong organ pelvis seperti Rahim dan pundi kencing menjadi lemah. Wanita khususnya yang sudah melalui proses kelahiran mempunyai risiko untuk mengalami rahim jatuh. Ia lazimnya terjadi kepada wanita yang sudah melahirkan anak dan wanita yang sudah menopous. Semakin meningkat usia maka semakin berisiko untuk rahim jatuh. 



Keadaan Rahim jatuh ini mempunyai empat tahap iaitu:

Pertama : 

Rahim turun sedikit daripada kedudukan asal iaitu kira-kira 1 cm dari dalam pangkal rahim

Kedua : 

Rahim seperti terkeluar tidak melebihi 1 cm daripada pangkal rahim

Ketiga : 

Rahim terkeluar melebihi 2cm daripada panjang vagina

Keempat

Rahim terkeluar dari vagina dan tidak boleh masuk semula

PUNCA RAHIM JATUH


Rahim jatuh disebabkan oleh beberapa factor yang berkaitan dengan kesihatan dalaman dan keadaan sekeliling. Bagi wanita dalam usia produktif dan belum menopous, ia boleh disebabkan oleh pelbagai punca seperti.

  • Proses kelahiran yang rumit yang melibatkan penggunaan alat bantu seperti forceps dan vakum
  • Ibu yang melahirkan bayi besar (berat melebihi 3.5 kg ke atas) atau kelahiran kembar
  • Meneran lebih awal semasa proses kelahiran iaitu sebelum bukaan mencapai 10 cm.
  • Wanita yang mempunyai ramai anak
  • Ibu yang mengalami obesiti
  • Mengalami ketumbuhan seperti fibroid atau cyst yang bersaiz besar sehingga menekan kea rah pelvis
  • Ibu yang mengalami batuk berpanjangan
  • Ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok
  • Mengalami masalah pernafasan seperti jangkitan pada paru-paru dan tibi menyebabkan batuk yang berpanjangan
  • Sembelit yang berpanjangan
  • Kerap mengangkat objek yang berat walaupun dalam postur badan yang betul

TANDA-TANDA RAHIM JATUH


Wanita harus peka akan tanda-tanda ini. Keadaan Rahim yang semakin menurun akan ditandai pelbagai symptom antaranya :

  • Rasa tidak selesa pada bahagian pelvis atau bawah abdomen
  • Kencing tidak lawas
  • Mudah terkencing semasa batuk atau bersin
  • Sakit belakang atau pinggang (lower back pain)
  • Rasa panas dan seolah-olah ada sesuatu yang akan keluar daripada vagina apabila mencangkung
  • Mengalami keputihan yang banyak
  • Pendarahan yang disebabkan ulser pada rahim



9 Disember 2017

3 TIP MEMENANGI HATI PASANGAN

Bismillah wal hamdulillah

Assalamualaikum semua.. Harinie ummi nak share tip ringkas utk mommy semua sedikit tip rumah tangga gitu. Cewahhh.. Masjid saya pun baru memasuki tahun ke9.Penuh pancaroba Dan penuh masam Manis rumahtangga. Tidak dinafikan Ada ketika kami diuji...biasalah, ujian Tue kan utk menilai sejauh mana ketulusan Dan kemurniaan cinta kita Dan pasangan. Org lain,  bercinta bertahun-tahun tapi kami nie 5bulan kenal,  5 bulan bertunang... Terus menikah..sedang belajar Dan masih mencari titik keserasian. Adaja waktu baikk, Dan adaja waktu gaduh-gaduh. Ewahh..



3 TIP MEMENANGI HATI PASANGAN :


1. Sentiasa bertanya Dan meminta pandangan daripada pasangan akan membuatkan suami atau isteri akan rasa dirinya penting, dihormati Dan dihargai.

2. Apabila pasangan bertanya pendapat anda,  jangan sesekali memberikan dia arahan untuk mengikut telunjuk anda 100%. Anda seharusnya memberi dengan bertanya kembali kepadanya agar setiap pandangan itu dapat dibincangkan dengan rasional untuk mencapai kesepakatan.

3. Keraplah menghubungi pasangan setiap hari agar Raya sayang itu terus bersemi.  Walaupun sekadar bertanya soalan biasa yang ringkas selama 10 Saat, ia Sudah cukup membuatkan kasih sayang dpat terus dibaja.


Moga tip mudah ini bermanfaat untuk saya Dan semua. Ujian yang hadir itu umpama satu isyarat untuk kita saling memperbaiki kelemahan diri Dan menjadi lebih baik kerana Allah. Sesungguhnya kebahagian dan keharmonian dalam rumah tangga juga mampu disuburkan dengan kebenaran kita yang luhur, jujur dan ikhlas.
Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya