19 Oktober 2018

ATASI MASALAH PARUT JERAWAT DENGAN YOUTH SHAKLEE



BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum

Selain suppplement yang dapat membantu mengatasi masalah parut jerawat, set penjagaan wajah juga dapat membantu mengatasi masalah tersebut. Bagi ummi sendiri, antara set penjagaan wajah yang menjadi pilihan hati tentulah SET NUTRIWHITE SHAKLEE. Dah lama rasanya ummi bersama NUTRIWHITE sebelum SHAKLEE membuat formulasi baru untuk set penjagaan wajah yang terbaru bagi menggantikan set nutriwhite. Alhamdulillah, YOUTH iaitu produk penjagaan wajah terbaru dilancarkan oleh Shaklee Corporation bulan Ogos 2017 dan telah berjaya di grab ummi setelah menabung beberapa bulan dan hasil belas ihsan en.suami. 


Apa Beza YOUTH dan Skincare lain di pasaran?

Keberkesanan YOUTH dibuktikan melalui Kajian Klinikal. Ujian klinikal ni direka oleh World-Class Skin Expert dengan menggunakan Skin Age Index yang mana ia mengkaji kehadiran tanda-tanda penuaan melalui data klinikal.
Salah satu kajian dibuat adalah ke atas kedutan wajah (wrinkles). Skin Age Index ni mengukur sehingga kedalaman dan kepanjangan kedut tu, fuhhh.. sampai detail macam tu hokey.
Tanda-tanda penuaan yang dikaji adalah seperti:-
  • Kedutan dan garis-garis halus
  • Saiz pori-pori
  • Tona kulit
  • Kelembutan kulit
  • Tekstur kulit
  • Pigmentasi
  • Seri kulit
  • Kekenduran kulit

Result menunjukkan 100% daripada wanita yang mengikuti kajian ni terbukti kulitnya menjadi lebih muda berbanding sebelumnya, hanya dalam tempoh 7 hari sahaja dan 2/3 wanita berjaya menjadikan kulit lebih muda 10 tahun dari usia sebenar.
Untuk mereka yang tercari-cari produk anti penuaan hebat, inilah masanya untuk anda mencuba sesuatu yang terbaik, sihat dan selamat. 

PRODUK BOTANIKAL 

YOUTH adalah sebuah revolusi dengan lapan paten dan paten-diproses, setiap produk YOUTH diformulasi secara spesifik untuk menangani pelbagai faktor penuaan, samada ianya cara hidup anda, kerosakan persekitaran, atau penuaan semulajadi.

YOUTH juga diuji selamat. Ia diuji secara :
  • Dermatologi (kulit)
  • Hypoallergenic (tidak menyebabkan alergi ke atas kulit)
  • Sesuai untuk kulit sensitif
  • Non-comedogenic (tidak akan menyumbatkan liang-liang pori)
  • Oftamologi (sensitif ke atas mata)
  • Bebas gluten
  • 100% diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan
  • Tidak diuji ke atas haiwan (cruelty free).
Di dalam Shaklee, kita melampaui organik. Ini bermakna bahawa standard kualiti Shaklee melampaui sekadar penanaman yang organik untuk tumbuh-tumbuhan yang ditanam. Tetapi Shaklee juga menjalankan ujian untuk menguji lebih daripada 350 bahan pencemar, racun perosak dan kekotoran setiap bahan di mana ia adalah 3 kali ganda lebih banyak ujian daripada yang sepatutnya dibuat.
Antara kandungan utama produk YOUTH ialah :

1. Muscadine Grape

  • Polifenol Muscadien Grape dalam proses berpaten melindungi dan memperbaiki DNA sel dalam masa yang sama menghalang kerosakan kolagen dan elastin

2. Lotus Japonicus

  • Youth Complex dalam proses paten di gabungkan dengan Lotus Japonicus bantu mengaktifkan protein Youth yang penting untuk penjanaan semula sel bagi menghasilkan lebih kolagen, elastin dan fibrilin. 
  • Youth Complex dihasilkan bersama dengan Lotus Jopanicus dan Schisandra Chinesis Fruit Extract yang memberikan lebih banyak nutrient dan tenaga kepada kulit anda secara berstruktur

3. Apple Stem Cell Extract

  • Kajian menunjukkan bahawa Apple Stem Cell Extract  mengaktifkan dan mempercepatkan pembaharuan sel kulit untuk kulit kelihatan lebih muda. Ia juga mengekalkan serta memperbaiki tisu kulit supaya kulit kelihatan lebih berseri dan lembut, lebih lama

4. Schisandra Chinesis Fruit Extract

  • Secara tradisionalnya, herba ini digunakan di China, Jepun dan Korea untuk melegakan dan menenangkan keradangan dan kegatalan kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit. Schisandra Chinesis Fruit Extract menyokong struktur kulit muda dengan menyuburkan kulit muda dengan menyuburkan kulit dengan vitamin semulajadi dan anti oksida.

5. Vital Repair+ Complex

  • Ianya mempunya pelbagai paten yang dapat memberikan nutrient anti-oksida dan vitamin-vitamin penting untuk menghalang radikal bebas yang dapat merosakkan kulit dan menggalakkan tumbesaran sel sihat. 

TESTIMONI YOUTH

Gambar di bawah menunjukkan testimoni pengguna YOUTH SHAKLEE yang menunjukkan perubahan tidak sampai 30 hari. Antara perubahannya ialah tona kulit kembali sekata,  parut semakin pudar, kedutan semakin berkurang dan bintik-bintik jeragat juga semakin hilang. 
 

TESTIMONI PENGGUNA 




SUPERMOM SHAKLEE STORY







Ingin mencuba rangkaian produk dari shaklee?? Anda ingin menjana pendapatan dengan shaklee?? Ingin mengubah hidup & kesihatan anda dengan shaklee?? 
Jangan tunggu lagi dan hubungi saya di talian 
012.4322400 
atau klik link di bawah untuk pembelian.







18 Oktober 2018

SUPPLEMENT UNTUK MENGATASI MASALAH JERAWAT




BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum

Bila bercakap tentang jerawat saya percaya semua orang pasti tidak suka dengan kehadiran jerawat. Baik yang lelaki ataupun wanita, baik yang dewasa atau pun remaja. Jerawat adalah satu benda yang paling tidak disukai oleh semua.

Jerawat ini ialah satu keadaan di mana sentiasa mengganggu sesorang individu tak kira dari peringkat umur. Kehadiran jerawat boleh mendatangkan kekurangan keyakinan dalam diri dan adakalanya boleh menimbulkan stress bagi kaum wanita. 



Antara punca-punca kehadiran jerawat ialah :

1.Perubahan Hormon

Perubahan hormon merupakan antara faktor terbesar yang mencetuskan jerawat. Hormon yang tak seimbang akan buat kalenjar minyak kulit muka mengeluarkan minyak berlebihan dan menyebabkan liang pori tersumbat.
Liang pori yang tersumbat dan dijangkiti bakteria akan menyebabkan jerawat.

2. Kulit kurang nutrisi

Remaja biasanya kurang menjaga pemakanan. Bila kurang menjaga pemakanan, mereka juga biasanya akan mendapat kulit yang tak sihat. Kulit yang tak sihat sukar melawan bakteria didalam liang kulit. Bakteria akan menjadikan jerawat merah dan bengkak.

3. Kurang menjaga kebersihan

Memakai pencuci muka biasa saja tak cukup untuk memastikan kulit muka bersih. Tambahan pula, pelajar biasanya aktif dan banyak berpeluh. Bakteria lebih mudah membiak jika kita tak jaga kebersihan diri dan pakaian.

4. Tekanan / Stress

Stress atau puntekanan sangat sinonim dengan wanita dan semua orang setiap perkara yang mendatangkan masalah dan memberikan tekanan boleh mendatangkan dan menyebabkan stress bagi individu tersebut. 


Antara supplement yang dicadangkan  bagi mengurangkan masalah jerawat adalah :

1. GLA COMPLEX
Antara kebaikan GLA Complex:
  • Menghilangkan sakit sengugut.
  • Turut mengandungi vitamin E. Vitamin E akan menghilangkan parut jerawat.
  • Mengurangkan rasa gatal dan sakit pada jerawat
  • Jerawat mudah kecut.
  • Menghilangkan jerawat pasir.

2. VITAMIN C
  • Vitamin C bertindak sebagai antioksidan untuk membunuh radikal bebas yang merosakkan kulit. Radikal bebas datang dari pelbagai sumber seperti cahaya matahari, habuk, asap dan pencemaran.
  • Antioksidan memberikan kekuatan yang diperlukan oleh kulit kita sekaligus membantu menentang masalah jerawat.
  • Vitamin C menyembuhkan kulit yang rosak akibat jerawat atau sebarang jangkitan lain. Ia merangsang pertumbuhan ligamen dan tisu, yang membantu dalam penyembuhan parut disebabkan oleh jerawat.
  • Salah satu peranan vitamin ini ialah merangsang pengeluaran kolagen untuk kesihatan kulit. Fiber kolagen membantu dalam pembentukan lapisan bawah kulit dan menguatkan lapisan tersebut.


3. VITAMIN E
  • Melindungi kulit daripada radikal bebas yang merosakkan kulit, boleh mengecutkan jerawat dan memudarkan parut jerawat.

4. ESP (ENERGIZING SOY PROTEIN)
  • ESP adalah sumber protin, diperlukan untuk menghasilkan sel-sel baru bagi kulit. ESP memang satu cadangan terbaik untuk merawat kulit kerana sel kulit akan mati dalam masa 21 hari. ESP diperlukan untuk merawat kulit yg rosak akibat dari jerawat

Ingin mencuba rangkaian produk dari shaklee?? Anda ingin menjana pendapatan dengan shaklee?? Ingin mengubah hidup & kesihatan anda dengan shaklee?? 
Jangan tunggu lagi dan hubungi saya di talian 
012.4322400 
atau klik link di bawah untuk pembelian.



Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya