21 Oktober 2018

PUNCA-PUNCA TERJADINYA JERAWAT



BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum

Wanita dan jerawat memang tak boleh berbaik langsung. Ada sahaja jalan atau cara yang nak dibuat untuk menyahkan jerawat dari muka. Pendek kata walaupun sebiji, memang boleh buat gaduh dan stress. Percaya tak yang jerawat kita boleh di atasi sekiranya kita tahu punca datangnya jerawat tersebut. Ummi akan berkongsi dengan semua punca datangnya jerawat pada wajah kita. 



Antara punca-punca kehadiran jerawat ialah :

1. Perubahan hormon

  • Apabila berlaku perubahan hormone seperti zaman baligh remaja, mengandung, datang haid ataupun menopause bagi wanita, jerawat akan timbul disebabkan hormone dalam badan,iaitu hormone androgen (testosterone) yang ada dalam badan lelaki dan wanita.Kebiasaannya seawal seminggu sebelum kedatangan period sehingga seminggu setelah habis period,jerawat akan mudah naik pada bila-bila masa. 
  • Ketidakstabilan hormon ini kadang-kala terkawal dan sekiranya tidak terkawal, masalah ini akan berlanjutan. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 ‘an - 40 'an.Selain daripada itu,penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12 juga menyebabkan perubahan hormon berlaku.


2.Tekanan (Stress) 

  • Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.Tekanan ada dua, sama ada emosi atau fizikal.


Tekanan fizikal:

  • Exercise atau bersukan tanpa rehat yang cukup
  • Tidur yang tidak mencukupi/tidur lewat/tidur tidak teratur
  • Jadual seharian yang sangat ketat
  • Merokok, pengambilan dadah


Tekanan emosi

  • Bimbang atau kerisauan yang berlebihan
  • Buli
  • Masalah hubungan rumah tangga atau kekasih
  • Kerja /study yang banyak


3.Pemakanan

  • Pemakanan yg tidak seimbang seperti kacang,makanan berperisa,seafood (udang,ketam,sotong,kerang),budu, belacan,makanan berminyak/bergoreng,telur,daging,ayam goreng,makanan berlemak spt santan,dairy products spt susu lembu,coklat.


4.Toksin

  • Jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga umurnya mencecah 30 tahun, bermakna sudah macam-macam sisa toksin terkumpul dalam badannya.Jika sistem semula jadi tubuhnya tidak mampu untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan kulit seseorang itu kusam, berjerawat dan banyak lagi keburukan lain


5.Faktor Genetik

  • Ada keturunan di mana kulit mukanya tidak bermasalah seperti golongan arab yang rata-rata bermuka putih licin, dan tidak berminyak manakala jerawat menghantui hidup golongan asia. Atas sebab itu ubat antijerawat sangat laku dijual di Asia dan tidak mendapat sambutan oleh masyarakat Arab.


6. Allergik atau alahan

  • Alergik atau alahan apabila menggunakan kosmetik,foundation,cream muka baru atau pencuci muka baru yg ada bahan-bahan chemical tertentu yg tidak sesuai dgn kulit. Cara pembersihan make up yang tidak betul juga menyebabkan liang roma tersumbat. Pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak juga memberi masalah jerawat di kulit.


7. Perubahan biologi badan

  • Ada segolongan individu kandungan minyak (sebum) di kulit berubah komposisi. Ada pulak golongan yang menghadapi perubahan pada sel kulit muka seperti hyperproliferation of KC  (tak dapat ditafsirkan bagi golongan bukan dalam bidang perubatan)


8. Persekitaran & Pencemaran

  • Habuk atau udara yang tercemar seperti asap dan bahan kimia terutamanya di bandar-bandar besar,kilang-kilang boleh menyebabkan jerawat dihadapi oleh hampir semua penduduk kawasan tersebut.Bahan-bahan ini menutup liang roma dan menyebabkan inflammasi (radang) kemerah-merahan pada kulit.


9. Jangkitan pada kulit & Resdung

  • Kuman (bacteria) jenis propionobacterium acnes boleh membiak di kelenjar sebum di kulit anda dan menyebabkan jerawat. Atas sebab itu jerawat  dinasihatkan tidak dipicit kerana apabila dipicit, kuman di dalam kulit tersebar ke kawasan sekitar dan menyebabkan jerawat di permukaan yang lebih luas. 


10.Faktor Cuaca

  • Perubahan cuaca serta cuaca panas juga adalah faktor jerawat keluar.


20 Oktober 2018

CARA MUDAH KECUTKAN JERAWAT



BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum

Wanita dan jerawat memang tidak dapat dipisahkan. Walaupun hanya seketul ianya boleh merubah emosi seorang wanita. Pelbagai rawatan dibuat untuk mengecutkan jerawat yang baru nak tumbuh ini tanpa tinggalkan parut. Wanita sanggup lakukan apa saja untuk menghilangkan jerawat dan bekas parut yang tinggal. 

Antara tip mudah yang dapat kita lakukan bagi mengecutkan jerawat ialah :

1. SERBUK KULIT KAYU MANIS

  • Tumbuk sampai jadi serbuk kulit kayu manis. Serbuk nie boleh di blend menggunakan blender kering. Ambil  5-10biji bedak sejuk dan campur bersama setengah sudu kecil serbuk kulit kayu manis dan campur dengan air terus tempek di tempat yang ada jerawat yang baru timbul dan tempat parut2. Tunggu sampai kering dan bilas. Esok pagi jerawat anda pasti akan mengecut.



2. PES SERBUK KUNYIT

  • Titiskan sedikit air pada sesudu serbuk kunyit dan sapu pada jerawat beberapa minit. Lakukan sehingga hilang jerawat.

3. JUS BUAH LEMON

  • Perah jus lemon dan dengan mengguna bebola kapas, tekap pada jerawat selama 20 minit dan bilas. Lakukan dua tiga kali sehari untuk kesan yang cepat.

4. BAWANG PUTIH

  • Potong bawang putih kepada dua dan tekap pada jerawat sehingga terasa jus bawang putih melekat pada jerawat.
  • Jus ini mengandungi sulfur yang merawat jerawat dengan cepat.

5. WAP PANAS

  • Letak air panas dalam besen dan lalukan bahagian jerawat pada wap panas. Bukan sahaja menghilangkan jerawat malah menjadikan kulit muka bertambah seri.

6. JUS TIMUN

  • Hiris timun dan rendam dalam air selama sejam. Kemudian minum airnya.

7. MADU

  • Ambil sedikit madu mengguna bebola kapas dan tekap pada jerawat.

8. KULIT BUAH OREN

  • Blend kulit oren bersama air. Ambil pes oren dan sapu pada jerawat.

9. PEK AIS

  • Letak ais pada jerawat. Ia akan membantu mengecilkan jerawat.

10. UBAT GIGI

  • Sebelum masuk tidur, sapu ubat gigi pada jerawat dan biarkan semalaman.

Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya