4 November 2018

MAKANAN YANG MEMBANTU MENGATASI MASALAH SEMBELIT




BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum

Sembelit ialah apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran untuk membuang najis. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit. Setiap orang pernah mengalami sembelit dalam kehidupan mereka dan selalunya ia disebabkan oleh amalan pemakanan yang tidak baik.

Sembelit sekrinya tidak di atasi dapat menimbulkan masalah yang lebih besar kepada penghidapnya. Antara bahaya sembelit ialah : 



  • Najis yang mengeras akibat sering mengalami sembelit menyebabkan ia mudah melekat pada dinding usus besar dan boleh menyebabkan usus tersumbat. Apabila usus tersumbat anda juga berisiko mengalami kanser usus.
  • Sembelit bukan sahaja dipercayai boleh menyebabkan kanser kolon namun kanser pada bahagian tubuh yang lain. Terdapat seorang penghidap kanser otak juga pernah mengakui kanser otaknya disahkan berpunca daripada sembelit yang dialaminya selama berdekad-dekad.
  • Sembelit secara berpanjangan juga menyebabkan bahan bertoksin terkumpul dalam tubuh dan menyebabkan pening-pening dan sakit kepala
  • Sembelit menyebabkan antara lain gangguan pembentukan pelbagai jenis enzim termasuk enzim detoksifikasi apabila DNA tidak dapat berfungsi secara sempurna.
  • Sembelit menyebabkan penghidap berasa tidak puas buang air besar, perut membuncit atau sakit perut.
  • Sering sembelit boleh menimbulkan menyebabkan beberapa simptom seperti bau mulut dan tubuh yang tidak menyenangkan, selain sukar menumpukan perhatian, mengantuk, malas, lesu kronik, artritis, hilang selera makan, sakit kepala dan masalah kulit.

Antara cara mudah yang dapat dilakukan bagi mengatasi masalah sembelit adalah penjagaan pemakanan. Antara langkah tip pengambilan makanan yang dapat dilakukan ialah :

1. BUAH BETIK


Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C dan mempunyai kandungan serat yang tinggi. Ia sesuai dimakan untuk melawaskan perut bagi sesiapa yang mempunyai masalah sembelit. Elok lebihkan serat dalam pemakanan harian bagi individu yang mengalami sembelit.

2. LOBAK MERAH



Lobak merah atau nama saintifiknya Daucus carota L boleh membantu menyembuhkan sembelit, mengubati sakit ketika buang air kecil, meningkatkan aliran ketika menstruasi dan menjaga kulit supaya sentiasa sihat. Cara terbaik menikmati manfaat lobak merah adalah dengan memakannya secara mentah.

3. CUKA EPAL


Sebaik bangun tidur, minum satu sudu cuka epal. Ia meningkatkan penghasilan asid dalam perut secara tak langsung membantu penghadaman dan perkumuhan.

4. CINCAU


Cincau mempunyai serat yang tinggi dan rendah kalori dipercayai mampu meredakan panas di dalam tubuh, demam, kembung perut, sembelit dan cirit birit. Selain itu cincau juga mampu membersihkan organ pencernaan dari zat karsinogen yang menjadi punca penyakit kanser.

5. DAUN KUCAI


Daun kucai mengandungi vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang. yang berfungsi sebagai antiseptik untuk membunuh bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus selain melancarkan pengaliran darah sekaligus mengelakkan berlakunya pembekuan darah. Ia dapat mengubati penyakit-penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit.

6. PENGAMBILAN SUPLEMEN

Pemilihan suplemen yang tepat juga mampu membantu masalah sembelit. Antara cadangan suplemen ialah :

MANFAAT VIVIX UNTUK SEMBELIT :

  • Salah satu bahan di dalam VIVIX ialah anggur muscadine. Ia mengandungi serat yang tinggi berbanding oat menjadikannya sumber diet terbaik. 35 biji anggur muscadine memberikan 105 kalori dan 7 gram serat. 
  • Dengan biji yang boleh dimakan dan kulit yang tebal, anggur muscadine memang tinggi dengan kandungan serat larut, bahan yang membantu penghadaman dan mencegah sembelit, haemorrhoids dan diverticulitis. Serat dalam sebiji anggur muscadine bersamaan dengan serat yang terkandung dalam 5 biji anggur tanpa biji yang biasa.





MANFAAT OMEGA GUARD :

  • Baik untuk sendi dan otot.Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat dari tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Omega membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak tersebut.
Pastikan anda telah mengamamalkan pemakanan yang sihat mengikut diet yang tertentu bagi mengelakkan berlakunya masalah sembelit dan ianya dapat diatasi dengan langkah awal.

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian, anda bolehlah menghubungi saya. 

Ingin mencuba rangkaian produk dari shaklee?? Anda ingin menjana pendapatan dengan shaklee?? Ingin mengubah hidup & kesihatan anda dengan shaklee?? 
Jangan tunggu lagi dan hubungi saya di talian 
012.4322400 

Tiada ulasan:

Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya