27 November 2018

PENJAGAAN LUKA PEMBEDAHAN



BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum

Biasanya kita selalu bercakap mengenai penjagaan luka pembedahan bersalin ataupun Caeserian. Sebenarnya terdapat bermacam-macam jenis luka pembedahan antaranya pembedahan patah, pembedahan perut dan termasuklan pembedahan untuk kencing manis.

Setiap jenis luka pembedahan ini haruslah dijaga dengan baik dan teliti bagi mengelakkan berlakunya jangkitan kuman dan luka menjadi teruk. 



Cara Elak Luka:

1. Pemeriksaan Yang Kerap
Periksa tubuh anda terutamanya di setiap celah jari kaki dan tapak kaki supaya anda sedar jika ada luka kecil. Gunakan cermin untuk melihat pada bahagian yang sukar dilihat

2. Pastikan Kulit Bersih Setiap Hari
Mandi secara cermat dan sekata agar keseluruhan badan menjadi bersih terutama di bahagian celahan anggota.
Antara suplemen yang membantu untuk luka pembedahan ialah : 


ESP


• Membantu memeperbaiki sel tisu yang rosak dan membantu pembentukan sel tisu yang baru

VIVIX
• Melindungi sel dari kerosakkan akibat jangkitan
• Memperbaiki sel, meningkat prestasi sel, dan menggalakkan pergerakan sel

NUTRIFERON

• Mengukuhkan system imun badan
• Melindungi dari influenza

VITA C
• Membantu mengurangkan rasa sakit
• Mengurangkan parut luka pembedahan
• Membantu pembentukan kolagen dalam badan

VITA LEA

• Membekalkan keperluan nutrient pada tubuh
• Membantu mempercepatkan proses baik pulih luka dalaman dan luaran


TESTIMONI VIVIX UNTUK LUKA PEMBEDAHAN BERSALIN




TESTIMONI VIVIX UNTUK PEMBEDAHAN DAN MEMBANTU KESIHATAN DALAMAN




TESTIMONI VIVIX MEMBANTU PULIHKAN TISU LUKA BAHAGIAN PUNGGUNG



BAGAIMANA VIVIX MEMBANTU LUKA ANDA????

1. Memperlahankan atau mengurangkan sindrom resistansi insulin (sindrom metabolik)

Vivix kaya dengan antioksidan membantu melindungi dan membaiki sel yang rosak. Pengambilan secara berterusan memberi manfaat untuk mengurangkan risiko berlakunya kerosakan sel sekaligus mengelak berlakunya nanah dan luka lambat sembuh.

2. Kawal kepekatan glukosa dalam darah.

Ramuan Vivix yang kaya dengan  polifenol melambatkan pencernaan dan penyerapan karbohidrat dalam darah juga mengelakkan pengumpulan gula yang tinggi.

3. Mengaktifkan enzim SIRT1

Enzim SIRT1  bertanggungjawab merembeskan hormon insulin bagi mengawal kandungan gula dalam darah. Kecekapan hormon insulin dalam menjalankan fungsinya mampu mengelak penyakit kencing manis dan komplikasinya.

4. Menggalakkan Penyembuhan Luka Dengan Cepat

Vivix mengandungi polifenol anthocyanins yang dapat membantu menyembuhkan luka dengan segera.

Diabetes menyebabkan tahap imuniti tubuh berada pada tahap yang rendah dan tindakan leukosit polymorphonuclear menjadi kurang cekap. Sel-sel ini bertanggungjawab untuk memusnahkan agen asing di dalam badan. Apabila berlaku luka ia mengambil masa yang lama untuk sembuh, atau tidak boleh bertindak balas untuk merawat. Dalam keadaan itu, pemotongan anggota merupakan satu-satunya tindakan yang boleh dibuat.

Ingin mencuba rangkaian produk dari shaklee?? Anda ingin menjana pendapatan dengan shaklee?? Ingin mengubah hidup & kesihatan anda dengan shaklee?? 

Jangan tunggu lagi dan hubungi saya di talian 
012.4322400 

atau klik link dibawah untuk pembelian




25 November 2018

KENAPA MEMILIH UNTUK BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN




BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum

Melalui pengalaman 3 kali menjalani kelahiran secara pembedahan membuatkan saya agak serik dan sekiranya diberi pilihan, mestilah bersalin secara normal dan mudah menjadi pilihan. Walaubagaimanapun, ianya bukanlah sesuatu yang boleh dipilih seandainya ia adalah ketetapan Allah atau  pun memang sudah tiada pilihan dan memberi risiko kepada anak di dalam kandungan. 



MENGAPA BERSALIN PEMBEDAHAN MENJADI PILIHAN???

Terdapat banyak sebab mengapa bersalin secara pembedahan menjadi pilihan atau ianya dicadangkan oleh hospital. Sesetengahnya dilakukan pada situasi yang kritikal, ada sebahagian pula dicadangkan untuk mengelakkan komplikasi, dan ada juga yang dirancang (elektif).

6 SEBAB MENGAPA BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN

1. PLASENTA PREVIA

Selama kehamilan, rahim wanita akan berkembang dan plasenta (uri) yang normal akan melebar ke arah atas menjauhi serviks. Plasenta previa inilah keadaan di mana plasenta ini tetap berada di bahagian bawah rahim atau dekat dengan serviks sehingga menutupi jalan laluan kelahiran.
Antara gejala plasenta previa yang paling biasa adalah pendarahan tanpa disertai rasa sakit. Perdarahan tersebut biasanya terjadi pada 3 bulan terakhir masa kehamilan.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kategori plasenta previa. Hanya jika ia tergolong dalam kategori major, bersalin secara pembedahan terpaksa dijalankan.

2. KEHAMILAN SONGSANG 

Menurut Dr Izzat melalui Malaysian Medical Gazette, terdapat beberapa jenis songsang yang boleh berlaku pada ibu hamil. Posisi yang paling biasa extended breech di mana kedua-dua kaki terletak lurus dengan buku lali berada di sebelah kepala bayi. Maksudnya, apabila doktor membuat pemeriksaan jalan kelahiran dari vagina, mereka akan merasakan punggung bayi.
Menurut beliau, ada masanya kes ini ibu masih dibenarkan untuk bersalin secara normal.

3. BAYI LEMAS (FETAL DISTRESS)

Punca bayi lemas dalam kandungan adalah kekurangan oksigen pada bayi dalam kandungan. Ia dikesan melalui tanda denyutan jantung bayi yang menjadi perlahan – iaitu jauh lebih rendah berbanding kadar normal.
Sekiranya ia berlaku, pembedahan caesarean perlu dilakukan secepat mungkin untuk menyelamatkan nyawa bayi.

4.  BUKAAN LAMBAT/POOR PROGRESS

Menurut BabyCenter, jika bukaan rahim terlalu lambat – iaitu tidak terbuka pada kadar sekurang-kurangnya 0.5cm setiap jam dalam masa 4 jam, ia mungkin salah satu tanda bermasalah.
Umumnya, proses kelahiran ini menjadi lambat tanpa sebarang sebab tertentu. namun ia biasanya dikaitkan dengan posisi bayi, kontraksi yang lemah, dan saiz pelvis ibu yang kurang sesuai.

5. ULANGAN / REPEAT CAESAREAN

Menurut sumber, 60-80% wanita yang pernah bersalin secara pembedahan boleh bersalin secara normal. Keadaan ini digelar vaginal birth after cesarean (VBAC).
Sungguhpun begitu, terdapat kes tertentu di mana ia boleh menyebabkan masalah seperti rahim pecah dan risiko kematian pada bayi. Sekiranya terdapat tanda-tanda komplikasi, pembedahan Caesarean terpaksa dijalankan untuk menyelamatkan keadaan.

6. MASALAH DARAH TINGGI / KENCING MANIS SEMASA HAMIL

Darah tinggi ketika hamil dikaitkan dengan pre-eklampsia, di mana kondisi ini boleh menyebabkan plasenta tidak dapat menyalurkan jumlah darah dan oksigen yang cukup untuk bayi.
Bagi pesakit kencing manis atau diabetes gestasi, ibu hamil berkemungkinan mempunyai saiz bayi yang besar atau komplikasi kesihatan yang lain. Semua ini antara punca anda bermasalah untuk melahirkan bayi tersebut secara normal.
Sebagai pesakit, ibu-ibu boleh membuat pilihan setelah mendengar pendapat daripada doktor pakar dan membuat pilihan yang wajar setelah menimbang segala risiko. Ibu haruslah mempunyai ilmu dan pengetahuan tentang proses bersalin agar dapat membuat keputusan yang selamat untuk kelahiran bayi anda. 
Ingin mencuba rangkaian produk dari shaklee?? Anda ingin menjana pendapatan dengan shaklee?? Ingin mengubah hidup & kesihatan anda dengan shaklee?? 
Jangan tunggu lagi dan hubungi saya di talian 
012.4322400 


23 November 2018

PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN SEKIRANYA ANDA BERSALIN CEASER




BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum

Menurut BabyCenter, pembedahan Caesarean dikategorikan sebagai pembedahan major. Maka, ada beberapa perkara penting yang perlu anda elakkan, terutamanya bagi penjagaan pantang bersalin pembedahan. Ini kerana, otot dalaman dan luka anda memerlukan rehat supaya cepat sembuh dan anda dapat kembali menguruskan kehidupan harian dengan lebih efisyen.
Berpantang selepas bersalin adalah satu tempoh bagi kaum ibu menjalani fasa pemulihan selepas proses bersalin. Biasanya tempoh berpantang selama 44 hari memang dimanfaatkan sebaik mungkin bagi membantu proses pemulihan bagi tubuh. 


1. HUBUNGAN INTIM

Setiap ibu yang berpantang, tempoh pantang selama 44 hari termasuklah jugak pantang bersama bagi memastikan proses penyembuhan luka berlaku dengan sempurna. Ada juga ibu yang mengamalkan proses berpantang ini selama 100 hari. 
Pastikan luka bersalin anda telah kering dan anda telah berasa cergas untuk melakukannya bersama pasangan.

2. BERGERAK AKTIF

Elakkan melakukan sebarang kerja-kerja rumah yang sukar, turun naik tangga, ataupun mengangkat barang yang lebih berat daripada bayi anda.
Selain itu, pergerakan biasa seperti menoleh dan memusing mungkin menyebabkan kesakitan dan perlu dilakukan secara berhati-hati.

3. BATUK

Jaga pemakanan dan jauhkan sebarang jenis makanan berminyak atau pedas mahupun minuman seperti air sejuk dalam kuantiti banyak kerana ia boleh menyebabkan batuk. Sekiranya anda ingin terbersin, ketawa atau terbatuk, letakkan sebiji bantal merentangi perut dan tekan perlahan-lahan untuk ‘menahan’ pergerakan perut.
Selepas seminggu bersalin, kita juga digalakkan untuk menggunakan bengkung terutamanya bengkung moden yang dikhususkan untuk bersalin secara pembedahan. Ianya bagi menampung dan menyokong postur perut kita. 

4. SENAMAN

Seperti ramai ibu-ibu, ramai yang ingin cepat kurus selepas bersalin. Apapun, tangguhkan sebarang senaman abdomen sehingga 4-6 minggu selepas bersalin.
Dapatkan saranan doktor sebelum memulakan sebarang rejim senaman atau diet yang khusus.

5. BIARKAN DIRI DILANDA KEMURUNGAN

Bersalin secara pembedahan memang memakan masa yang lebih lama untuk sembuh berbanding besalin secara normal. Tapi, ketahuilah bahawa anda tidak perlu melaluinya sendiri.
Dapatkan sokongan moral dan bantuan keluarga apabila anda memerlukannya. Berbuallah dengan suami, saudara, atau teman-teman untuk mengurangkan stres. Jangan memaksa diri menguruskan keluarga atau terlalu memikirkan kerja harian hingga menjejaskan emosi anda.
Dalam penjagaan luka pembedahan dan waktu berpantang anda juga digalakkan untuk mengambil ubat penahan sakit atau suplemen bagi membantu kesihatan tubuh anda. Dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambilnya
Sekiranya terdapat tanda yang luka pembedahan anda bermasalah, seperti pendarahan,  demam berpanjangan dan tanda amaran yang lain, rujuklah dengan doktor di klinik kesihatan di kawasan anda atau terus merujuk ke hospital untuk tindakan segera. 
Ingin mencuba rangkaian produk dari shaklee?? Anda ingin menjana pendapatan dengan shaklee?? Ingin mengubah hidup & kesihatan anda dengan shaklee?? 
Jangan tunggu lagi dan hubungi saya di talian 
012.4322400 


22 November 2018

KENAPA LUKA PEMBEDAHAN LAMBAT SEMBUH?


BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum

Percaya tak yang ada sebahagian ibu bersalin secara caeserian atau pembedahan mengalami masalah luka lambat sembuh?Ada sahabat ummi yang cerita luka beliau setelah sebulan masih berair dibahagian luka tersebut.

KENAPA LUKA LAMBAT SEMBUH??


Banyak faktor yang menyebabkan luka pembedahan lambat sembuh. Bukan disebabkan cara membersihkan luka sahaja. Antara sebab yang lain, ‘bagaimana tubuh pesakit bertindakbalas dalam proses penyembuhan?’ Tindak balas ini bergantung sepenuhnya kepada diri pesakit itu sendiri.
Antara golongan pesakit yang berisiko tinggi luka pembedahan lambat sembuh dan berisiko mengalami jangkitan kuman pada luka pembedahan adalah :-
  • Warga Emas (orang yang berumur lebih 60 tahun)
  • Pesakit yang sebelum ini mengalami kekurangan berat badan akibat kekurangan nutrisi seimbang
  • Pesakit yang kurang Vitamin C
  • Pesakit kronik seperti pesakit diabetes, pesakit kanser yang menjalani rawatan radioterapi & kimoterapi
  • Pesakit autoimmune seperti SLE yang dirawat dengan steroid
  • Penghisap Rokok
Luka pembedahan yang lambat sembuh, berkemungkinan akan dijangkiti kuman dan membuatkan keadaan luka tersebut menjadi lebih teruk dan bernanah di bahagian dalam.

CARA MEMBANTU LUKA CEPAT SEMBUH

  • Selepas mandi, pastikan kita mencuci luka dengan betul.
  • Bersihkan luka guna alkohol terlebih dahulu sehingga bersih. Boleh buat 2 hingga 3 kali.
  • Selepas yakin bersih, sapu ubat kuning dan antibiotik pada luka guna putik kapas.
  • Keringkan ubat dan kawasan luka.
  • Tutup luka guna balutan dibekalkan hospital.
  • Amalkan makanan sihat
  • Pengambilan suplemen untuk kesihatan
Terdapat beberapa supplement yang dapat membantu memulihkan luka pembedahan. Antaranya :

1. ESP
  • Membantu memeperbaiki sel tisu yang rosak dan membantu pembentukan sel tisu yang baru

2. VIVIX
  • Melindungi sel dari kerosakkan akibat jangkitan 
  • Memperbaiki sel, meningkat prestasi sel, dan menggalakkan pergerakan sel
3. VITA C
  • Membantu mengurangkan rasa sakit
  • Mengurangkan parut luka pembedahan
  • Membantu pembentukan kolagen dalam badan
4. VITA LEA
  • Membekalkan keperluan nutrient pada tubuh
  • Membantu mempercepatkan proses baik pulih luka dalaman dan luaran

5. ZINC
  • Kekurangan zinc menyebabkan luka lambat sembuh. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zinc, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.
Ingin mencuba rangkaian produk dari shaklee?? Anda ingin menjana pendapatan dengan shaklee?? Ingin mengubah hidup & kesihatan anda dengan shaklee?? 

Jangan tunggu lagi dan hubungi saya di talian 
012.4322400 

21 November 2018

SUPLEMEN BAGI MEMBANTU LUKA PEMBEDAHAN CAESARIAN




BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum

Bagi ibu yang bersalin secara pembedahan, semasa tempoh berpantang inilah mereka memerlukan rehat yang mencukupi supaya luka pembedahan itu tidak dijangkiti kuman ataupun bernanah. Bahagian luka hendaklah sentiasa kering supaya cepat sembuhnya. 
Bahagian luar boleh dilihat sama ada ianya ok atau tidak. Tetapi bahagian dalam dikhuatiri tahap kesembuhannya kerana tidak dapat di lihat. Kita adalah digalakkan untuk mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat yang dapat membantu proses penyembuhan luka. Di samping itu juga, pengambilan suplemen juga dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka di bahagian dalam. 


Vivix Terbaik Dalam Menyembuhkan Luka Dari Dalam

1. Vivix adalah sumber anti-oksidandan mempunyai kandungan resveratrol yang tinggi membantu dalam penyembuhan luka pembedahan ibu-ibu.
2. Vivix juga membantu dalam membaiki sel-sel hingga ke peringkat DNA lagi. Ia akan menghasilkan sel-sel baru yang lebih sihat dan panjang jangka hayatnya.
3. Dalam kandungan Vivix juga, terdapat penjana tenaga yang dipanggil Mitochondria. Mitochondria membantu memberi tenaga yang ibu-ibu perlukan semasa berpantang. Sebab itulah ibu yang mengambil Vivix semasa berpantang nie cepat sihat dan bertenaga.
4. Disebabkan Vivix nie membantu dalam melambatkan proses penuaan dalam badan kita, ibu berpantang yang mempunyai kulit kusam dan tak bermaya, menjadi bertambah cantik berseri. Orang yang tengok pun tak percaya yang ibu baru lepas bersalin dan masih lagi berpantang. 

TESTIMONI 1

  • Ibu bersalin secara pembedahan dan mengamalkan VIVIX bermula hari ke-5
  • Juga menyusukan bayi dan luka czer cepat kering, baby tiada kuning dan badan kekal cergas.  

TESTIMONI 2
  • Ibu bersalin secara normal dan luka jahitan membuatkan ibu tidak selesa dan menangis ketika duduk
  • Selepas mengamalkan VIVIX 3 hari berturut alhamdulillah hilang rasa sakit

TESTIMONI 3 

  • Selepas 3 hari mengamalkan VIVIX, sakit pada luka pembedahan semakin berkurang dan boleh mengiring dengan selesa ketika menyusukan anak. 
  • 30 hari berpantang badan makin cegas dan kuat. 


Vivix dijamin dapat membantu ibu-ibu yang menjalani pembedahan dan segala kandugan di dalam VIVIX adalah sah dan di paternkan. Pengambilan suplemen ini dapat membantu memulihkan luka pada bahagian dalaman badan. 

Ingin mencuba rangkaian produk dari shaklee?? Anda ingin menjana pendapatan dengan shaklee?? Ingin mengubah hidup & kesihatan anda dengan shaklee?? 

Jangan tunggu lagi dan hubungi saya di talian 
012.4322400 

atau klik link dibawah untuk pembelian




20 November 2018

LUKA PEMBEDAHAN TERBUKA?BAGAIMANA MEMBANTU AGAR CEPAT SEMBUH




BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum

Bersalin secara pembedahan memang sesuatu yang dianggap mudah dan tidak menyakitkan bagi sesetengah orang sedangkan risiko bersalin secara pembedahan lebih menakutkan.

Berdepan dengan risiko luka pembedahan merupakan satu dugaan besar bagi seorang ibu. Saya sendiri pernah mengalami masalah yang sama seminggu selepas bersalinkan anak ke-2. 

Parut luka haruslah dijaga dengan baik dan dibersihkan selepas pembedahan dan pulang ke rumah.


KENAPA LUKA PEMBEDAHAN TERBUKA


1. JANGKITAN KUMAN
Punca utama luka terbuka ialah disebabkan jangkitan kuman pada kawasan pembedahan. Risikonya 1 peratus.
2. OBESITI
Berlaku kepada ibu hamil yang obesiti kerana ketebalan tisu lemak dan kulit melambatkan proses penyembuhan. Lipatan kulit juga menyebabkan kawasan sentiasa lembap dan berpeluh yang menjadi punca pembiakan kuman.
3. ANEMIA
Ibu hamil yang mengalami anemia berpotensi mengalami masalah luka pembedahan terbuka kerana kekurangan oksigen kepada tisu aktif yang melambatkan proses penyembuhan.
4. KEBERSIHAN DIRI
Tidak mengamalkan kebersihan diri ketika berpantang juga boleh menjadi punca seperti tidak mandi atau tidak membersihkan kawasan luka hingga luka dicemari peluh dan daki.
5. KURANG MINUM AIR
Kurang air menyebabkan kita mengalami dehidrasi yang melambatkan proses penyembuhan.
6. MAKANAN TIDAK SEIMBANG
Tidak mengamalkan makanan seimbang ketika berpantang boleh melambatkan proses penyembuhan. Jadi, makanlah sayur-sayuran dan buah-buahan.
7. GERAKAN LASAK
Kurangkan gerakan yang melibatkan tekanan pada abdomen seperti menjemur kain, meneran, batuk dengan kuat dan mengangkat benda berat.
8. UBAT TRADISIONAL
Perbuatan menyapu ubat-ubatan tadisional pada luka pembedahan boleh menyebabkan pembiakan bakteria. Jangan lakukan sembarangan.

TANDA-TANDA LUKA TERBUKA

1. SAKIT PADA BAHAGIAN LUKA
Kita mungkin akan mengalami rasa sakit pada bahagian luka selama 2-3 hari disebabkan jangkitan kuman pada luka.
2. DEMAM
Ada juga yang didahului dengan demam kuat disebabkan jangkitan pada luka pembedahan.
3. LUKA MERAH DAN BERNANAH
Perhatikan luka pembedahan sekiranya ada tanda-tanda ini. Segera ke klinik atau hospital terdekat.
4. KELUAR CECAIR
Ada sesetengah pesakit mendapati ada cecair keluar daripada luka pembedahan. Sekiranya cecair sentiasa mengalir (dan ia bukan peluh), itu salah satu tanda ada jangkitan pada luka. Segeralah ke klinik atau hospital berhampiran.

CARA MEMBANTU LUKA CEPAT SEMBUH

  • Selepas mandi, pastikan kita mencuci luka dengan betul.
  • Bersihkan luka guna alkohol terlebih dahulu sehingga bersih. Boleh buat 2 hingga 3 kali.
  • Selepas yakin bersih, sapu ubat kuning dan antibiotik pada luka guna putik kapas.
  • Keringkan ubat dan kawasan luka.
  • Tutup luka guna balutan dibekalkan hospital.
  • Amalkan makanan sihat
  • Pengambilan suplemen untuk kesihatan
Antara supplement yang dapat membantu luka pembedahan ialah :




MANFAAT VIVIX

VIVIX


• Melindungi sel dari kerosakkan akibat jangkitan
• Memperbaiki sel, meningkat prestasi sel, dan menggalakkan pergerakan sel



Ingin mencuba rangkaian produk dari shaklee?? Anda ingin menjana pendapatan dengan shaklee?? Ingin mengubah hidup & kesihatan anda dengan shaklee?? 

Jangan tunggu lagi dan hubungi saya di talian 
012.4322400 

  

PANDUAN MENGURANGKAN GULA DALAM PEMAKANAN SEHARIAN




BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum

Setiap kali menyebut gula pasti tergambar butiran putih dan kemanisan. Namun kesan kepada kesihatan bukan sahaja pahit sekiranya diambil berlebihan malah menjadi racun kepada tubuh. Gula juga menyumbang kepada 60 jenis penyakit berbahaya.

Berdasarkan kajian daripada Persatuan Diabetik dan Dietitik Amerika menegaskan pengambilan gula berlebihan sering dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan antara imsomnia,alahan, pening, rambut gugur, jerawat, radang kulit dan gigi reput.
Gula juga membawa punca kemurungan melampau, darah tinggi, diabetes, penyakit kardiovaskular, kanser kolon dan kanser pancreas.

Seseorang yang mengamalkan pengambilan gula secara minimum,lama kelamaan lidah anda terbiasa dengan keadaan itu dan boleh menyesuaikan diri dengannya.


Jika seseorang mengalami hipoglisemia ketika mengurangkan pengambilan gula, kajian menunjukkan pengambilan minyak hati ikan kod secara berterusan membantu menstabilkan glukosa dalam darah. Minyak kelapa dara juga membantu dengan memperlahankan pelepasan glukosa darah. Ambil alternative lain seperti madu gula kabung, gula merah dan sirap maple.
Semua ini meningkatkan pelepasan glukosa darah secara pantas kecuali diambil pada kadar rendah Bersama lemak atau protein.

PANDUAN MENGURANGKAN GULA



  1. Minum air kosong berbanding minuman manis seperti air berkarbonat atau cordial.
  2. Sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.
  3. Gantikan manisan seperti kuih dan kek dengan pilihan lebih sihat seperti buah-buahan
  4. Kurangkan kekerapan mengambil makanan bergula
  5. Elakkan mengambil makanan bergula di antara waktu makan utama dan sebelum tidur
  6. Semak kandungan gula pada senarai ramuan sesuatu produk makanan.
  7. Hadkan pengambilan gula atau susu pekat manis kepada satu sudu the sahaja untuk secawan minuman.
Gula berlebihan dalam tubuh manusia akan disimpan sebagai lemak. Ini berbeza jika kita mengambil sayur atau buah-buahan , ada galian dan vitamin baik untuk kesihatan. Manisan boleh digantikan dengan pengambilan buah-buahan yang manis. 

Cara terbaik mengelakkan penyakit berbahaya ialah dengan melatih dan diri meminimumkan pengambilan gula. 


ingin mencuba rangkaian produk dari shaklee?? Anda ingin menjana pendapatan dengan shaklee?? Ingin mengubah hidup & kesihatan anda dengan shaklee?? 


Jangan tunggu lagi dan hubungi saya di talian 
012.4322400 



Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya