BISMILLAH WAL HAMDULILLAH
Assalamualaikum
Selain dari kencing manis dan darah tinggi, kadar kandungan kolestrol juga adalah salah satu aspek penting yang kita harus ambil peduli. Biasanya kita selalu beranggapan kita sihat walaupun kita kurus. Percaya tak yang orang kurus juga kebanyakkanya mengalami masalah bacaan kolestrol yang tinggi.
APA ITU KOLESTROL???
Ia adalah bahan berlemak yang hadir dalam darah. Antara fungsi kolesterol adalah menghasilkan membran sel dan menukar serapan cahaya matahari kepada vitamin D. Ia dipanggil kolesterol baik.
Namun apabila seseorang itu mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang tidak sihat seperti tinggi pengambilan lemak tidak tepu, kurang bersenam, obesiti, merokok serta minum alkohol menyebabkan kolesterol ‘jahat’ berkumpul dengan banyak dalam dinding arteri.
Apabila kolesterol tinggi, maka mudahlah terdedah kepada sakit jantung dan pelbagai penyakit lain.
Terdapat beberapa jenis makanan yang dapat membantu mengatasi masalah kolestrol secara natural seperti :
1. BIJI KETUMBAR
- Bukan sahaja membantu mengurangkan jumlah kolesterol dalam badan malah dapat merawat penyakit kencing manis.
Amalkan: Masukkan dua sudu biji ketumbar dalam satu cawan air dan rebus. Tapis airnya dan minum dua kali sehari. Untuk lebih enak, tambah gula atau susu.
2. BAWANG MERAH
- Saintis di Hong Kong mendapati bawang merah boleh membuang kolesterol yang jahat dan meningkatkan kolesterol yang baik
Amalkan: Masukkan bawang merah, halia dan bawang putih dalam menu diet. Minum campuran jus bawang bersama madu setiap hari.
3. INDIAN GOOSEBERRY , AMLA ATAU BUAH POKOK MELAKA
- Agen hypolopidemic semula jadi yang menurunkan kolesterol jahat
Amalkan: Ia boleh didapati dalam bentuk serbuk. Masukkan satu sudu serbuk dalam segelas air suam dan minum setiap pagi sewaktu perut kosong
4. CUKA EPAL
- Mengurangkan jumlah kolesterol level triglyceride, iaitu kandungan lemak dalam darah. Ia juga baik untuk merawat penyakit darah tinggi, gout dan acid reflux
Amalkan: Campurkan satu sudu cuka dalam segelas air. Minum dua hingga tiga kali sehari setiap hari. Untuk lebih enak, boleh gantikan air suam dengan jus oren, jus epal atau jus kegemaran.
5. JUS OREN
- Minum jus oren selalu kerana ia mengandungi vitamin C, folate dan flavanoids yang membantu mengurangkan kolesterol dalam darah
Amalkan: Minum jus oren segar dua kali sehari
6. MINYAK KELAPA ORGANIK
- Mengandungi asid lauric yang dapat meningkatkan kolesterol ‘baik’
Amalkan: Makan satu hingga dua sudu setiap hari.
7. OAT
- Mengurangkan kolesterol dan mencegah penyerapan kolesterol ‘jahat’
Amalkan: satu cawan oat bersamaan tiga gram serat dan beta-glucan. Boleh tambah buah atau walnut untuk menyedapkan hidangan oat
8. MINYAK IKAN
- Mengurangkan lemak dalam darah dan mengatasi masalah jantung
Amalkan: minyak ikan atau ikan mentah seperti tuna, salmon, sardin, trout dan bluefish kaya dengan lemak omega Makan satu hingga empat gram lemak omega 3 setiap hari.
9. RED YEAST RICE’
- Mengandungi kompaun monacolins yang mengurangkan kolesterol
Amalkan: Boleh dibeli di farmasi dalam bentuk tablet, ia boleh dimakan dua kali sehari. Dapatkan dahulu nasihat daripada doktor sebelum mengambilnya. Tidak digalakkan untuk wanita hamil dan menyusu.
10. KEKACANG
- Walnut, almond dan segala jenis kacang mengawal kolesterol daripada berkumpul dalam badan memandangkan ia kaya dengan serat
Amalkan: Makan seperti snek dalam kadar segenggam setengah
11. MINYAK IKAN
- OMEGA GUARD:
12. PHYTOCOL ST:
- Mengandungi fitosterol yang berfungsi untuk menyerap kolestrol “jahat” (LDL) yang tidak diperlukan. Lebih banyak kandungan Fitosterol dalam badan lebih cepat kolestrol dapat dikurangkan.
-Kandungan EPA dan DHA dalam OMEGA GUARD membantu menurunkan kadar kolestrol
PHYTOCOL ST:
Mengandungi fitosterol yang berfungsi untuk menyerap kolestrol “jahat” (LDL) yang tidak diperlukan. Lebih banyak kandungan Fitosterol dalam badan lebih cepat kolestrol dapat dikurangkan.
TESTIMONI 1 : RESULT AFTER 2 MONTHS
TESTIMONI 2 : OMEGA GUARD UNTUK KULIT SIHAT DAN BERMINYAL
TESTIMONI 3 : BACAAN KOLESTROL MAKIN MENURUN SETELAH MENGAMALKAN OMEGA GUARD DAN PHYTOCOL
TESTIMONI 4 : OMEGA MEMBANTU MENURUNKAN BACAAN KOLETROL
TESTIMONI 5 : ATASI KOLESTROL DENGAN LECITHIN
Untuk mengurangkan kolesterol ‘jahat’ daripada terus berkumpul dalam badan, pastikan juga anda mengamalkan cara hidup sihat. Ini sekaligus akan memelihara daripada dijangkiti penyakit yang disebabkan oleh kolesterol ini. Anda boleh memastikan senarai makanan di atas sentiasa ada di rumah dan boleh digunakan bila-bila masa sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan