23 Oktober 2018

MAKANAN YANG DAPAT MEMBANTU MENGATASI MASALAH BUASIR



BISMILLAH WAL HAMDULILLAH
Assalamualaikum
Dalam entry sebelum ini ummi ada berkongsi tentang BAGAIMANA MERAWAT MASALAH SEMBELIT. Sembelit adalah merupakan salah satu sebab utama berlakunya masalah buasir. Langkah pencegahan awal adalah lebih baik dari proses merawat. Mengelakkkan masalah sembelit dapat menjauhkan kita daripada masalah buasir. 
Ada seorang kawan ummi yang memang biasa mengalami masalah sembelit dan ada masanya hingga hampir seminggu beliau tidak dapat membuang. Masalah buasir tersebut berlarutan dan akhirnya beliau sendiri mengalami masalah BUASIR. 


Buasir adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu banyak tekanan di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau memberi dan membonjol. Kadangkala ianya boleh pecah.
Antara pencegahan awal yang dapat kita amalkan adalah melalui pemakanan yang sihat. Terdapat beberapa jenis buahan dan sayuran yang dapat membantu mengatasi masalah sembelit dan buasir. Antaranya ialah:

1. Betik

  • Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C dan mempunyai kandungan serat yang tinggi. Ia sesuai dimakan untuk melawaskan perut bagi sesiapa yang mempunyai masalah sembelit. Elok lebihkan serat dalam pemakanan harian bagi individu yang mengalami sembelit. Cuba ini: Punch buah-buahan perdana

2. Strawberi

  • Buah berwarna merah yang berasal dari negara bercuaca sejuk ini bukan sahaja cantik dan enak dimakan. Malah, ia berkesan mengatasi masalah sembelit di samping bertindak sebagai astringen bagi meredakan demam dan juga membersihkan gigi. Ia juga kaya dengan vitamin C yang baik untuk kesihatan kulit.

3. Cincau

  • Cincau mempunyai serat yang tinggi dan rendah kalori dipercayai mampu meredakan panas di dalam tubuh, demam, kembung perut, sembelit dan cirit birit. Selain itu cincau juga mampu membersihkan organ pencernaan dari zat karsinogen yang menjadi punca penyakit kanser. Cuba ini: Bandung cincau

4. Timun

  • Timun kaya dengan kandungan mineral. Ia juga mengandungi kalsium, fosforus, zat besi & Vitamin C. Masalah sembelit boleh diatasi hanya dengan makan timun setiap hari.

5. Kucai

  • Daun kucai mengandungi vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang. yang berfungsi sebagai antiseptik untuk membunuh bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus selain melancarkan pengaliran darah sekaligus mengelakkan berlakunya pembekuan darah. Ia dapat mengubati penyakit-penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit.

6. Pisang


  • Pisang mempunyai begitu banyak khasiat untuk kesihatan. Amalan makan pisang setiap hari dapat membantu menyelesaikan masalah sembelit. Pisang bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja malah boleh dijadikan hidangan minum petang yang enak sama ada dengan mengoreng atau dijadikan pengat. Cuba ini: Pengat pisang

7. Temulawak


  • Sembelit juga boleh diatasi dengan menggunakan batang dan rizom (ubi) muda temulawak atau nama saintifiknya Curcuma Xanthorriza. Caranya:
1. Ambil bahagian batang dan rizom (ubi) muda temu lawak.
2. Bersihkan, kemudian rebus hingga mendidih.
3. Setelah mendidih, tapis serta tuangkan air rebusan tadi ke dalam gelas.
4. Jika mahu, biarkan ia suam seketika dan minumlah secara perlahan-lahan.

  • Sehari sekurang-kurangnya boleh diminum sebanyak dua hingga tiga kali. Boleh juga diminum walaupun tidak mengalami masalah sembelit sebagai langkah pencegahan. Selain sembelit, ia juga diakui boleh mengatasi masalah najis berdarah.

8. Ciku


  • Individu yang mengalami masalah sembelit juga boleh amalkan makan buah ciku yang dihancur sehingga lumat. Amalan ini boleh disertakan bersama pengambilan sedikit air suam yang dicampur dengan sedikit garam sebelum sarapan pagi.

9. Lobak Merah


  • Lobak merah atau nama saintifiknya Daucus carota L boleh membantu menyembuhkan sembelit, mengubati sakit ketika buang air kecil, meningkatkan aliran ketika menstruasi dan menjaga kulit supaya sentiasa sihat. Cara terbaik menikmati manfaat lobak merah adalah dengan memakannya secara mentah.

Tiada ulasan:

Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya