4 Oktober 2018

KEPENTINGAN KALSIUM UNTUK IBU HAMIL


BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum semua...

Pengambilan kalsium untuk ibu hamil adalah sangat diperlukan sepanjang kehamilan hingga selamat melahirkan bayi. Hal ini kerana sumber kalsium banyak manfaat dan faedah untuk bayi dan ibu tersebut. Sepanjang kehamilan kalsium diperlukan bag menyokong pertumbuhan bayi di dalam kandungan terutama semasa pembentukan tulang bayi. Kekurangan kalsium boleh menyebabkan masalah kekurangan kalsium dan kerapuhan tulang serta gigi. 



Antara fungsi kalsium untuk bayi di dalam kandungan ialah :
  • Menguatkan tumbesaran bayi dalam perut  
  • Membantu perkembangan sistem saraf
  • Membantu bentuk otot-otot bayi 
  • Menguatkan jantung bayi 



Manfaat kalsium untuk ibu mengandung adalah :
  • Membantu menguatkan tulang untuk menanggung berat bayi. 
  • Penting untuk pembekuan darah
  • Membantu memberi kesegaran badan menghilangkan lenguh-lenguh badan. 
  • Penting untuk pembekuan darah. 
  • Menstabilkan transmisi impulse saraf dan merehatkan otot semasa berlakunya kontraksi. 
  • Mengurangkan risiko praeklampsia (tekanan darah tinggi) 
  • Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot, sakit pinggang, lenguh-lenguh badan dan kebas tangan serta kaki ibu mengandung. 
  • Menstabilkan denyutan jantung
  • Mengatasi masalah sembelit dan melembutkan najis

Kekurangan kalsium untuk ibu mengandung boleh menyebabkan :

  • Kekejangan otot dan kaki
  • Komplikasi semasa kelahiran
  • Gigi rapuh Dan berlubang
  • Praeklampsia (tekanan darah tinggi) 
  • Osteoporosis 


Antara supplement cadangan untuk ibu mengandung adalah OSTEMATRIX SHAKLEE. Antara manfaat utama pil kalsium ini adalah :

1. Menguatkan Tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

2. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis

3. Meringankan stress - Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

4. Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.

5. Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua. 
Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.

6. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan gastrik.

Kepentingan untuk ibu hamil ialah :

  • Meredakan migrain, sakit belakang, period pain, kebas2/kekejangan
  • Memberi tidur yang lena, mengekalkan kecergasan tubuh bila bangun pagi, mengurangkan kelesuan tubuh
  • Mengelakkan berlakunya gusi berdarah dan sakit gigi



Tiada ulasan:

Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya