25 Oktober 2018

BAGAIMANA MEMBANTU PESAKIT SLE



BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum

APA ITU SLE?

Sistemik lupus eritematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan. “Lupus” berasal dari perkataan Latin bererti “serigala”. (Ini adalah kerana seorang doktor Perancis yang mula-mula merawat pesakit lupus mengibaratkan tompok-tompok kemerahan di muka pesakit sebagai gigitan serigala.)

Ia adalah sejenis penyakit kronik yang berlaku akibat kecelaruan sistem ketahanan tubuh atau rangkaian sel dan organ yang bertindak melindungi tubuh daripada serangan benda asing.
Sistem ketahanan tubuh akan menghasilkan antibodi apabila ia mengesan organisma yang memasuki tubuh dan antibodi ini bertindak mempertahankan tubuh daripada serangan jangkitan organisma itu.
Bagi pesakit SLE, antibodi yang terhasil menyerang sel-sel tubuh sendiri. Mana-mana organ di dalam tubuh pesakit boleh mendapat serangan, dengan menunjukkan gejala yang berbeza-beza.
Terdapat beberapa jenis lupus:

  • Sistemik lupus eritematosus (SLE) ialah yang biasanya dimaksudkan apabila kita sebutkan “lupus”. Gejalanya mungkin sederhana atau serius. SLE biasanya menyerang mereka yang berumur di antara 15 dan 45 tahun. Walaubagaimanapun, sebilangan kecil pengidap SLE adalah kanak-kanak dan mereka yang berusia lebih 45 tahun.
  • Diskoid lupus eritematosus (DLE) merupakan penyakit kulit yang kronik di mana terdapat tompok-tompok merah (malar rash) di muka, kulit kepala, bahagian badan, kaki dan tangan. Kulit yang terlibat akan menjadi tebal dan bersisik serta mungkin meninggalkan parut. Ruam berkenaan boleh berlarutan hingga beberapa hari atau tahun dan kemungkinan akan berulang setelah sembuh. Sebilangan kecil mereka yang mengidap DLE boleh mendapat SLE di kemudian hari.
  • Gejala yang biasa dialami oleh pesakit ialah radang kulit dan sakit sendi (arthritis), selalunya diiringi oleh keletihan dan demam. Penyakit SLE ada masanya tidak aktif, iaitu dapat dikawal (remission), dan ada masanya menjadi aktif (relapse).

  • Lupus Neonatal ialah keadaan yang boleh berlaku pada bayi yang baru dilahirkan oleh pengidap SLE. Ini mungkin disebabkan auto-antibodi di dalam darah ibu yang dipanggil anti-Ro (SSA) dan anti-La (SSB). Akibatnya, bayi ini akan mendapat radang kulit, masalah hati, dan masalah darah (low blood counts). Gejala ini akan hilang sedikit demi sedikit dalam masa beberapa bulan. Walaupun kes-kes begini jarang sekali dijumpai, namun bagi bayi yang lahir dengan masalah neonatal lupus mungkin juga mengalami masalah jantung yang mengganggu perjalanan jantung.

Apakah Gejala-gejala SLE?

Setiap pesakit mempunyai gejala yang berbeza-beza, iaitu samada sederhana atau serius. Gejala ini juga boleh datang dan pergi. Namun gejala SLE yang lazim ialah sendi bengkak dan sakit (arthritis), demam yang tidak diketahui puncanya, dan keletihan yang amat sangat. Terdapat juga tompok-tompok merah (malar rash) di pipi dan hidung seperti bentuk “kupu-kupu”. Ruam juga boleh timbul di muka dan telinga, di bahagian atas kedua lengan dan tangan, bahu dan dada. Oleh kerana pengidap SLE sensitif kepada cahaya matahari (fotosensitif) tompok-tompok merah ini akan menjadi lebih teruk selepas terdedah kepada matahari. Samada seseorang itu mendapat gejala yang serius atau tidak berbeza dari seorang kepada seorang yang lain.

Gejala-gejala SLE :

  • Demam, keletihan, dan penurunan berat badan
  • Sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu
  • Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung
  • Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari
  • Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan
  • Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling (hair line)
  • Sawan, strok dan gangguan mental
  • Risiko untuk mendapat darah beku
  • Kerap keguguran bayi
  • Darah atau protin dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang
  • Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah

Antara langkah kawalan kesihatan pesakit SLE ialah :

  1. Berjumpa pakar untuk temujanji rawatan dan penyediaan ubat-ubatan
  2. Senaman; kekurangan aktiviti badan semasa berlakunya peringkat aktif menyebabkan kehilangan otot-otot badan dan pengurangan stamina.
  3. Mengelakkan aktiviti merokok kerana ianya boleh merosakkan sel badan
  4. Elakkan tekanan kerana ia boleh menyebabkan SLE menjadi aktif. Perlu berfikiran positif sentiasa.
  5. Menyediakan perlindungan kulit, seperti menggunakan perlindungan matahari SPF sekurang-kurangnya 45. Pesakit digalakkan memakai payung, topi atau baju lengan panjang.
  6. Peluang kehamilan : Pesakit SLE dinasihatkan supaya tidak hamil. Ini kerana risiko keguguran adalah tinggi selain mendatangkan masalah kepada ibu dan janin

Antara supplement yang dicadangkan untuk meningkatkan tahap kesihatan pesakit SLE ialah :


1. Vivix.
  • Terdapat ramuan polygonum custpidatum yang mempunyai resveratrol yang mampu mempertahankan sel dan meningkatkan tenaga tahap selular.
  • Terdapat juga muscadine grape yang mempunyai resveratrol dan polyfenol yang mampu mengatasi penuaan sel tahap selular serta menghalang enzim dalam pembentukan protein AGE berlebihan dalam badan.


2. Vitalea Iron Formula
  • Mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral termasuk vitamin c serta beta karotena yang melindungi antioksidan. Merupakan pembekal tenaga kepada tubuh dan pelengkap nutrisi bagi membantu pesakit SLE.


3. Omega Guard.
  • Diperkaya dengan EPA, DHA Dan Asid lemak omega 3 yang kuat membantu atasi keradangan dan inflamasi kepada hormon dalam badan.


Testimoni pengguna yang mengamalkan VIVIX sejak tahun 2011 dan alhamdulillah tahap kesihatan beliau semakin baik. 



Testimoni penggunaan VIVIX untuk pesakit auto immune


Alhamdulillah badan kembali pulih dan sihat setelah mengamalkan VIVIX

Setakat hari ini, penyakit lupus hanya boleh dikawal dan bukan disembuhkan sepenuhnya. Walau bagaimanapun rawatan untuk pesakit SLE adalah berbeza-beza mengikut tahap kesihatan mereka dan pengambilan supplement dapat membantu mereka untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik dan dapat hidup secara normal seperti orang lain. 


Ingin mencuba rangkaian produk dari shaklee?? Anda ingin menjana pendapatan dengan shaklee?? Ingin mengubah hidup & kesihatan anda dengan shaklee?? 


Jangan tunggu lagi dan hubungi saya di talian 
012.4322400 
atau klik link di bawah untuk pembelian.


Tiada ulasan:

Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya