31 Oktober 2018

KEPENTINGAN ZINC UNTUK KESUBURAN LELAKI



BISMILLAH WAL HAMDULILLAH 

Assalamualaikum

Biasanya bila bercakap berkenaan kesuburan dalam rumah tangga, masyarakat sering menganggap masalah kesuburan ini berpunca dari pihak isteri. Sebagai pasangan, salah satu atau kedua-duanya boleh mempunyai masalah kesuburan. Langkah terbaik bagi mengatasi masalah ini ialah dengan merujuk kepada doktor pakar.




MUNGKINKAH SUAMI MEMPUNYAI MASALAH KESUBURAN???

Ya. Suami juga berisiko untuk mengalami masalah kesuburan dan sekiranya dalam tempoh bersama selama setahun tetapi masih belum mempunya tanda untuk bergelar ayah dan ibu, langkah terbaik adalah menjalani ujian kesihatan dengan doktor. 

MASALAH KESUBURAN SUAMI???

Antara masalah kesuburan yang biasa di hadapi oleh suami ialah :

1. Sumbatan

  • Suami anda mungkin mempunyai saluran membawa sperma yang tersumbat. Sumbatan boleh menghalang sperma dari bercampur dengan air mani, menyebabkan ia gagal mencapai telur anda. Sumbatan mungkin berpunca akibat jangkitan atau kecederaan. Atau dia mungkin telah dilahirkan dengannya. Antara kaedah rawatan untuk masalah sumbatan adalah melalui prosedur pembedahan. 
  • Suami anda mempunyai 50 hingga 75 peratus peluang untuk subur semula selepas sumbatan itu dibersihkan. Dan anda mempunyai peluang kira-kira 25 peratus untuk menjadi hamil.
  • Jika pembedahan tidak dapat dilakukan, pakar mungkin mencadangkan persenyawaan in vitro (IVF) untuk anda, atau suntikan sperma (ICSI). Dengan ICSI, sperma suami anda disuntik terus ke dalam telur anda sebagai sebahagian daripada prosedur IVF.
  • Jika anda berada di bawah umur 35, peluang anda untuk hamil dengan ICSI dan IVF adalah lebih baik sedikit, kira-kira satu dalam tiga.

2. Sperma yang tidak tetap

  • Mungkin suami anda mempunyai jumlah sperma yang rendah. Atau mungkin spermanya berbentuk luar biasa atau sukar bergerak. Mana-mana faktor ini akan menyukarkan atau menjadikannya mustahil untuk sperma untuk sampai dan mempersenyawakan telur anda.
  • Suami anda tidak akan tahu bahawa dia mempunyai jumlah sperma yang rendah atau pergerakan sperma yang lemah. Tetapi jika ujian membuktikan inilah punca masalah anda, doktor anda mungkin mencadangkan:
  1. Gonadotrophins, ubat kesuburan yang membantu jika suami anda tidak menghasilkan apa-apa sperma
  2. Inseminasi dalam rahim (IUI) dengan sperma suami anda
  3. Suntikan sperma (ICSI)
  • Jika suami anda memutuskan untuk mengambil gonadotrophins, ada peluang yang sangat baik bahawa dia akan mula menghasilkan sperma lagi. Apabila ini berlaku, anda mempunyai kira-kira 40 peratus peluang untuk hamil.Jika anda memilih untuk IUI dengan sperma penderma, dan anda berada di bawah 35, anda mempunyai kira-kira 15 peratus peluang untuk berjaya. ICSI adalah teknik bantuan kesuburan pilihan bagi masalah kesuburan lelaki, seperti sperma tidak normal.
2 masalah tersebut ialah masalah yang memang kerap berlaku di pihak suami dan memerlukan tindakan perubatan dengan bertemu pakar. Di samping itu, pengambilan supplement Zinc juga dapat membantu lelaki untuk proses kesuburan. 

Mengapa ZINC perlu untuk lelaki???

Zinc didalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda dari organ lain. Zinc memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki. Defisiensi yang serius akan mengakibatkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat, impoten, perkembangan yang kecil atau pincang pada testikel, kiraan sperma yang rendah, kemerosotan fungsi seksual,penuaan pra-matang dan gugur rambut. Oleh yang demikian, zinc amat diperlukan dari remaja ke umur tua.



Antara manfaat ZINC ialah : 

  • Mengaktifkan 200 jenis enzim
  • Membentuk Kolagen
  • Memperbaiki diabetis
  • Mempertingkatkan sistem imun
  • Mempercepatkan pemulihan luka
  • Memperbaiki masalah prostat – melindungi kesihatan prostat.Kajian menunjukkan pengambilan harian zinc dapat mengurangkan prostatomegaly/pembengkakan prostat dalam kadar 70%.
  • Kemampuan seks lelaki – pengambilan zinc untuk jangka panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki,impoten,meninggikan kiraan sperma.Zinc yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga.
  • Ovulasi wanita
  • Memperbaiki radang kulit
  • Mengekalkan deria bau

Ingin mencuba rangkaian produk dari shaklee?? Anda ingin menjana pendapatan dengan shaklee?? Ingin mengubah hidup & kesihatan anda dengan shaklee?? 


Jangan tunggu lagi dan hubungi saya di talian 
012.4322400 
atau klik link di bawah untuk pembelian








30 Oktober 2018

BAHAYA PERUT BUNCIT




BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum

Bentuk fizikal akan mula menunjukkan perubahan terutamanya selepas berkahwin adalah perkara biasa dan normal bagi lelaki ataupun wanita lebih-lebih lagi pada bahagian perut. Perut buncit bukanlah sesuatu perkara yang aneh bagi lelaki. Lebihan lemak yang ada di perut adalah penyebab berlakunya perut buncit. 



Lemak perut bukan hanya pada ekstra lemak yang ada dibawah kulit tetapi ianya melibatkan timbunan lemak visceral yang terletak jauh ke dalam perut aiaitu disekitar organ dalaman. Jadi tidak hairanlah perut buncit bukan hanya ada pada mereka yang mempunyai berat badan berlebihan tetapi orang yang kurus turut mempunyai perut buncit. 

BENTUK BADAN memainkan peranan dalam penyimpanan lemak. Antara bentu badan yang ditakrifkan ialah : 
  • Pir (Pear Shape) : Lemak tersimpan di bahagian yang lebih rendah seperti punggung
  • Epal Shape : Ia cenderung menyimpan lemak di bahagian perut.
Timbunan lemak di bahagian perut turut dikaitkan dengan risiko penyakit. Antara kesan perut buncit pada lelaki ialah :

1. SINDROM METABOLIK

  • Seseorang yang mengalami perut buncit lebih cenderung untuk mendapat sindrom ini. Sindrom metabolik adalah kombinasi masalah perubatan yang ada pada seseorang dan meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit diabetes dan jantung koronori. Selain itu, sindrom ini berkait rapat dengan gejala yang boleh menghalang kemampuan badan menyimpan tenaga secara efektif.

2. PENYAKIT JANTUNG

  • Peningkatan lemak perut dikaitkan dengan risiko tinggi penyakit koroner. Dikatakan lelaki yang berusia 30an dan 40an lebih berisiko mendapat penyakit ini berbanding wanita pada usia yang sama. 

3. DIMENTIA/HILANG INGATAN

  • Penyelidikan dalam jurnal Call reports mengatakan protein yang memberikan metabolisme lemak pada hati adalah protein yang sama terdapat dalam otak yang bertanggungjawab dalam membentuk memori dan kemampuan belajar. Apabila kekurangan protein ini, ia memberi kesan iaitu fungsi otak akan menurun sehingga menyebabkan dimentia dan Alzheimer.

4. DISFUNGSI EREKSI

  • Selain itu, perut buncit boleh mempengaruhi pada hubungan seksual. Ini kerana lemak perut yang berlebihan mengganggu kemampuan badan dan menurunkan kadar pengeluaran testosteron. Akibat penurunan kadar testosteron leleki boleh mengalami masalah mati pucuk atau disfungsi ereksi.

5. KANSER PAYUDARA

  • Penyakit ini bukan sahaja berlaku kepada wanita tetapi lelaki juga berisiko terkena kanser payudara. Timbunan lemak dalam badan akan menghasilkan enzim yang mengubah testosteron menjadi estrogen. Semakin tinggi estrogen dalam badan beerti semakin tinggi risiko seseorang itu terkena kanser payudara. 
Antara supplement yang dapat membantu dan mengatasi masalah perut buncit ialah SET DETOKS SHAKLEE.



1. DTX COMPLEX

●Melindungi hati drpd toksin
●Mencegah batu karang
●Membantu masalah kulit
●Membina semula sel hati
●Merangsang pengaliran hempedu
●Membantu fungsi hati
●Mengurangkan kesakitan keradangan

2. VIVIX

●Badan lebih ringan,sihat dan bersih
●mengeluarkan dan membersih kotoran termasuk bahan toksin
●Memperbaiki aliran darah ke organ2 dalam badan
●Kulit lebih cerah,bersih dan glowing

3. ALFALFA

●Mencuci usus utk membuang toksin
●Membantu masalah penghadaman
●Terkenal dgn purifier utk darah & hati
●Mencuci buah pinggang
●Membuang angin dlm badan

4. HERBLAX

●Mempercepatkan proses pembersihan secara lembut
●Membantu masalah sembelit
●Mengempiskan perut
●Mengurangkan kepejalan pada perut

5. PEPPERMINT GINGER PLUS

●Membuang angin dan mengurangkan masalah kembung perut
●Melegakan perut
●melancarkan proses penghadaman


TESTIMONI PENGGUNA SELEPAS 4 HARI  MENGAMALKAN DETOKS 


TESTIMONI DETOKS PARASIT : DARI 8L BERTUKAR L


Ingin mencuba rangkaian produk dari shaklee?? Anda ingin menjana pendapatan dengan shaklee?? Ingin mengubah hidup & kesihatan anda dengan shaklee?? 


Jangan tunggu lagi dan hubungi saya di talian 
012.4322400 
atau klik link di bawah untuk pembelian



29 Oktober 2018

BAHAYA SEMBELIT JIKA BERLARUTAN




BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum

Pernah ada sahabat anda yang mengadu beliau tak boleh membuang air besar? atau yang mengadu mengalami masalah sembelit. Dari sudut perubatan, sembelit berlaku apabila seseorang membuang air besar dengan kurang tiga kali seminggu.

Sembelit ialah kesukaran buang air besar, jarang buang air besar, najis menjadi keras dan perasaan tidak lawas setelah buang air besar. Kira-kira 24-37% warga emas mengalami masalah sembelit dan 60% menggunakan julap untuk melawaskan buang air besar.

Punca Sembelit

  • Perubahan berkaitan faktor usia
  • Kurang pergerakkan, contohnya akibat terlantar di katil
  • Makanan kurang serat
  • Penyalahgunaan julap
  • Dehidrasi
  • Hypothyroidism
  • Diabetic nephropathy
  • Penyakit Parkinson
  • Ubat-ubatan seperti setengah ubat penahan sakit seperti tramal, ubat batuk mengandungi codein, pil zat besi, ubat kemurungan dan ubat alahan
  • Ketumbuhan usus besar
  • Kesakitan bahagian dubur
  • Sukar untuk mendapatkan tandas
  • Tiada privasi
Gejala
  • Perlu meneran bila buang air besar
  • Najis bersaiz kecil dan keras
  • Sakit perut
  • Tiada selera makan
  • Loya

Komplikasi

  • Najis mengeras dan membatu
  • Usus tersumbat
  • Ulser usus besar
  • Lelehan najis disekeliling najis yang menyumbat
  • Meneran berlebihan yang mengakibatkan pitam, serangan jantung dan strok
  • Pundi air kencing tersekat
  • Jangkitan salur kencing
  • Buasir
  • Luka dan sakit dubur
  • Usus terkeluar
  • Perdarahan di dubur

BAHAYA SEMBELIT JIKA BERLARUTAN

1) Najis yang mengeras akibat sering mengalami sembelit menyebabkan ia mudah melekat pada dinding usus besar dan boleh menyebabkan usus tersumbat. Apabila usus tersumbat anda juga berisiko mengalami kanser usus..

2) Sembelit bukan sahaja dipercayai boleh menyebabkan kanser kolon namun kanser pada bahagian tubuh yang lain. Terdapat seorang penghidap kanser otak juga pernah mengakui kanser otaknya disahkan berpunca daripada sembelit yang dialaminya selama berdekad-dekad.


3) Sembelit secara berpanjangan juga menyebabkan bahan bertoksin terkumpul dalam tubuh dan menyebabkan pening-pening dan sakit kepala.

4) Sembelit menyebabkan antara lain gangguan pembentukan pelbagai jenis enzim termasuk enzim detoksifikasi apabila DNA tidak dapat berfungsi secara sempurna.

5) Sembelit menyebabkan penghidap berasa tidak puas buang air besar, perut membuncit atau sakit perut.

6) Sering sembelit boleh menimbulkan menyebabkan beberapa simptom seperti bau mulut dan tubuh yang tidak menyenangkan, selain sukar menumpukan perhatian, mengantuk, malas, lesu kronik, artritis, hilang selera makan, sakit kepala dan masalah kulit.


Herblax

  • Mengandungi Daun Senna serta herba-herba lain yang bertindak untuk memperbaiki kesihatan usus. Ianya juga dapat mengatasi masalah sembelit serta penting untuk proses detox.

Alfalfa Complex

  • Alfalfa kaya dengan klorofil, bioflavonoids, vitamin dan juga mineral. Sifatnya yang kaya dengan mutltivitamin membantu untuk badan yang tinggi acid menjadi beralkali. Di samping itu, alfalfa akan meneutralkan toxin dalam badan serta memberikan lebih banyak protein tanpa lemak tepu daripada product berasaskan haiwan.

Lecithin

  • Membantu memecahkan lemak-lemak degil penyebab perut buncit dan kegemukan, dan memudahkan lemak dibawa keluar dengan bantuan herblax dan alfalfa.

SEMBELIT UNTUK IBU HAMIL



OSTEMATRIX

  • membantu dalam asimilasi kalsium kedalam tulang, secara tidak langsung membantu pergerakan otot usus untuk mengeluarkan najis.
  • mampu menarik air, penambahan air didalam kolon menyebabkan najis menjadi lebih lembut dan mudah untuk dikeluarkan.

28 Oktober 2018

MENGAPA BERLAKUNYA MASALAH KEBAS TANGAN



BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum

Pernah tak anda tiba-tiba mengalami kebas-kebas tangan dan sakit di bahagian pergelangan tangan. Rasa kebas  tangan merupakan salah satu simptom yang selalu berlaku di dalam masyarakat. Rasa kebas-kebas dan mencucuk pada tangan boleh berlaku secara berterusan ataupun seketika sahaja bergantung kepada penyebab.

Sebagai contoh, ia boleh disebabkan tekanan pada saraf ketika mana tangan dihempap oleh anda sendiri ketika anda sedang tidur. Ketika anda bangun daripada tidur, anda seolah-olah tidak merasakan kewujudan tangan anda. Tetapi keadaan itu akan beransur pulih dan hilang selepas tekanan tersebut dialihkan.

Saya sendiri biasa mengalami kebas-kebas tangan dan sakit dipergelangan tangan dan ianya makin kerap berlaku sepanjang tempoh kehamilan. Masalah kebas tangan yang berulang-ulang atau berpanjangan merupakan petanda kepada masalah sindrom Carpal Tunnel ataupun dikenali sebagai Carpal Tunnel Syndrome (CTS).




“CTS berlaku apabila saraf median yang terletak pada pergelangan tangan tersepit menyebabkan rasa kebas dan sakit pada ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan setengah bahagian pada jari kecil. Simptom ini bermula secara perlahan-lahan dengan rasa sakit pada bahagian pergelangan tangan melarat sehingga ke bahagian tangan dan lengan.” 
-Kol (B) Dr. Azmi Abdul Latiff, Perunding Ortopedik, Artoroskopi dan Pembedahan Kecederaan Sukan, Hospital PUSRAWI Kuala Lumpur

Tanda-Tanda Mengalami CTS

  • Kebas pada bahagian pergelangan tangan dan jari terutama ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu serta sebahagian pada jari manis
  • Sakit & berdengut pada sendi pergelangan tangan sehingga ke lengan atas, bahu atau tapak tangan dan jari
  • Rasa lemah pada bahagian tangan menyebabkan sukar memegang sesuatu objek

Punca Kebas Tangan

Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan masalah kebas tangan ini berlaku. Ianya adalah:

1. Kencing manis 

  • Masalah ini merupakan salah satu masalah yang sering berlaku pada saraf periferi dan ia merangkumi 30% penyebab rasa kebas terutamanya pada bahagian kaki.
  • Dalam masalah kencing manis, ia akan bermula rasa kebas dan dicucuk pada bahagian kaki terlebih dahulu. Barulah ia akan naik ke bahagian atas seperti tangan. Lebih 2/3 daripada pesakit mempunyai simptom ini sebelum dia mengetahui bahawa dia sudah mengalami kencing manis.

2. Angin ahmar(strok)

  • Kerosakkan pada bahagian otak juga mampu memberi perasan kebas pada bahagian tangan pesakit

3. Sindrom saraf terperangkap (Nerve Entrapment Syndrom)

  • Ia boleh berlaku pada penyakit carpal tunnel syndrome, ulnar palsy dan juga radial nerve palsy

4. Penyakit yang melibatkan keseluruhan badan (Systemic disease)

  • seperti kegagalan buah pinggang, masalah hati, kerosakkan pada salur darah, keradangan kronik dna sebagainya yang menyebabkan himpitan pada saraf

5. Kekurangan Vitamin

  • Kekurangan Vitamin seperti E, B1, B6, dan B12 adalah penting untuk perkembangan dan juga fungsi untuk saraf. Sebagai contoh kekurangan vitamin B12 akan menyebabkan pernicious anemia yang merupakan menyebabkan utama masalah saraf neuropathy

6. Penggunaan alkohol

  • Penggunaan alkohol yang kerap akan menyebabkan kekurangan vitamin Thiamin dalam darah. Perkara ini akan banyak memberi kesan kepada bahagian saraf seseorang itu

7. Toksin

  • Logam berat seperti plumbum, arsenik, merkuri dan thallium dalam industri pembuatan seperti merkuri dalam produk kosmetik boleh memberi kesan kepada sistem saraf seseorang manusa.

8. Penyakit autoimun. 

  • Terdapat beberapa jenis penyakit yang menyebabkan masalah kebas tangan seperti Guillain-Barre syndrome, Systemic lupus erythematosus dan jugarheumatoid arthritis.

9. Kecederaan. 

  • Kecederaan yang melibatkan trauma seperti patah tulang belakang terutamanya kawasan tengkuk, ia boleh menyebabkan rasa kebas dibahagian tangan. Slipped disc dikawasan tengkuk juga boleh menyebabkan simptom ini berlaku


Contoh Pekerjaan yang Berisiko Mengalami CTS

  • Bekerja di kilang pemasangan yang menggunakan jentera berat
  • Pekerjaan melibatkan menaip berulang kali
  • Memandu kereta
  • Menjahit dan melukis
  • Penglibatan sukan yang menggunakan pergelangan tangan – pemain bola baling dan badminton
  • Pemain muzik professional

Faktor yang Menyebabkan Risiko CTS

  • Keturunan
  • Penyakit artritis – penyakit sendi terutama sendi pergelangan tangan
  • Masalah kesihatan – diabetes & gangguan tiroid
  • Kegemukan
  • Wanita yang hamil menggunakan pil perancang keluarga
  • Merokok
Bagi mengatasi masalah kebas tangan ini, pesakit hendaklah berjumpa dengan pakar dan membuat rawatan awal bagi mengenalpasti punca berlakunya kebas tangan tersebut. Ianya penting bagi mengelakkan kebas tangan ini berlarutan dan menjejaskan pekerjaan kita seharian. 

Terapi juga boleh dilakukan bagi mengurangkan masalah ini disamping penjagaan pemakanan yang mampu membantu mengurankannya. Antara supplement yang dapat membantu masalah ini ialah :


VIVIX

-Membantu dalam memperbaiki sel-sel, melancarkan perjalanan darah seterusnya merawat dalam masalah kebas serta dapat membantu dalam menurunkan paras kolesterol.


OMEGA GUARD

-Minyak ikan mempunyai sifat anti-inflammatory ataupun anti-radang untuk membantu mengawal dan mengurangkan kesakitan dan bengkak.
- Omega juga berfungsi sebagai melancarkan peredaran darah ke seluruh badan.


OSTEMATRIX

-Antara kandungan utama ostematrix adalah kalsium di mana pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi, lenguh-lenguh badan dan arthritis.
-membantu proses pengecutan pada otot dan saraf dengan sempurna supaya tekanan darah dapat berjalan dengan lebih lancar.


Kita juga haruslah mengambil langkah berjaga-berjaga bagi mengelakkan berlakunya masalah kebas tangan ini dengan mengelakkan melalukan kerja-kerja berat bagi mengurangkan risiko kecederaan. Pengambilan makanan yang sihat juga dapat membantu mengurangkan risiko penyakit ini. 


Ingin mencuba rangkaian produk dari shaklee?? Anda ingin menjana pendapatan dengan shaklee?? Ingin mengubah hidup & kesihatan anda dengan shaklee?? 


Jangan tunggu lagi dan hubungi saya di talian 
012.4322400 
atau klik link di bawah untuk pembelian



27 Oktober 2018

MAKANAN YANG MEMBANTU MENURUNKAN KOLESTROL


BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum

Selain dari kencing manis dan darah tinggi, kadar kandungan kolestrol juga adalah salah satu aspek penting yang kita harus ambil peduli. Biasanya kita selalu beranggapan kita sihat walaupun kita kurus. Percaya tak yang orang kurus juga kebanyakkanya mengalami masalah bacaan kolestrol yang tinggi.

APA ITU KOLESTROL???




Ia adalah bahan berlemak yang hadir dalam darah. Antara fungsi kolesterol adalah menghasilkan membran sel dan menukar serapan cahaya matahari kepada vitamin D. Ia dipanggil kolesterol baik.
Namun apabila seseorang itu mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang tidak sihat seperti tinggi pengambilan lemak tidak tepu, kurang bersenam, obesiti, merokok serta minum alkohol menyebabkan kolesterol ‘jahat’ berkumpul dengan banyak dalam dinding arteri.
Apabila kolesterol tinggi, maka mudahlah terdedah kepada sakit jantung dan pelbagai penyakit lain.
Terdapat beberapa jenis makanan yang dapat membantu mengatasi masalah kolestrol secara natural seperti :

1BIJI KETUMBAR

  • Bukan sahaja membantu mengurangkan jumlah kolesterol dalam badan malah dapat merawat penyakit kencing manis.

Amalkan: Masukkan dua sudu biji ketumbar dalam satu cawan air dan rebus. Tapis airnya dan minum dua kali sehari. Untuk lebih enak, tambah gula atau susu.

2. BAWANG MERAH

  • Saintis di Hong Kong mendapati bawang merah boleh membuang kolesterol yang jahat dan meningkatkan kolesterol yang baik

Amalkan: Masukkan bawang merah, halia dan bawang putih dalam menu diet. Minum campuran jus bawang bersama madu setiap hari.

3. INDIAN GOOSEBERRY , AMLA ATAU BUAH POKOK MELAKA

  • Agen hypolopidemic semula jadi yang menurunkan kolesterol jahat

Amalkan: Ia boleh didapati dalam bentuk serbuk. Masukkan satu sudu serbuk dalam segelas air suam dan minum setiap pagi sewaktu perut kosong

4. CUKA EPAL

  • Mengurangkan jumlah kolesterol level triglyceride, iaitu kandungan lemak dalam darah. Ia juga baik untuk merawat penyakit darah tinggi, gout dan acid reflux

Amalkan: Campurkan satu sudu cuka dalam segelas air. Minum dua hingga tiga kali sehari setiap hari. Untuk lebih enak, boleh gantikan air suam dengan jus oren, jus epal atau jus kegemaran.

5. JUS OREN

  • Minum jus oren selalu kerana ia mengandungi vitamin C, folate dan flavanoids yang membantu mengurangkan kolesterol dalam darah

Amalkan: Minum jus oren segar dua kali sehari

6. MINYAK KELAPA ORGANIK

  • Mengandungi asid lauric yang dapat meningkatkan kolesterol ‘baik’

Amalkan: Makan satu hingga dua sudu setiap hari.

7. OAT

  • Mengurangkan kolesterol dan mencegah penyerapan kolesterol ‘jahat’

Amalkan: satu cawan oat bersamaan tiga gram serat dan beta-glucan. Boleh tambah buah atau walnut untuk menyedapkan hidangan oat

8. MINYAK IKAN

  • Mengurangkan lemak dalam darah dan mengatasi masalah jantung

Amalkan: minyak ikan atau ikan mentah seperti tuna, salmon, sardin, trout dan bluefish kaya dengan lemak omega Makan satu hingga empat gram lemak omega 3 setiap hari.

9. RED YEAST RICE’

  • Mengandungi kompaun monacolins yang mengurangkan kolesterol

Amalkan: Boleh dibeli di farmasi dalam bentuk tablet, ia boleh dimakan dua kali sehari. Dapatkan dahulu nasihat daripada doktor sebelum mengambilnya. Tidak digalakkan untuk wanita hamil dan menyusu.

10. KEKACANG

  • Walnut, almond dan segala jenis kacang mengawal kolesterol daripada berkumpul dalam badan memandangkan ia kaya dengan serat

Amalkan: Makan seperti snek dalam kadar segenggam setengah

11. MINYAK IKAN

  • OMEGA GUARD:
-Kandungan EPA dan DHA dalam OMEGA GUARD membantu menurunkan kadar kolestrol

12. PHYTOCOL ST:

  • Mengandungi fitosterol yang berfungsi untuk menyerap kolestrol “jahat” (LDL) yang tidak diperlukan. Lebih banyak kandungan Fitosterol dalam badan lebih cepat kolestrol dapat dikurangkan.
OMEGA GUARD:

    -Kandungan EPA dan DHA dalam OMEGA GUARD membantu menurunkan kadar kolestrol

    PHYTOCOL ST:

    Mengandungi fitosterol yang berfungsi untuk menyerap kolestrol “jahat” (LDL) yang tidak diperlukan. Lebih banyak kandungan Fitosterol dalam badan lebih cepat kolestrol dapat dikurangkan.


    TESTIMONI 1 : RESULT AFTER 2 MONTHS


    TESTIMONI 2 : OMEGA GUARD UNTUK KULIT SIHAT DAN BERMINYAL



    TESTIMONI 3 : BACAAN KOLESTROL MAKIN MENURUN SETELAH MENGAMALKAN OMEGA GUARD DAN PHYTOCOL


    TESTIMONI 4 : OMEGA MEMBANTU MENURUNKAN BACAAN KOLETROL


    TESTIMONI 5 : ATASI KOLESTROL DENGAN LECITHIN

    Untuk mengurangkan kolesterol ‘jahat’ daripada terus berkumpul dalam badan, pastikan juga anda mengamalkan cara hidup sihat. Ini sekaligus akan memelihara daripada dijangkiti penyakit yang disebabkan oleh kolesterol ini. Anda boleh memastikan senarai makanan di atas sentiasa ada di rumah dan boleh digunakan bila-bila masa sahaja.

    Daisypath Anniversary tickers
     

    Followers

    About Me

    Foto Saya
    Fakhrati Aziz
    Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
    Lihat profil lengkap saya