11 Disember 2017

KESAN RAHIM JATUH DAN LANGKAH MENGATASI

BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum semua... Entry sebelum nie ummi ada sharekan tentang Punca dan Tanda-tanda rahim jatuh. Harinie ummi nak sharekan apakah kesan sekiranya rahim jatuh dan langkah pencegahannya.




KESAN RAHIM JATUH




Kedudukan rahim yang rendah daripada kedudukan asal akan mengakibatkan pelbagai masalah. Antaranya ialah :

1. Jangkitan kuman pada bahagian rahim yang boleh menyebabkan pendarahan dan ulser.

2. Kesakitan juga boleh dirasai semasa melakukan hubungan intim.

3. Otot kawalan kencing dan dubur juga menjadi lemah yang menyebabkan najis dan air kencing terkeluar tanpa disedari.

Bagi kes rahim jatuh pada tahap keempat,  pembedahan buang rahim atau histerektomi akan dilakukan untuk mengelakkan kesakitan atau pendarahan serius.
 
Hal ini akan menyebabkan ketidakupayaan untuk hamil lagi pada masa akan datang.

LANGKAH PENCEGAHAN

Antara langkah pencegahan awal ialah dengan melakukan

SENAMAN LANTAI PELVIS ATAU KEGEL : Diamalkan bagi menguatkan otot dan ligamen yang memegang rahim.


Antara contoh senama KEGEL yang biasa dilakukan

Ia boleh dilakukan semasa hamil dan seawal seminggu selepas bersalin.

Selain itu,  wanita juga disarankan untuk mengamalkan diet seimbang dan minum air yang banyak bagi memastikan kekuatan tisu ligamen peranakan kuat.  Paling mustahak ialah mengelakkan sembelit.

Senaman dilakukan secara berkala untuk mengekalkan berat badan unggul serta menjalani pemeriksaan kesihatan bagi memastikan diri bebas daripada ketumbuhan fibroid atau cyst. 

Nota Cinta: 
Ummi Tasneem.Kauthar.Ali
-012.432 2400-


Tiada ulasan:

Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya