30 November 2017

KESAN FIBROID PADA KEHAMILAN


Bismillah wal hamdulillah


Entry sebelum ini kita ada membincangkan tentang KOMPLIKASI FIBROID SEMASA HAMIL. Kali ini kita akan membincangkan tentang KESAN FIBROID PADA KEHAMILAN. Lebih kurang 10 hingga 30 peratus wanita yang mempunyai fibroid mengalami komplikasi semasa hamil. Komplikasi berikut akan berlaku pada 2 fasa kehamilan iaitu:


  • PERINGKAT AWAL KEHAMILAN

Pada peringkat awal kehamilan, ia boleh menyebabkan :
  1. Keguguran : Kadar keguguran spontan adalah meningkat sekali ganda bagi wanita yang mempunya fibroid. Meningkatnya kekerapan kontraksi rahim disebabkan kehadiran fibroid, kesan tekanan fibroid terhadap janin dan bekalan darah kepada uri dan janin yang terjejas adalah faktor yang dikaitkan dengan risiko keguguran.
  2. Pendarahan pada awal kehamilan : Lokasi di mana fibroid berada menentukan risiko pendarahan. Pendarahan di awal kehamilan biasanya lebih kerap berlaku sekiranya uri melekat pada tempat hampir dengan fibroid berbanding kehamilan di mana uri dan fibroid berada di lokasi berlainan. 
  • PERINGKAT LEWAT KEHAMILAN
Pada peringkat lewat kehamilan, ia boleh menyebabkan :
  1. Kelahiran pra matang : Wanita yang mempunyai fibroid lebih berisiko untuk bersalin awal (tidak cukup 37 minggu) berbanding wanita tanpa fibroid. Risiko ini meningkat sekali ganda dan lebih tinggi sekiranya wanita tersebut mempunyai berbilang fibroid atau fibroid yang duduk berhampiran dengan uri.
  2. Pendarahan uri (placental abruption) : Terdapat kajian yang mengaitkan pendarahan uri dengan fibroid. Ia menunjukkan risiko uri berdarah meningkat tiga kali ganda dan risiko ini berlaku terutama pada wanita hamil yang urinya melekat pada fibroid. Oleh kerana fibroid bukanlah tempat yang sesuai atau tempat semula jadi bagi pelekatan uri, maka tidak hairanlah uri akan mudah lekang dan berlaku pendarahan. 
  3. Uri bawah (placenta previa) : 2 kajian menunjukkan bahawa wanita yang mempunyai fibroid mempunyai risiko 2 kali lebih tinggi untuk mengalami masalah uri bawah. Ini mungkin disebabkan sekiranya fibroid telah menduduki bahagian atas rahim, uri lebih terdorong untuk melekat di bahagian bawah. 
  4. Sekatan tumbesaran janin dan kedudukan janin yang tidak normal : Secara amnya, tumbesaran janin tidak terjejas dengan kehadiran fibroid. Walaubagaimanapun, bayi bagi wanita yang mempunyai fibroid selalunya kecil. Ini mungkin disebabkan ruang rahim yang terhad untuk proses tumbesaran bati terutama jika fibroid itu membesar. Ada kes terpencil di mana fibroid yang besar boleh memberikan tekanan kepada janin menyebakan bayi yang dilahirkan mengalami kecatatan struktur tubuh seperti tempang dan sebagainya.  
  • BERSALIN DAN KELAHIRAN
Pada peringkat bersalin, ia boleh menyebakan :
  1. Kedudukan janin yang tidak normal, sekatan bersalin (di mana kepala bayi tidak boleh turun semasa proses bersalin disebabkan gangguan dari fibroid dan pembedahan Ceasarean 
  2. Pendarahan selepas bersalin : Kajian menunjukkan wanita mempunyai fibroid lebih cenderung mengalami pendarahan. Pendarahan ini adalah disebabkan fibroid tersebut boleh mengganggu struktur rahim dan seterusnya mengurangkan keupayaan otot rahim untuk mengecut bagi menyekat pendarahan yang banyak. 
  3. Lekat uri (retained placenta) : Kajian juga mendapati wanita yang mempunyai fibroid berisiko untuk mengalami masalah lekat uri selepas melahirkan berbanding wanita tanpa fibroid. 
RAWATAN 

Kesakitan disebabkan fibroid semasa kehamilan biasanya dirawat secara konservatif iaitu dengan rehat yang banyak dan memakan ubat tahan sakit. Ia juga boleh dirawat dengan ubat penahan sakit yang diberi secara suntikan jika keadaannya lebih serius.

Bagi mereka mempunya masalah fibroid dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan sebaiknya sebelum mereka hamil bagi memastikan tiada sebarang komplikasi ketika hamil.

Nota Cinta:
Ummi Tasneem.Kauthar.Ali
-012.432 2400-

Tiada ulasan:

Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya