5 Ogos 2017

FUNGSI FOLAT DALAM KEHAMILAN




BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Bila bercakap tentang kehamilan kita selalu diingatkan oleh nurse atau Doktor untuk mengambil asid Folik ketika kita mula merancang untuk hamil lagi. Kalau ditanya tentang folat, saya sendiri akan cakap...oh, Folat tue Folik asidla.hehhee

Jom, harinie saya akan bincangkan tentang folat dan folik asid. FOLAT adalah vitamin B yang juga dikenali sebagai vitamin B9. Ia boleh didapati dalam beberapa jenis makanan namun ianya terhad kepada kuantiti yang tidak banyak. 


Sumber makanan Folat

FUNGSI FOLAT penting kepada tubuh teutamanya ketika hamil ialah :

  • Membentuk material genetik seperti DNA
  • Menyokong perkembangan sel-sel di dalam badaan
  • Pelindung daripada kesan kecacatan tiub neural (NTD) yang boleh menyebabkan kegagalan fungsi tulang belakang kanak-kanak, tengkorak dan otak semasa berada dalam kandungan ibunya sepanjang tempoh kehamilan.
ASID FOLIK

Asid Folik adalah vitamin folate di dalam bentuk sintetik. Ia tidak terhasil secara semula jadi dan hanya boleh diperoleh daripada makanan yang diperkaya dengan folat mahupun supplement. 

Pakar perubatan menyarankan wanita yang mahu hamil perlu mengambil 400 mikrogram asid folik daripada makanan yang mengandungi Folat, supplement atau keduanya sebagai tambahan kepada pengambilan makanan yang mempunyai sumber folat dalam pemakanan seharian. 

KEPENTINGAN FOLAT TERHADAP KEHAMILAN



  1. Folat memainkan peranan penting dalam memastikan perkembangan awal fetus yang normal terutamanya semasa pembentukan saraf tunjang.
  2. Folat yang mencukupi dalam bentuk asid folik terbukti menurangkan risiko NTD, kecacatan kelahiran yang menjurus kepada pelbagai ketidakupayaan. 
  3. NTD yang paling biasa adalah spina bifida, saraf tunjang dan ruangannya tidak tertutup sepenuhnya;anencephaly, otak tidak berkembang dengan elok dan encephalocele di mana tisu otak menonjol keluar daripada kulit daripada pembukaan abnormal di dalam tengkorak.

Tiada tempoh masa tertentu yang boleh membantu penyerapan asid folik secara optimum. Wanita hamil jamya perlu menetapkan diri untuk mengambil asid folik secara teratur setiap hari. 


Antara supplement yang terbaik yang terkenal ialah B COMPLEX dari SHAKLEE

Antara manfaat B Complex Shaklee ialah : 

1. Mengurangi Risiko kecacatan Bayi 

Vitamin kompleks akan mampu mengurangi risiko bayi lahir cacat, terutama iaitu fungsi dari vitamin B9 (asam folat). Dengan kadar asam folat yang cukup pada ibu hamil maka ibu akan tenang dengan kondisi bayi yang akan lahir kerana terhindar dari risiko bayi dengan keadaan cacat.

Tentunya semua ibu ingin bayinya lahir dengan keadaan baik dan sihat. Ibu yang sedang hamil hendaklah mengamalkan makanan yang banyak mengandungi vitamin B kompleks agar keberkesanan akan vitamin B kompleks tersebut dapat terpenuhi dengan cukup

2. Mengoptimalkan Pertumbuhan Janin
Kandungan vitamin B kompleks sangat baik untuk membantu mengoptimalkan pertumbuhan janin yang ada didalam kandungan. Janin yang tumbuh dengan baik akan melahirkan bayi yang sehat serta mempunyai tingkat kecerdasan yang baik. Untuk ibu yang sedang hamil maka sangat dianjurkan untuk mengkonsumsi makanan yang mengandung vitamin B kompleks dengan cukup dengan rutin makan makanan yang banyak mengandung vitamin B.


ikhlas penuh cinta :
Ummi Tasneem.Kauthar.Ali
0124322400

Tiada ulasan:

Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya