28 Ogos 2016

Cara mengatasi masalah KEGUGURAN rambut


Bismillah wal hamdulillah

Assalamualaikum semua

wahh...dh hampir 4 bulan blog nie bersawang.sungguh kebizian ummi rupanya.hahhaah...Alhamdulillah little huffaz Ali sedang menuju ke angka 4bulan...syukur sgt...mmg mcm2 ujian Allah dh beri wlupun bru 4 bulan...last 2 month Ali suspected HFMD. Alhamdulillah baruja naik dan cepat baik..Ummi dgn baba hanya kuarantin Ali kat rumah ja. This month pulak Ali demam+batuk+selsema..MasyaAllah mmg kesian sungguh tgok..nie dah beransur baik cuma kahak masih ada. Moga Allah mengurniakan yang terbaik sahaja utk anak2 saya esp Little Huffaz Ali...Amin

Ok...sebenarnya oleh sbb dh lama x menulis saya just nak berkongsi masalah problem saya since melahirkan Ali.Alhamdulillah Allah dh memudahkan segala urusan saya selamanie.Kelahiran dan tempoh berpantangkan Ali saya lalui dengan penuh tenang..betulla, apapn kuncinya adalah REDHA..pasti Allah akan titipkan sejuta ketenangan. Sejak saya berpantang baru saya perasan yang saya mengalami masalah keguguran rambut yg agak kronik.Hahaha...pandai2 ja kan.tp mmg terasa kronik sebb tiap kali sikat, MasyaAllah banyak sungguh rambut yang gugur.

Jom...malamnie saya nak kongsi punca2 masalah keguguran rambut dan cara mengatasinya.

CARA MENGATASI MASALAH KEGUGURAN RAMBUT

Berikut adalah punca  keguguran rambut selepas bersalin, antaranya:
Perubahan hormon
Sepanjang tempoh kehamilan, hormon progesteron dan estrogen pada wanita hamil sangat tinggi.  Kedua-dua hormon ini menyebabkan pertumbuhan rambut terhenti dalam fasa anagen atau lebih dikenali sebagai fasa pertumbuhan.  Sebab itu, wanita hamil kelihatan lebih berseri-seri dan nampak cantik.  Rambut mereka kelihatan berkilat dan bersinar-sinar.
Tetapi, selepas bersalin iaitu sekitar usia bayi tiga hingga empat bulan, kesemua hormon akan kembali normal dan pada waktu ini, ibu-ibu akan mengalami semula masalah keguguran rambut.
Disebabkan sepanjang tempoh kehamilan tidak banyak rambut gugur, kali ini keguguran rambut berlaku dengan lebih banyak.  Rambut yang gugur berterusan menyebabkan ia tidak sempat tumbuh dan memanjang.  Akibatnya, rambut kelihatan semakin menipis dan jarang.

TEKANAN
Selepas bersalin tentulah wanita yang dah jadi ibu akan lebih sibuk sebab perlu uruskan keperluan keluarga, diri sendiri dan bayi yang baru lahir. Lagi kalut kalau si ibu ni bekerja
Dalam kekalutan seharian, belum tentu si ibu sempat untuk betul-betul memberi perhatian kepada diri sendiri dan menguruskan diri dengan sempurna apatah lagi nak memanjakan diri membelai wajah atau rambut.

PEMAKANAN 

Pemakanan semasa berpantang juga boleh mempengaruhi kekuatan rambut kerana para ibu cenderung untuk menguruskan badan selepas bersalin. Kawalan pemakanan ketika berpantang boleh menyebabkan kekurangan nutrisi penting untuk kekuatan rambut.
FAKTOR USIA

Proses penuaan wanita berlaku lebih cepat berbanding lelaki. Sebab tu lah kulit kepala wanita juga menjadi tua dengan lebih cepat. Masalah penuaan ni menyebabkan liang-liang rambut menjadi kosong. Liang-liang rambut yang kosong ni kalau dibiarkan dan tak diaktifkan semula bagi pertumbuhan rambut baru, ia akan tertutup terus dan rambut tidak akan dapat tumbuh lagi. Liang-liang rambut yang tertutup ni takkan boleh dirawat atau diaktifkan lagi.

Sebenarnya banyak lagi faktor yang menyumbang kepada keguguran rambut tapi x kan kita sebagai wanita nak biarkan saja mahkota kita nie keguguran dan terus membotak...haaaa.mst x nak kan..kannnn...


CARA MENGATASI KEGUGURAN RAMBUT

Tukar sikat rambut

Gunakan sikat yang lembut. Sikat yang keras dan kasar akan meyebabkan akar rambut tercabut.

• Tukar cara sikat rambut

Elakkan menyikat rambut semasa rambut masih lagi basah. Ini kerana kulit masih lembut, struktur lebih lebih rapuh dan mudah gugur. Rambut juga perlu disikat dengan lembut.

• Elakkan buat rawatan rambut guna bahan kimia

Rawatan rambut yang perlu dielakkan seperti kerintingkan rambut, luruskan rambut atau sebagainya. Semuanya menggunakan bahan kimia. Tunggu sehingga normal dulu


• Potong pendek rambut

Paling mudah potong rambut bagi pendek. Bila pendek mudah dijaga dan tidak perlu ikat. Jika rambut panjang kuantiti rambut yang gugur Nampak lebih banyak. Rambut yang yang gugur ke lantai tidak senang dilihat di mata. Kena vakum selalu. Penggunaan getah ikat rambut juga menambah lagi peluang rambut gugur


• Tukar syampu

Sebaik2 nya tidak menggunakan syampu yang mengandungi bahan kimia. Tukar kepada syampu yang menggunakan bahan semulajadi contohnya syampu yang ada green tea



Tahukah kita yang rambut merupakan tisu yang paling cepat tumbuh pada tubuh. Bagi menggalakkan pertumbuhan tisu, kita memerlukan protein yang cukup dalam badan. Protein yang cukup dapat membentuk sel-sel badan yang baik. Sel-sel yang baik akan menghasilkan rambut yang sihat, kuat dan bermaya. 

Kekurangan zink juga boleh menyebabkan folikel rambut (yang mengikat akar rambut dengan kulit kepala) menjadi lemah.

Tentulah kita nak rambut kita sihat kan? Tapi dari mana kita nak dapatkan sumber protein dan zink ni? Tips yang saya kongsi di atas ni hanyalah rawatan secara luaran. Bagaimana pula nak dapatkan rawatan dalaman?

SUMBER PROTEIN DAN ZINK

atasi keguguran rambut

Protein + Zinc







Protein
Protein yang terdapat di dalam ESP membantu rambut agar segera tumbuh dengan lebih cepat dan sihat jika diambil secukupnya. Sekiranya, pengambilan protein berkurang akan menyebabkan pertumbuhan rambut menjadi perlahan.

Zinc Complex
Zink membantu menguatkan folikel rambut dan mencegah beberapa jenis keguguran rambut. Pengambilan diet yang kurang zink boleh menyebabkan sistem imun menjadi lemah setereusnya menjadi penyebab keguguran rambut. Namun, apabila hormon kembali seimbang risiko kehilangan atau keguguran rambut dapat dikurangkan.
Moga perkongsian ini dapat membantu semua sahabat saya diluar sana...Jangan menung2 lagi...Jom!kita cuba hari ini...
ikhlas penuh cinta
ummi Tasneem.Kauthar.Ali
0124322400

Cinta Hati Ummi

Bismillah wal hamdulillah

Melangkaui 4 bulan terindah bersama Hero hati ummi Al-Hafiz Muhammad Ali Furqan....bulan Ogos yg penuh sibuk utk ummi dan Ogos Yang menyedihkan mungkin utk Ali.. Hehehe

Baba cakap sian Ali.. Kecik2 Dah kena tinggal..eh, K.long Tasneem dlu 30 hari ummi dah tinggal tau...Moga anak2 ummi membesar jadi insan hebat..

Moga September yang bakal kami sekeluarga lalui bakal menjanjikan sesuatu yang lebih hebat hendaknya utk semua... Dan untuk Agama

Aminn

Ikhlas Dari💖💖💖💖
Ummi Tasneem.Kauthar.Ali🍼

Daisypath Anniversary tickers
 

Search This Blog

Memuatkan ...

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya