17 Februari 2016

Detox dan keperluannya pada kita



BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

detoks dan keperluannya



Pernah dengar perkataan DETOX?

Detox atau detoksifikasi adalah merupakan suatu proses pembersihan dari segala macam kotoran dan racun-racun yang secara tidak sengaja atau tanpa kita sedar telah masuk di dalam badan kita dalam jangka masa yang lama.

Detox merupakan proses penyingkiran bahan toksik atau buangan dari tubuh badan manusia. Badan manusia mempunyai sistem detox sendiri iaitu hati, usus dan ginjal. Apabila kita berpuasa, badan akan melakukan proses detox semulajadi. Detox dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar.

Toksin

Apa itu Toksin? 

Toksin adalah bahan buangan beracun dalam tubuh kita. Adalah mustahil bagi anda untuk mengelakkan daripaa toksin kerana ia berada di mana-mana sahaja samaada dalam udara yang kita sedut, makanan dan minuman yang kita ambil. Anda juga terdedah kepada toksin dalaman, sisa metabolik yang dihasilkan dalam badan disebabkan oleh tekanan hidup dan cara pemakanan yang tidak seimbang.
Tanda-tanda toksin berlebihan dalam badan

  • Sering letih, kurang bertenaga, sakit kepala, mulit berbau, badan berbau
  • Insomnia (masalah tidur), mata gelap, mata merah
  • Daya ingatan dan tumpuan yang lemah dan rasa cemas
  • Alahan, masalah sinus, sistem imun yang lemah
  • Masalah sistem pencernaan seperti sembelit dan kembung perut
  • Masalah sendi 
  • Masalah kulit
  • Selulit, kenaikan berat badan 

10 SEBAB KENAPA PERLU DETOX?

1. Buang toxin dari dalam badan.

Pendedahan jangka panjang toxin (bahan cemar alam sekitar, bahan kimia, pengawet, racun perosak, logam berat dan sisa buangan industri) menjejaskan metabolisme, tingka laku, sistem imun dan menyebabkan penyakit. Toxin ini tersimpan dalam badan melalui tisu dan sel-sel di seluruh tubuh termasuk otak selama bertahun-tahun (mengikut umur anda).

2. Mencegah penyakit kronik.

Toxin ini menjadi penyebab kepada penyakit kronik seperti kanser, penyakit jantung dan banyak lagi. Badan kita juga berfungsi untuk membuang toxin untuk menjadikan badan kita sihat walaubagaimanapun sistem dalam badan kita telah “overload” dan tidak mampu untuk membuang kesemua toxin ini. Ini menyebabkan pelbagai komplikasi dalam badan yang membawa kepada penyakit. Detox membantu dan meningkatkan keupayaan badan kita untuk menyingkirkan toxin secara semulajadi.

3. Meningkatkan fungsi sistem imun.

Badan kita mempunyai sistem imun yang berfungsi untuk melawan penyakit. Detox membantu badan untuk berfungsi dengan baik.

4. Mendapat berat badan yang ideal.

Toksin menjejaskan keupayaan semulajadi badan untuk membakar lemak dan menyebabkan kepada pertambahan berat badan, kencing manis, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi. Detox menyingkirkan toksin dalam badan dan membantu mendapatkan berat badan yang ideal.

5. Melambatkan proses penuaan.

Detox menyingkirkan bahan radikal bebas, logam berat yang menyebabkan proses penuaan menjadi cepat (umun baru 30 tahun tetapi kelihatan seperti 40 tahun). Detox meningkatkan proses penyerapan nutrien dan membantu untuk melambatkan penuaan.

6. Meningkatkan kualiti hidup.

Badan kita tidak berasa selesa apabila mempunyai banyak toksin yang menyebabkan sakit sendi, sakit kepala, gangguan sistem pencernaan, masalah tidur dan kurang tenaga.

7. Meningkatkan tenaga.

Detox dapat meningkatkan tenaga dari segi fizikal dan mental.

8. Meningkatkan kualiti kulit.

Toksin menyebabkan kulit kelihatan tidak cantik dan kasar. Detox membantu membuang bahan yang menyebabkan kulit tidak cantik, jerawat dan bisul.

9. Mental dan emosi yang jelas.

Detox memberikan anda keyakinan yang meningkatkan keupayaan untuk mengurus kehidupan dengan lebih berkualiti.

10. Mengembalikan kesimbangan dalam sistem badan.

Detox mengembalikan kesimbangan dalam sistem badan iaitu semua sel, tisu, organ, sistem dalam badan dapat berkerjasama untuk kesihatan yang optima.


ikhlas penuh cinta :
-ummi Tasneem & Kauthar
0124322400

Tiada ulasan:

Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya