23 Julai 2015

5 Gaya duduk yang perlu dielakkan semasa mengandung


BISMILLAH WAL HAMDULILAH

AssalamualaikumMalam nie tiba-tiba teringatkan sorang kawan saya yang tengah sarat mengandung. Mungkin dh gerak balik kg halaman. Maklumlah lusakan dh nk raya. Semua sibuk pulang ke kg masing. Bukan apa,tgok dia dkt pejabat pn nk duduk pn punya susah...sakit belakang katanya. Ni macam manala dia duduk dalam kereta 4 almost 9 jam. Fuhhh..mcm patah pinggangla jawabnya. Kadang-kadang kita x tahu yang cara duduk yang betul perlu diamalkan ketika hamil kerana ianya dapat mengurangkan masalah sakit belakang serta membetulkan kedudukan bayi dalam kandungan terutamanya pada fasa akhir kehamilan.Untuk pengetahuan kita, duduk secara membongkok boleh menyebabkan bayi dalam kandungan memasuki ruang pelvis dengan bahagian belakangnya, sekaligus menyukarkan proses kelahiran.Disini saya ingin berkongsi tentang 5 posisi duduk yang perlu dielakkan.







1. MEMBONGKOK

Elakkan duduk membongkok semasa hamil kerana ia memberi tekanan pada bahagian belakang. Kandungan yang semakin membesar sudah menambah bebanan saraf tunjang anda, apatah lagi kalau anda membongkok. 
Tip Duduk : 

Pastikan anda duduk secara menegak dengan kedudukan punggung yang lurus dan bahu sedikit tertarik ke belakang (badan menjadi melengkung). Secara umumnya inilah posisi dan kedudukan terbaik buat ibu mengandung.

2. KAKI BERJUNTAI

Duduk dengan kaki berjuntai akan menambah pengaliran darah ke kaki, sekali gus menyebabkan kaki bengkak. Elakkan dari menyilang kaki ketika duduk. 

Tip Duduk:

Sentiasa pastikan tapak kaki mencecah lantai dan berkeadaan rata (memijak lantai sepenuhnya), dengan paha lurus di atas kerusi ( kaki dan paha dalam kedudukan 90 darjah).

3. TIDAK BERSANDAR

Duduk tanpa bersandar akan menyebabkan anda berasa sakit pada bahagian belakang. Sokong belakang anda sebanyak mungkin dengan menggunakan kerusi bersandar penuh. Jangan sesekali duduk di atas bangku atau kerusi sandar rendah.


4. MEMBONGKOKKAN BADAN KE DEPAN


Walaupun bahagian belakang anda mungkin lurus, tetapi gaya duduk sambil membongkokkan badan ke depan akan menekan kandungan. Cara ini bukan sahaja tidak selesa untuk ibu, malah berbahaya pada bayi. Pada peringkat akhir kehamilan, tulang sangkar rusuk anda mungkin menekan bdan bayi.


5. BARING BERSANDAR

Banyak yang suka berbaring sambil meninggikan bahagian belakang kala berada di atas katil. Cara bersandar begini akan menambahkan tekanan pada saraf tunjang

Tip Duduk :

Selain cara duduk, pastikan masa anda berada dalam satu-satu posisi adalah tidak terlalu lama. Wanita hamil tidak boleh berada di posisi duduk atau berdiri melebihi 30 minit. Anda dinasihatkan berehat dengan berjalan-jalan seketika. Jika menaiki kereta, berhentilah dengan kerap bagi mengurangkan tekanan semasa duduk.


Tip Penting :

Wanita hamil juga boleh menggunakan seperti kain tuala yang digulung atau bantal kecil untuk menambah sokongan pada bahagian belakang supaya duduk lebih selesa.
Jika ingin mengubah posisi duduk, jangan sekadar memusingkan bahagian badan  sehingga paras pinggang sahaja tetapi harus memusingkan seluruh badan anda. 


ikhlas penuh cinta :
-ummu Tasneem & Kauthar-
0124322400 

12 Julai 2015

Cara mengatasi sembelit anak

Bismillah wal hamdulillah


Anak anda mengalami sembelit?

Sembelit  berlaku apabila air besar terkumpul lama di dalam usus besar dan menyebabkan usus besar menyerap terlalu banyak air. Ia mendorong kepada air besar yang keras dan sekaligus membuatkan ia sukar dilepaskan.



Tanda-tanda amaran yang perlu diperhatikan:

  • Kepayahan ketika membuang air besar atau tarikan pada otot pinggul yang menandakan kesan penahanan pergerakan usus.
  • Sakit perut
  • Kekejangan
  • Terkencing secara tidak sengaja yang mungkin disebabkan oleh air besar menekan pada pundi kencing.
  • Air besar yang terlekat pada seluar dalam anak disebabkan air besar yang telah penuh terkumpul keluar
Penyebab Sembelit

  • Kekurangan serat makanan kerana serat makanan membantu melembutkan air besar dan memudahkan pergerakan usus.
  • Sesetengah ubat boleh menyebabkan ketidakselesaan ini. Ibu bapa yang meminta nasihat doktor bagi masalah usus anak mereka seharusnya memaklumkan doktor mengenai ubat ubatan yang sedang diambil anak mereka.
  • Menahan proses pembuangan air besar
  • Penyahidratan yang disebabkan oleh cirit-birit atau penyakit lain
  • Semulajadi iaitu sesetengah kanak-kanak mengalami keadaan di mana usus besar merekakurang aktif daripada biasa (slow colonic transit).
  • Boleh terjadi apabila kanak-kanak tidak mengendahkan rasa (urge) untuk membuang air besar kerana terlalu sibuk bermain atau mungkin enggan menggunakan tandas yang tidak biasa mereka gunakan contohnya sewaktu di sekolah.

CARA ATASI SEMBELIT DI KALANGAN KANAK-KANAK


1. BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG


Latih anak-anak untuk minum air kosong. Minum air kosong dapat menghindari sembelit dan melancarkan sistem pencernaan.
2. PELBAGAIKAN MAKANAN FIBER


Contoh makanan fiber seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan seperti ini membantu pergerakan usus lebih lancar dan melancarkan pembuangan. Anak-anak saya memang suka makan semua jenis buah, kecuali yang masam-masam, tak kiralah buah-buahan tempatan ataupun luar negara. 

3. TEKNIK URUTAN
Ini saya belajar masa anak pertama dulu. sesuai bagi bayi bawah 6 bulan yang belum diberi minum air kosong mahupun makanan pejal. Caranya baringkan bayi, cuba lakukan pergerakan seolah-olah sedang mengayuh basikal. Ini adalah untuk merangsang pergerakan najis dalam usus lebih lancar.
4. AMALKAN SUPLEMEN MUDAH HADAM
Saya akan memastikan anak-anak akan mengambil Mealshake dalam 1 hari. Mudahnya Mealshake ini sebab ianya boleh dicampurkan ke dalam minuman kegemaran mereka. Dulu saya campur dalam Milo, sekarang dengan Vico. Kalau anak-anak masih minum susu botol boleh dicampurkan dalam susunya. Rasa memang sedap, sebab perasa vanila dan baunya wangi.
ikhlas penuh cinta :
-ummi Tasneem & Kauthar-
0124322400

10 Julai 2015

Multivitamin untuk Kanak-kanak



Bismillah wal hamdulillah

Selalunya kita mendengar tentang Multivitamin untuk orang dewasa.Tetapi Shaklee telah mengambil langkah hebat dengan memperkenalkan Multivitamin Kanak-kanak. Setelah setahun tiada dipasaran, akhirnya awal Januari 2015 Shaklee telah mengadakan super come back. Hadir dengan wajah dan formula baru.

Kajian terbaru menunjukkan 25% sumber kalori kebanyakan anak-anak ialah dari makanan ringan. Kentang goreng merupakan sumber sayuran no 1 mereka. Kajian tersebut turut menyatakan kekurangan nutrisi yang berpunca dari pemakanan yang tidak sihat menjejaskan prestasi anak-anak disekolah, mempengaruhi sistem inum, tumbesaran tulang dan perkembangan fizikal mereka.

Dinegara kite sendiri, 9/10 kanak membesar dengan kekurangan nutrisi penting seperti vitamin A, D, kalsium dan zat besi. Mungkin dalam hati kite menafikan yang anak-anak kite termasuk dalam nisbah ini. Atau memang benar anak kita salah seorang dari 9 kanak-kanak yang kekurangan diet yang seimbang.

Terdapat 7 keistimewaan Vita-Lea For Children sehingga amat rugi jika ada anak-anak yang sedang membesar kite tak bekalkan dengan multivitamin ni. Tablet sebesar bola mata anak-anak ini juga mampu menutup lompang-lompang nutrient anak-anak kita. Berikut ialah kelebihan Vita-Lea For Children Shaklee


1. Mengandungi
  • 18 jenis vitamin dan mineral perlu.
  • 100% vitamin A, C, D dan E serta kesemua 8 vitamin B.
  • Kalsium, magnesium, zinc, copper dan pelbagai mineral lain. 
2. Formula yang diperbaharui berbanding yang lama.



3. Menggunakan pemanis semulajadi xylitol yang tidak akan menyebabkan kerosakan gigi.



4. Tidak mengandungi perasa, pemanis dan pengawet tiruan.


5. Bebas gluten, datang dalam perisa anggur yang sangat sedap, anak-anak pasti sukakannya

6. Multivitamin kanak-kanak terbaik dipasaran, jumlah nutrient lengkap dan memenuhi keperluan tumbesaran anak-anak, penyerapan mudah dan pantas.


7. Sangat sesuai diambil kanak-kanak berusia 4  hingga 12 tahun terutama yang tidak suke makan sayur.











Nama Produk : Vitalea for Children
Harga Runcit : 


ikhlas penuh cinta:
-ummi Tasneem dan Kauthar-
0124322400

Tip pemilihan tema sambutan hari lahir anak



Bismillah wal hamdulillah

Ogos bakal menjelang x lama lagi..ummi nie dh berkira-kira nk buat sambutan Hari Lahir si adik Amal Nur Kuathar yang ke-3. Almaklumlah, si bongsu nan tercinta..Bongsu la lagi buat sementara waktu nie.Dah berkira-kira ummi nie nk pilih temanya...Frozen?tp si kecik nie pelik sikit...minatnya Ben10, ultraman dgn superman. Mmg garu kepala la ummi nie..

Mommy2 kat luar sana pn pasti dalam dilema macam saya bla dh dkt hari ulangtahun kelahiran anakkan...dilemanya dalam nk memilih tema..Yala,pasti sambutan yang nak diadakan akan meninggalkan seribu kenangan buat si anak dan keluarga.

Harinie saya nk kongsikan beberapa tip buat mommy semua untuk pemilihan tema majlis sikecil anda nanti.



Langkah 1 : Ketahui minat si manja

Apa yang anak anda benar-benar suka? Sebaik mengetahuinya, anda bolehlah mula memikirkan tema yang bersesuaian dengan minatnya itu. Si kecil perempuan biasanya minat kepada sesuatu yang berkaitan dengan dunia puteri manakala yang lelaki pula suka kepada sesuatu yang lebih maskulin. Tanya dari hati ke hati kepada anak anda dan sama-samalah membuat keputusan tema yang bersesuaian. Antara tema yang biasa digunakan adalah :


  • Kereta
  • Adiwira seperti Ben10, Spiderman, Ultraman
  • Koboi
  • Haiwan 
  • Lanun
  • Karakter kartun -antara tema yang kerap digunakan

Langkah 2 : Bermain dengan warna kegemaran

Warna seringkali menjadi pilihan bila ibu bapa yang mahu mengadakan sambutan hari lahir buat si anak. Untuk itu, apa kata kita gunakan warna kegemaran anak anda sebagai tema majlisnya nanti. Selain daripada hanya bermain dengan warna, anda boleh memilih satu objek yang berhubung kait dengan warna kegemaran anak itu sebagai temanya.


Sebagai contoh objek serangga Lady Bug memang dominan dengan warna hitam dan merah. Oleh yang demikian, anda boleh gunakan objek haiwan ini sebagai tema disamping warna merah dan hitam yang disukai anak anda itu. 


Langkah 3 : Watak kartun kegemaran

Watak-watak kartun kegemaran kanak-kanak daripada program televisyen, filem, majalah mahupun komik boleh anda jadikan sebagai salah satu idea tema sambutan hari lahir anak anda. Sudah pastinya tema yang digunakan itu akan kelihatan comel dengan dekorasi karekter kartun yang bakal memenuhi ruang majlis.


Langkah 4 : Penggunaan hobi masa lapang 

Kanak-kanak yang mempunyai hobi tertentu pasti gembira apabila ibu bapanya memilih hobinya sebagai tema majlis sambutan hari lahir kelak. Jika anak anda suka melukis, anda boleh gunakan hobinya ini sebagai asas dalam menyiapkan semua keperluan majlis. Gunakan berus, pensel warna, krayon, warna air, kertas lukisan dan lain-lain dalam melatari dekorasi majlis istimewa anak anda. Berlainan bukan? Apa yang penting, anak anda akan suka dan anda sendiri akan berpuas hati dengan pemilihan tema menggunakan hobi ini. 


Semoga perkongsian ini dapat memberikan yang terbaik untuk mommy-mommy sekelurga. Pasti majlis sambutan ulang tahun kelahiran anak anda menjadi satu moment yang tidak dapat dilupakan.



ikhlas penuh cinta
-ummi Tasneem & Kauthar-
012432400




8 Julai 2015

Tips Cantik Tanpa Pencuci Muka


Bismillah wal hamdulillah

Pernah x ada kawan2 yang slalu tanya anda "awak pakai pencuci muka apaya?"
hehehe...ini adalah ayat biasa yang ditanya even kitapun slalu tanya kwn2 kan pakai produk apa...
Ni sedikit petua dari saya buat kawan2 yang mmg jenis pemalas nk cuci muka coz adaja kwn dkt opisnie yg rajin beli...tp langsung x penah guna...membazirja rasa...

Saya cuma nk cadangkan dari anda membazir beli pencuci muka, baik gunakan duit tue untuk belikan supplement yang dapat membantu wajah anda..ewahhh.hehehe

MANFAAT VITAMIN C

VITAMIN C – ANTIOKSIDAN UNTUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN KULIT.

Vitamin c telah digunakan sejak tahun 40'an bertujuan menyembuhkan penyakit kulit, proses penuaan adalah disebabkan oleh radikal bebas dan faktor usia, akibat dari tindak balas radikal bebas tersebut menjadikan kulit kita rosak,kusam,berkedut-kedut serta muncul pigment-pigment hitam pada kulit.


1) Membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah.
2) Menghalang SKURVI. (SKURVI=Penyakit yg disebabkan kekurangan Vitamin C dlm makanan, ditandai oleh gusi bengkak dan berdarah, pendarahan dibawah kulit, dll)
3) Mempertingkatkan sistem pertahanan badan.
4) Memguatkan dinding salur darah.
5) Menolong pembentukan tisu gentian.
6) Membantu pembentukan kartilej, tulang dan gigi yang sihat.
6) Mengurangkan kedut pada kulit
7) Membaiki parut pada kulit.
8) Mencegah penurunan payudara dan buttock
9) Menjadikan kulit lebih cerah
10) Menghilangkan jerawat dan pigmentasi.
11) Menjaga kesihatan otot dan mencantikkan/menghaluskan kulit.
12) Membantu penghasilan collagen dimana collagen dapat meningkatkan keanjalan dan keremajaan kulit serta mempertingkatkan keanjalan otot agar tidak lembik..
13) Melambatkan proses penuaan dan menghaluskan pori-pori pada kulit.

Tambahan : ~Vitamin c ni mampu untuk mencuci paru-paru perokok...bukan setakat mencuci paru2 perokok, malah org yg merokok akan kehilangan 50-100mg vit c dlm bdn dia stiap satu btg rokok yg dia hisap.. bape byk kekurang vit c dalam bdn dia..so dgn mengambil vitamin c penting untuk membantu perokok mendapatkan kembali kehilangan vitamin c dalam badan

KENAPA VITA C SHAKLEE BERBEZA DENGAN YG LAIN?


~ diproses dengan pemanasan minimum, tanpa bahan kimia bagi kekalkan keaslian
~ Sustained Release - dilepaskan 100mg setiap jam dalam tempoh 5 jam, berkuasa selama 24 jam
~ Bioflavonoid - co factor vitamin C bagi membantu tindakbalas secara semulajadi. 
~ Clinically tested
SR vita C, vitamin C shaklee, 500mg Vita C
HARGA : RM 92.50
KANDUNGAN : 180 BIJI
~ Tiada pewarna/ perasa tiruan, pengawet atau bahan kimia
~ HALAL dari Islamic Services of America (ISA) dah diiktiraf JAKIM
~ diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia
~ khasiat bersamaan 7 biji oren

  

 SIAPA PERLUKAN VITA C?


~ perokok aktif/ pasif, 
 ~ ibu mengandung/ menyusu/ lepas bersalin, 
~ individu dalam recovery penyakit/ selepas pembedahan, kanak-kanak
~ orang yang mudah demam dan selsema, 
~ pesakit berkaitan kardiovaskular seperti jantung, stroke, 
~ kolesterol tinggi dan darah tinggi, anemic, 
~ org yg nak kulit gebu, anjal dan awet muda, 
~ org yg nk improve seksual health, 
~ org yg nak kurus, 
~ org yg mudah stress & moody






IKHLAS PENUH CINTA:
-ummi tasneem & Kauthar-
0124322400

6 Julai 2015

Tip Bersenam Kala Hamil


Bismillah wal hamdulillah

Assalamualaikum semua

Kehamilan merupakan saat-saat yang ditunggu oleh semua pasangan yang telah berkahwin.Moment yang mungkin akan memberikan kesan bermakna kepada pasangan. Sepanjang kehamilan pasti penuh dengan kenangan manis yang akan dikenang.

Sepanjang kehamilan, ibu-ibu digalakkan melakukan senaman ringan bagi memudahkan proses kelahiran.



5 TIP BERSENAM KALA HAMIL


  1. Berjalan, meregangkan badan dan mengangkat pemebrat ringan dapat membantu anda mengeluarkan peluh
  2. Berat tambahan yang anda tanggung di abdomen akan mengalihkan pusat graviti. Oleh itu, elakkan aktiviti yang membuatkan diri anda tidak seimbang.
  3. Hentikan senaman jika anda mengalami sebarang kesakitan, pening, sesak nafas, berasa hendak pitam, berdebar-debar, sakit belakang atau pelvis atau mengalami pendarahan faraj
  4. Mulakan sesi senaman selama 15 minit sebanyak tiga kali seminggu. Tingkatkan kekerapan dan tempoh bersenam secara beransur-ansur jika anda berasa selesa dengan senaman yang biasa diamalkan itu.
  5. Banyakkan minum air untuk mencegah penghidratan.
Moga ibu-ibu semua dapat meningkatkan kesihatan tubuh semasa di fasa kehamilan.

ikhlas penuh cinta
-ummi Tasneem & Kauthar-
0124322400

5 Julai 2015

Cara Mengatasi Sembelit dengan HERB-LAX Shaklee

Bismillah wal hamdulillah

Assalamualaikum semua..

Pernah x anda mengalami sembelit?kalau dengar sembelit ja pasti buat wanita berasa gerun.tambah-tambah lagi ketika berpantang...huwaaa,nk menangis rasanya klu kena sembelit time berpantang.Waktu berpantangkan si kakak Tasneem dulu alhamdulillah saya x pernah kena sembelit. Tapi time berpantangkan si adik Kauthar semingguja dh kena sembelit. Allah...mmg mengucapla jawabnya...terpaksa ambik ubat ikut bontot.hahhaa...

Jom harinie saya nk kongsikan cara mengatasi masalah sembelit yang boleh diamalkan.


  • Ambil makanan berserat tinggi.
Lumrah semasa berpantang, ibu ibu terlalu menjaga pemakanan kerana takut badan masuk angindan menyebabkan bayi kembung jika menyusukan bayi. Tapi waktu ini, ibu2 sering lupa bahawa makanan seimbang perlu untuk sistem penghadaman yang baik. Jika makanan yang diambil tidak seimbang, tidak mengandungi serat yang tinggi, masalah sembelit akan terjadi. lebihkan sayur sayuran dan buah buahan yang sesuai dengan anda dan ambil secara berjadual.

  • Minum air yang cukup.
Air adalah keperluan utama tubuh badan manusia.Tanpa air, bahan2 kumuhan akan pasti menjadi keras dan kering dan menyukarkan pembuangan. waktu berpantang, sesetengah ibu ditegah untuk mengambil air yang banyak atas sebab sebab tertentu.Tetapi harus diingat air perlu cukup dalam badan apatah lagi jika anda menyusukan bayi. Saranan pengambilan air yang sihat ialah 1liter bagi setiap 25kg berat badan anda, normalnya 3 liter sehari sudah mencukupi. Byk minum, insyaallah masalah sembelit akan berlalu.

  • Buat gerakan "menyangga dan membonjol"
Teknik ini menggalakkan pergerakan usus.Caranya ialah dengan menarik otot perut anda kedalam menggunakan tangan dan menarik nafas (menyangga) kemudian mengembungkan perut diikuti dengan menghembuskan nafas (membonjol). Lakukan secara perlahan2.  Ulangi sehingga 10 kali dalam satu masa. Pastikan kedudukan pelvis dalamkeadaan relaks.

  • Ambil supplemen 
Selain utk kesihatan tubuh, supplemen juga penting bagi memastikan sistem penghadaman anda berfungsi dengan baik terutama selepas melahirkan. Jika anda mengambil Set Bersalin lengkap dari Shaklee insyaallah masalah sembelit bukanlah masalah yang akan menghantui anda kerana set lengkap tersebut mmg sgt sesuai dengan tubuh si ibu yang baru melahirkan. Selain set bersalin tersebut, anda boleh menambah kalsium dan alfalfa yang tinggi fibre sebagai supplemen melegakan masalah sembelit anda dan bagus untuk ibu yang menyusukan. Antara supplement Shaklee yang dapat mengatasi masalah sembelit anda ialah HERB-LAX


Herb-Lax Mengandungi 9 herba semulajadi :
  • Senna leaves
    • Merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut.
    • Mempercepatkan proses detoks
    • Mengurangkan penyerapan lemak
  • Buckhorn bark
    • Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan.
    • Melembutkan usus
  • Licorice root
    • Membantu proses detoks
  • Fennel seeds
    • Mengeluarkan toksin terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol
    • Membantu proses pencernaan serta berkesan untuk mengatasi sembelit dan kembung perut.
  • Anise seeds
    • Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan
  • Rhubarb root
    • Herba ini banyak digunakan dalam perubatan cina sebagai antibiotik
  • Blue malva flower
    • Membantu proses detoks dan mengimbangi tekstur kulit
  • Culver's root
    • Membantu masalah lebihan air dalam badan
  • Alfalfa leaves
    • Membersihkan usus, darah dan hati

Nama Produk : Herb-lax
Kandungan : 120 biji
Harga Runcit : RM 52.50


Manfaat Utama Herblax Shaklee

  • Pembersihan najis tersekat
  • Mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh.
  • Membantu masalah sembelit
  • Mengempiskan perut


Kebaikan Alfafa Shaklee

Bismillah wal hamdulillah



KEBAIKAN DAN FUNGSI ALFALFA COMPLEX 
  • - bertindak untuk buang toksik dalam badan
  • - melawaskan usus
  • - mengurangkan kelesuan
  • - melegakan sakit ketika haid
  • - membuang angin dalam badan
  • - baik untuk masalah resdung, eczema, allergy etc
  • - mengurangkan sakit sendi dan badan
  • - merawat masalah keputihan wanita
  • - bertindak seperti kacip fatimah pada isteri
  • - meningkatkan stamina suami
  • - melancarkan penghasilan susu ibu yang menyusukan anak
  • - membesar dan menegangkan payudara
  • - pulihkan urat selepas bersalin

Apa beza Alfalfa Shaklee?


1.  Sumber terbaik dari daun alfalfa (tanpa akar dan batang) 
2.  Alfalfa Shaklee ditanam tanpa semburan bahan kimia
3.  Di sediakan dalam dua pek bersaiz 330 biji dan 700 biji  
4. Pil boleh dihancurkan dan dicampur dengan air sebagai minuman herba semulajadi
5. Tidak memberi mudarat kepada bayi yang menyusu seperti panas dan cirit-birit
6.  Alfalfa Shaklee tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet tiruan.
7.  Membersihkan hati
8.  Membantu melengkapakan zat dan nutrient dalam pemakanan seseorang


Alfafa Complex 330 Tablets
Harga Runcit : RM 56.98

Alfafa Complex 700 Tablets
Harga Runcit : RM103.35


ikhlas penuh cinta
-ummi Tasneem & Kauthar-
0124322400

Cara atasi demam ketika berpantang


Bismillah Wal hamdulillah

Assalamualaikum..


Hrnie sya nk berkongsikan 1tip utk mommy2 yang demam ketika berpantang dan esp, pada mommy yg jugak menyusukan sikecik. Saya dah mula mengamalkannya since berpantangkan si adik Kauthar.Ya lah, tatkala sya tekad nk menyusukannya, Allah uji pulak dengan demam akibat infection. Nak x nak terpaksa cari alternatif lain untuk terus menyusu tanpa mengambil apa2 ubat. Alhamdulillah dlm pantang 2 mmg saya dh start menggunakan Set Berpantang Shaklee. Cuma bila dh demam, terpaksa tambah dengan NUTRIFERON. Benda yg pertama kali saya cuba. Mmg terbaik rupanya.




Kali ke2 saya ambil nutriferon sebb si adik pulak demam..Ramai yg suggest sya ambik nutriferon memandangkan saya menyusukannya...berkongsi khasiat yg sama.Alhamdulillah demam si adik pn x lama..



Nama Produk: Nutriferon
Kandungan : 30 Sachet
Harga Runcit :RM153.70



Kandungan NUTRIFERON

NutriFeron terbukti secara klinikal terdiri daripada gabungan ekstrak tumbuhan yang mengukuhkan sistem imun. NutriFeron menstimulasikan setiap sel di dalam badan kita untuk menghasilkan interferon aslinya sendiri.
Apakah interferon? Interferon ditemui oleh Dr. Yosuhiko Kojima pada tahun 1954, iaitu bahan semulajadi yang dihasilkan oleh setiap sel badan. Ianya diaktifkan setiap kali sel dijangkiti oleh mikrob, virus, sel kanser dan lain-lain.

Siapa yang perlukan Nutriferon?

1. Sesiapa sahaja yang berumur melebihi 12 tahun yang gaya hidupnya amat sibuk, tekanan gaya hidup menyebabkan system imun individu ini seringkali mengalami serangan yang berterusan
2. Individu yang ingin proaktif di dalam mengoptimumkan respons imun mereka terhadap iritasi alam sekitar dan juga pencemaran udara
3. Individu yang ingin mengekalkan prestasi sistem imun mereka di tahap yang maksimum
4. Individu yang berumur, yang sedemikian terdedah kepada kekurangan imuniti
5. Individu yang diet mereka tidak optimum
6. Individu yang sering tertekan/hidup dalam tekanan
7. Individu yang gaya hidupnya tidak/kurang aktif
8. Ibu yang menyusukan anak, dan anaknya demam
9. Individu yang sering demam, selsema atau sakit

Manfaat NUTRIFERON

  • Mengukuhkan Sistem Imun dalam masa 3 hari – Ianya adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia. Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu merangsang dan mempertingkat secara keseluruhan system imun tubuh dengan menerahkan system pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh: T-cells, B-cells and makrofag.
  • Melawan Kanser & Tumor – Interferon semulajadi mengandungi polisakarida yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin melawan sel-sel tumor dan kanser. Selain dari itu ia juga mampu mengurangkan ketidakselesaan pada waktu rawatan kemoterapi.
  • Melindungi dari influenza – Ia mengimbangi kepada respon alergi persekitaran dan pencemaran udara, melindungi dengan berkesan daripada virus, mikrob, termasuk selesema, flu, alergi, inflamasi dan influenza.
  • Meringankan Stres & Kelesuan – Meringankan kemudaratan yang disebabkan oleh keresahan, stress, kelesuan dan gaya hidup yang sibuk.
  • Melambatkan penuaan – Formula unik Nutriferon Shaklee merangsang pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman. Justeru itu sel-sel akan menjadi lebih sihat.
  • Mengurangkan Infeksi oleh pesakit-pesakit Hepatitis B & C – Keberkesanan Nutriferon Shaklee dalam menmerangi virus akan mengurangkan infeksi dan meminimumkan ketidakselesaan, seperti kembung perut, rasa mual, muntah dll kepada pesakit-pesakit Hepatitis B & C.
  • Mempertingkatkan Menopaus – Hypertensi, tahap kolesterol yang tinggi, kitaran darah, dan masalah lain berkaitan menopaus akan menjadi lebih baik.
  • Mempertingkatkan PMS – Terbukti secara klinikal mengurangkan symptom yang terjadi akibat ketidakseimbangan system endokrin iaitu kekejangan waktu haid, sakit  belakang, sakit payudara, masalah jerawat, kegelisahan, insomnia dan mood swing.


Cara Pengambilan:

-Ambil 1 sachet sehari selama 3 hari berturut bagi ibu-ibu yang berpantang
-Amalkan pengambilan 1 sachet sehari untuk imun sistem

ikhlas penuh cinta
-ummi Tasneem & Kauthar-
0124322400

4 Julai 2015

Ketahui aurat wanita

Bismillah wal hamdulillah

Assalamualaikum


Aurat adalah daripada perkataan Arab "aurah" yang bermaksud keaiban. Manakala dalam istilah fiqah pula aurat bermaksud sebagai sebahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutupi atau dilindungi daripada pandangan.

Hari ini saya ingin berkongsi tentang aurat wanita yang wajib kita ketahui.

1.AURAT KETIKA SEMBAHYANG
-Seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan

2. AURAT KETIKA BERSENDIRIAN
-Bahagian anggota pusat dan lutut. Ini beerti bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat antara pusat dan lutut.

3. AURAT KETIKA BERSAMA MAHRAM
-Pada asasnya aurat seorang wanita dan mahramnya adalah antara pusat dan lutut. Pun begitu wanita dituntut agar menutup bahagian tubuh badan yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri. Perkara ini perlu dilaksanakan bagi menjaga adab wanita terutama dalam menjaga kehormatan agar perkara-perkara sumbang yang tidak diingini tidak akan berlaku. Oleh sebb itu, pakaian yang digalakkan walaupun semasa bersama mahram adalah pakaian yang lengkap dan labuh.

4. SIAPA MAHRAM KEPADA WANITA?
-Suami
-Ayah termasuk datuk belah ibu dan bapa
-Ayah mertua
-Anak2 lelaki termasuk cucu sama ada daripada anak lelaki atau perempuan
-Anak-anak suami 
◆Dalam perkara ini Islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami kerana wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya
-Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa
-Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selamanya.
-Anak saudara daripada saudara perempuan
-Sesama wanita sama ada kaitan keturunan atau seagama
-Hamba dan pelayan yang tua yang sudah tidak ada nafsu syahwat


Ikhlas penuh cinta :
-ummu tasneem & Kauthar-
0124322400

Kebaikan kurma semasa hamil

Bismillah wal hamdulillah

Assalamualaikum


Bagi ibu2 mengandung pasti tercari2 makanan yg mudah dan yg boleh diterima tekak.sesetengah ibu mengalami alahan sepanjang kehamilan dan menyebabkan mereka mengalami alahan teruk pada makanan...
Bagi ibu2 yg mengalami masalah ini,saya mencadangkan agar ibu2 boleh mengambil makanan sunnah seperti yg disarankan  oleh Rasulullah S.A.W iaitu Kurma..



Jom kita ketahui 5 kebaikan kurma semasa hamil


1.PENUH ZAT BESI
-Sangat sesuai dimakan terutama bagi anda yang mengalami masalah anemia akibat kekurangan sel darah merah dalam tubuh.

2. KAYA KHASIAT
-Di dalam kurma ia mengandungi protein, serat, glukosa ,vitamin A, Vitamin C, sodium dan potassium.

3. MUDAH KENYANG
-Kandungan gula di dalam kurma mudah diserap tubuh dan dapat memberi tenaga segera apabila anda memakannya ketika lapar. Malah,anda mudah kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan pemakanan secara berlebihan

4. TINGGI POTASSIUM
-Kandungan potassium sememangnya penting untuk sistem saraf yang meransang daya ingatan dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah payu dara dan rahim

5. MUDAHKAN PROSES BERSALIN
-Kurma boleh membantu anda memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan khusus di dalamnya yang boleh membantu proses berkenaan.

Ikhlas penuh cinta :
-ummi Tasneem &Kauthar-
0124322400
Daisypath Anniversary tickers
 

Search This Blog

Memuatkan ...

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya