19 Jun 2013

Menyokong Penyusuan Susu Ibu : TIPS BUAT SUAMI


10 langkah praktikal bagaimana suami boleh menyokong isteri untuk menyusukan bayi:

1. Suami boleh membawakan segelas air untuk isteri ketika beliau menyusukan bayi.

2. Suami boleh membawakan bayi kepada isteri untuk disusui.

3. Suami boleh sendawakan bayi dan menukar lampin.

4. Suami boleh mengurut belakang isteri sebelum/selepas menyusukan bayi.

5. Suami boleh menukar pakaian, memandikan dan bermain-main dengan bayi.

6. Suami boleh menjaga bayi untuk memberi peluang isteri berehat sebentar.

7. Suami boleh sentiasa menyokong isteri untuk menyusukan bayi secara eksklusif selama 6 bulan dan meneruskannya sehingga 2 tahun.

8. Suami boleh menunjukkan rasa kasih-sayang, mengambil berat dan bertolak ansur dalam hubungan intim ketika tempoh penyusuan bayi.

9. Suami boleh sentiasa meyakini bahawa susu ibu adalah yang terbaik, menjimatkan, bersih, segera sedia, percuma dan khusus untuk bayi anda.

10. Suami boleh membawa isteri dan bayi ke mana-mana kerana bayi boleh sentiasa disusukan pada bila-bila masa tanpa risau tentang masa dan keadaan, tanpa perlu membawa banyak peralatan yang perlu sentiasa dibersihkan dan bebas kuman.

Sumber: buku Sentuhan Kasih.

Like & Share

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

Tiada ulasan:

Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya