28 Februari 2010

Heppy 1st Anniversary


Ku Terima Nikahnya.....28 Feb 2009

Salam kerinduan buatmu Kekasih Allah..salam pertemuan buat semua.Moga hati2 ini sentiasa diredhaiNya...
Selamat ulang Tahun Perkahwinan yg Pertama Buat Kami...(*-*)..hehehe.(*buat wish sendirilak sya)
Moga Baitul Muslim yang dibina,Kekal Hingga ke Syurga.
Walupn masih2 belum ada yang melengkapi Ikatan Perkahwinan ini,Kasih sayang kita x pernah berkurang...Tiap ujian yng mendatang,menguatkan lagi rasa Cinta Kita...Moga Cinta yang lahir ini, dapt menambahkan rasa Cinta kITa padaNya...
Buat Suamiku...Pimpinlah daku dlm Redhonya...Tunjukkan aku jalan RahmatNya.....
Buat Isteriku....Temani aku wlupn sesaat...Kejutkan aku Tika terlelap...Teguri aku tika tersesat...Bersama Kita menuju CintaNya...

alazwar::heppy anniversary....15 Mac Genap 3 tahun Baba Tinggalkan Zaujah dan permata Hatinya...Al-fatihah

11 Februari 2010

:::Dedikasi Buat Jiwa Yang Senantiasa Diuji::::

::SALAM PERTEMUAN....MOGA HATI2 INI SENTIASA TEGUH DAN MERINDUINYA...
Pastinya sahabat semua maklum mengenai rukun iman ke enam yang wajib untuk kita beriman dan beramal dengannya iaitu percaya kepada qada’ dan qadar yakni kepada ketentuan dan sukatan yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Soal mati, jodoh, rezeki semuanya telah ditetapkan di Lauh Mahfuzh sepertimana hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi:‘Suatu hari aku pernah berada di belakang Nabi shallallaahu’alaihi wa sallam lalu beliau bersabda :‘Hai anak, aku akan mengajarkan kepadamu beberapa kalimat (artinya): Jagalah Allah, niscaya Dia akan menjagamu, Jagalah Allah niscaya kamu dapati Dia ada di hadapanmu, bila kamu meminta, mintalah kepada Allah, dan bila kamu minta pertolongan, mintalah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah bahwa umat, seandainya mereka bersepakat untuk memberimu manfaat dengan sesuatu, niscaya mereka tidak akan dapat memberimu manfaat apa-apa kecuali dengan apa yang telah Allah taqdirkan buatmu, dan seandainya mereka bersepakat untuk mencelakakanmu dengan sesuatu, niscaya mereka tidak dapat mencelakakanmu sedikitpun kecuali dengan apa yang Allah telah taqdirkan atasmu, pena-pena telah terangkat, dan lembar tulisan pun telah kering.’Tidak saya berniat untuk menjelaskan lebih lanjut mengenai qada’ dan qadar, tetapi sahabat boleh klik di sini untuk penjelasan lanjut mengenai rukun iman ke enam ini. Perkara yang ingin saya bincangkan di sini adalah bagaimana kita beramal dengan rukun iman ini.Iman dan AmalAcapkali apabila kita di uji kita disuruh untuk bersabar, selain bersabar Allah swt juga menganjurkan untuk kita bersolat (Al-Baqarah:45). Apabila kita bersabar, ia dikatakan sebagai sebahagian daripada iman,pernahkah sahabat persoalkan apakah kaitannya dengan iman? Sabar dan ImanMelalui jalan sabar ia membuka pintu untuk kita menerima dan redha pada ketentuan Allah swt yakni rukun iman yang ke enam.Tanpa sabar pastinya setiap diri yang di uji akan melatah dan tunduk pada pujukan dan hasutan syaitan yang durjana. Ketika diri di ujilah,segala bisikan syaitan akan cuba meracuni minda, pelbagai andaian yang timbul, kalaulah begini, kalaulah bagitu sedangkan Rasulullah saw telah bersabda: Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda:”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”KALAULAH aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘KALAU’ akan membukakan pintu amalan syaitan.” [Riwayat Muslim]Hati juga mula merasa gelisah, solat tidak dirasakan khusyuk lagi dan kehidupan seluruhnya menjadi tidak menentu hanya kerana ujian yang menimpa. Maka Allah swt tekankan bahawa ‘sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;’ (Al-Baqarah:45) di dalam ayat yang sama. Ini kerana apabila merasa beban ujian dari Allah swt semakin sukar dirasakan untuk menghadirkan hati dan memperoleh khusyuk ditambah lagi dengan hasutan syaitan yang semakin rakus cuba untuk melemahkan lagi iman di hati. Oleh itu, seharusnya kita sentiasa perlu menyedari keperluan untuk beramal dengan rukun iman ke enam ini dan bukan sekadar cukup untuk menghafalnya sahaja dari kecil sehingga dewasa tanpa ada sebarang tambahan nilai kepadanya. Moga dengan itu, apabila kita diduga oleh Allah swt kita sedar dan tidak terjerumus ke lembah yang hina. Tiada siapa yang dapat lari dari ujian,bezanya adalah bagaimana seseorang hamba itu berdepan dan menghadapi ujian tersebut sepertimana Allah swt telah berfirman yang bermaksud:‘Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).’ (Al-Baqarah:214)
Berpegang teguh kepada tali Allah swtHanya Allah swt yang mampu memberikan kekuatan kepada hati yang sememangnya dimilikiNya. Maka,apabila kita diuji oleh Allah swt seharusnya kita kembali merintih kepada Maha Pengasih dan bermuhasabah keadaan diri. Jangan pernah berputus asa kerana qada’ dan qadar yang ditetapkan pasti ada hikmahnya kerana Allah swt tidak akan menzalimi hamba-hambaNya sepertimana janjiNya dalam al-quran(Al-Imran:108). Walaupun hakikat cubaan amat pahit untuk ditelan namun demi kebahagiaan yang lebih hakiki kita perlu untuk terus berpegang teguh kepada tali Allah swt, telusurilah perjalanan Rasulullah saw dan para sahabat yang hanya bertemankan jalan berduri dan bandingkanlah keadaan diri sendiri. Jangan pernah menipu dan mengaku bahawa ‘akulah orang yang paling malang di dunia’ kerana tiada yang lebih malang dari mereka yang jauh dari rahmat Allah swt yang dijanjikan azab yang kekal dan tidak terperi hebatnya.(Al-Imran:177)Yakinlah ada pelangi di hujung jalan ituOleh itu marilah wahai sahabat semua, kita sematkan dan tambahkan keyakinan kita kepada rukun iman ke enam ini. Ketahuilah bahawa syurga yang penuh nikmat kebahagiaan dan kekal selama-lamanya itu hanya dijanjikan kepada meraka yang benar-benar layak sahaja.Dan jalan untuk melayakkan diri ke sana adalah melalui dugaan-dugaan yang diberikan di sepanjang kehidupan ini. Walau apa jua dugaan yang kalian hadapi, ketahuilah Allah kan pasti sentiasa di sisimu, tersenyum melihat hambaNya yang sering bersyukur dan redha pada qada dan qadar Nya. Maka, tenanglah wahai jiwa-jiwa yang diuji. Wallahu’alam

Apakah Bukti Cinta Pada Kekasih Kita?

Kenapa Perlu Berselawat?

Allah swt telah berfirman:"Sesungguhnya Allah swt beserta para malaikatNya sentiasa berselawat untuk Nabi Muhammad saw.Hai orang-orang yang beriman, bacalah selawat dan salam untuk Muhammad saw dengan bersungguh-sungguh."(Al-ahzab:56). Ayat tersebut memerintahkan kepada orang-orang yang beriman supaya bersungguh-sungguh dalam menbaca selawat dan mendoakan keselamatan untuk Nabi Muhammad saw.Oleh kerana itu,orang-orang yang mengaku dirinya beriman kepada Allah dan rasulNya,haruslah mereka mentaati perintah tersebut dengan memperbanyakkan bacaan selawat dan salam untuk dipersembahkan kepada junjungan dan ikutan kita Nabi Muhammad saw. Selawat dan salam yang dilimpahkan oleh Allah swt adalah berupa rahmat,kasih sayang dan pengampunan. Sedangkan selawat yang dipersembahkan oleh para malaikat dan orang yang beriman adalah berupa doa dan permohonan kepada Allah swt agar Dia berkenan melimpahkan selawat(rahmat) dan salam(keselamatan dan kesejahteraan) kepada Nabi Muhammad saw.Allah swt sentiasa berselawat kepada Muhammad saw,bererti Dia sentiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada beliau. Melihat pertanyaan diatas,maka timbullah persoalan di dalam benak kita:"Mungkinkah Nabi Muhammad saw sebagai kekasih Allah masih memerlukan tambahan rahmat dan keselamatn dariNya?Benarkah beliau masih perlukan bingkisan doa dari umat beliau?" Sebagai umat Nabi Muhammad saw,kita haruslah yakin bahawa beliau adalah makhluk Allah swt yang menjadi kekasihNya(habibullah).Kita juga harus yakin bahawa Nabi Muhammad saw telah mendapat jaminan untuk masuk ke syurga.Nabi Muhammad saw juga telah mendapat rahmat dan keselamatan yang tidak terkira dari sisi Allah swt. Sehinggakan tanpa selawat dan doa dari kita pun tidak menjadi masalah buat beliau.Sesungguhnya beliau tidak memerlukan selawat dan salam dari kita,sama sekali tidak memerlukannya! Lalu mengapa kita diperintahkan untuk membaca selawat dan salam untuk beliau? Itulah salah satu perintah Allah swt untuk membuktikan siapa sesungguhnya di antara kita yang benar-benar mentaati perintahNya.Juga untuk melihat sejauh mana kecintaan kita kepada RasulNya. Nabi Muhammad saw ada bersabda:"Barangsiapa yang mencintai sesuatu,nescaya dia banyak menyebut-nyebut yang dicintainya".(HR Dailami) Hadis tersebut benar-benar terjadi dalam kehidupan ini.Seseorang yang mencintai sesuatu,nescaya sesuatu itu selalu diingati dan disebut-sebutkannya. Misalnya semasa kita mencintai seorang gadis,nescaya kita akan selalu mengingati gadis tersebut dan menyebut-nyebutnya. Begitu juga sebaliknya. Begitu juga apabila kita benar-benar mencintai Allah swt dan rasulNya nescaya kita akan selalu mengingati dan menyebut-nyebutnya.Oleh itu,salah satu cara yang di ajar Islam untuk meluahkan rasa cinta itu adalah dengan berselawat. Ketika kita membaca selawat, saat itu juga kita menyebut nama Allah dan RasulNya sekaligus. Semakin tinggi kecintaan kita terhadap Allah dan RasulNya, nescaya makin banyaklah kita berselawat. Dan semakin banyak kita berselawat, maka makin tinggi darjat kita sebagai seorang muslim. Nabi Muhammad saw ada bersabda:"Sesungguhnya manusia yang paling utama disisiku pada hari kiamat kelak adalah yang paling banyak membaca selawat".(HR Nasai,Tirmizi dan Ibnu Hibban). Oleh yang demikian,perbanyakkanlah berselawat,disamping sebagai bukti cinta kita kepada Allah swt dan rasulNya,hakikatnya ia juga bagai mendoakan diri kita sendiri.Dengan demikian,semakin banyak kita berselawat bererti semakin kita mendapat rahmat yang melimpah ruah. Jika dilihat dari secara zahirnya,memang pada saat itu kita memanjatkan doa agar Allah swt melimpahkan rahmat kepada Muhammad saw,tetapi pada hakikatnya kita sedang mendoakan rahmat dan keselamatan tersebut untuk diri sendiri. Bahkan limpahan rahmat dan selawat yang akan kita dapat itu lebih banyak dari rahmat dan salam yang kita persembahkan kepada Nabi Muhammad saw. Hal ini disyariatkan oleh Nabi Muhammad saw sendiri dalam sabdanya: "Barangsiapa berselawat ke atasku satu kali,nescaya Allah swt akan melimpahkan rahmat keatasnya sepuluh kali ganda".(HR Muslim) Begitu tingginya nilai bacaan selawat,sampaikan solat kita tidak sah tanpa disertai bacaan selawat.Kerana menbaca selawat termasuk dalam salah satu rukun solat,yakni harus dibaca ketika tahiyyat.Oleh yang demikian,setiap muslim wajib membaca selawat sekurang-kurangnya sembilan kali sehari semalam.Jika kurang dari itu bererti solatnya tidak sempurna. Akhir kata,semoga selawat dan salam tetap dilimpahkan ke atas junjungan kita Nabi Muhammad saw beserta keluarganya,para sahabat dan seluruh umatnya sehingga hari kiamat.Demikian jelaslah bahawa kenapa kita perlu berselawat.Allahuma Amin ya Rabbal'Alamin!
Daisypath Anniversary tickers
 

Search This Blog

Memuatkan ...

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya