17 Ogos 2009

Isteri, Ibu Mithali


Siapakah wanita yang layak dipanggil ibu mithali, isteri sejati? Adakah anda, saya ataupun wanita-wanita lain di dunia ini. Marilah kita analisa diri kita sejauh mana kita mencapai ke peringkat tersebut dengan berpandukan analisis yang diberikan oleh Dr. Fadzilah Kamsah. Beliau menjelaskan penganalisisan diri perlu bagi ibu mithali dan isteri sejati dalam membentuk sebuah rumahtangga harmoni.
Seseorang pendidik keluarga seharusnya memfokuskan diri pada aspek-aspek tertentu seperti:-
* Berdoa memohon keredhaan Allah.
* Mengistiqamahkan sunnah dan penghayatan Islam dalam rumah tangga.
* Membersihkan hati dan pemikiran.
* Membina kebahagiaan secara proaktif.
* Mendidik diri sendiri.
* Mengamalkan komunikasi dan hubungan kemanusiaan berkesan berdasarkan al-mawaddah(kasih sayang) dan ar-rahmah (kasih-mengasihani).
* Mengamalkan sikap dan pegangan yang betul.
* Mengamalkan suasana persekitaran yang kondusif dan merangsang dalam rumahtangga.
* Membina rumah tangga berasaskan al-Mu’asyarah bil makruf (pergaulan dan hidup bersama secara baik dan diredhai Allah).
* Pembangunan fizikal dan kesihatan.
* Muhasabah diri. Oleh itu, di manakah diri kita.

Adakah kita telah berjaya melaksanakan kesemua 11 aspek ini atau hanya separuh daripadanya sahaja.
Jika anda telah berjaya, saya ucapkan SYABAS! Namun begitu, ia masih tidak mencukupi lagi. Ada beberapa perkara lagi yang perlu dititik beratkan lagi untuk mencapai tahap IBU MITHALI ISTERI SEJATI!!!
Menurut beliau lagi, seseorang ibu dan isteri positif mesti mempunyai 9 sikap mental iaitu:-
1) Positif terhadap perubahan.
2) Positif terhadap diri sendiri.
3) Positif terhadap kepimpinan
4) Positif terhadap masalah.
5) Positif terhadap orang lain.
6) Positif terhadap keadaan emosi.
7) Positif terhadap idea kreatif.
8) Positif terhadap membuat keputusan.
9) Positif terhadap qada’ dan qadar.


Selain daripada itu beliau juga turut menggariskan beberapa petua untuk menjadi ibu mithali. Antaranya ialah :-
- Analisis diri daripada pandangan anak.
- Sedari dan fahami perbezaan anak daripada segi fizikal dan emosi.
- Bercakap benar.
- Kotakan kata-kata.
- Didik anak mengenai kemahiran sosial.
-Gunakan masa jitu untuk mengajar.
- Wujudkan suasana positif dalam rumah tangga.
- Gunakan belaian positif lebih daripada negatif.
- Padam rekod negatif dalam pemikiran anak.
- Melatih anak berfikir.
- Dedahkan anak kepada pelbagai pengalaman.
- Tunjukkan contoh sihat dalam rumah tangga.
- Memimpin anak menyempurnakan ibadah umum dan khusus.
- Hidupkan sunnah dalam rumah tangga.
- Sentiasa berdoa mendapatkan bantuan dan rahmat Allah.
- Mengenal pasti potensi anak dan menyerlahkannya.
Menjadi seorang ibu mithali bukanlah mudah. Mereka mempunyai berbagai peranan dalam rumah tangga. Paling penting adalah sebagai :-
*Pendidik keluarga.
*Pemimpin kedua dalam segala hal berkaitan rumah tangga.
*Penasihat.
*Doktor dan jururawat.
*Mendisiplinkan anak-anak.
*Kawan atau sahabat.
*Penyelesai masalah.
*Merangsang perkembangan mental anak-anak.
*Mengawasi perkembangan dan tingkah laku anak.
*Model pada anak-anak.
*Mendoakan kejayaan anak di dunia dan akhirat.
*Mengawal ekonomi rumah tangga.
*Menjaga harta suami dan keluarga.

Selain daripada itu terdapat 13 prinsip ibu mithali yang boleh dicontohi iaitu :-
1) Ibu menyerlahkan keunikan tersendiri.
2) Tidak ‘berebut kuasa’ dengan anak-anak.
3) Memahami teknik memuji dan mengkritik anak.
4) Bersangka positif terhadap kebolehan dan kecemerlangan setiap anak.
5) Mendidik anak berdikari.
6) Mempunyai nilai diri tinggi.
7) Bersedia meminta maaf daripada anak-anak.
8) Bertindak secara jamaah.
9) Mengorbankan kepentingan peribadi.
10) Memberi perhatian rapi terhadap setiap kegiatan yang dijalankan.
11) Meneroka dan merangsang potensi anak.
12) Sentiasa meningkatkan diri daripada segi keterampilan keibubapaan.
13) Sentiasa berdoa untuk kesejahteraan keluarga.

alazwar::moga diriku menjadi isteri dan ibu mithali...Amin


13 Ogos 2009

cerita lawak...

Salam..sajaja post entri nie...crita pasai sorang guru kat skolah sye ye..
nama diberi..noraini(*panggilan manja kak ani cute...(*-*))...ngenge..kak ani yang baik..cikgu sejarah kat skolah sye ye...alkisahnya...
::purse kak ani telah hilang dari tangannya..katanya mungkin ada orang yang masuk umah dia...hilangnya purse2 mgu lepas...tuptup smlam dia kata, sampai pos laju kat umah dia...
Daripada????ha....x dak pengirimnya..tp isinya adalah purse beliau...sungguh klaka...sebab penyamun 2 baik sungguh...dia calaih(org kedah punya bahasala)..duit 280rgt dalm purse2, then dia bg balik purse2..mungkin dia kesian kat k.ani sebab nak kna buuat i.c dgn lesen balik..tp 1 lagi, nasib kat kredit k.ani dia x rembat skali....tima ksihna mr penyamun...:)
alazwar::jgn tiru penyamun kat atasya...

11 Ogos 2009

Kerinduan..

Salam..jumpa lagi kita...moga sentiasa di berkatiNya..

Dah lama rasanya x menjengah blog abg fajar dan keluarga..terasa sedikit kerinduan buat Arwah Amir Yusuf...sejak sy mula berbloging, sya tlh t'masuk blog abg fajar...tiap2 hari buka laptop, kerinduan pasti menyentap sanubari..
Kerinduan buat Amir Yusuf pasti menyapa..ya, wlupn x penah mengenali wajah si kecil itu...rasanya x sempurna klu tidak membaca coretan abg fajar.

Pasti ditemani linangan air mata tatkala membaca coretan si "ayah"...penuh keikhlasan...penuh kerinduan...teringin hati ini untuk bertemu dan berbicara dengan abg fajar sekeluarga...Tak pernah si "ayah" berhenti merindui "amir Yusuf"...

Pasti ada hati2 di luar sana yang akan tersentuh tika membaca setiap coretan abg fajar...Moga Abg Fajar, K.anis dan Najla tabah selalu...Allah telah merencanakan tiap yang terjadi dan menjanjikan untuk anda yang Lebih Baik.....

::salam sayang penuh kerinduan buat Amir Yusuf di sana..Al-Fatihah::

alazwar:moga diriku dikurniakan hati seteguh Zulaikha...Amin

4 Ogos 2009

Terima Kasih...

Assalamualaikum...

Hmmm...rindunya nk jumpa my zauj...act, usia perkahwinan kami baruja masuk 5 bulan..tp masih berdua..hmmm, rindu nak rasa jd bakal ibu...hmmm,mgkn Allah blum izin untuk aku dan suami jd bakal ummi dan baba...aku slalu jugak tanya my zauj,"abg, bila kita nk dapt baby?"jawapan"sayang sabaqla yek..nant adala"...2 la lumrah org kawinkan.da berkahwin, mst nk ada anak...bendani da jadi kewajipankan...kita berkahwin untuk saling melengkapi dan menyambung zuriat Nabi Adam....
Hmmm..segangak nak post entry nie ..tapi sebagai tanda trima kasih kat suami...hmmm, rasa terharuja..teringat satu mlm 2..

24 Julai 2009
11.30 mlm...
baruja nak tidoq, tgok2 abg kat sebelah nangis...(*x la mcm aku nangis)ayaq mata dia meleleh.perbualannya....
t(panggilan my zauj kat aku): napa abg nangis?
my zauj: abg syg sgt kat t...
t: hmmm...apadia???(besala aku...)
my zauj: abg syg t...
t:t pun sma...t akan syg abg smpai bila....
aku rasa sgt terharu bila my zauj ckp mcm2...sebak pun ada...akhirnya kami sama2 nangis mlm2...hehehe,,,sweet time...bahgia sgt2..
abg...kat cn t nk ucapkan terima kasih sbb sudi jd teman t..moga kasih yg kita bina sentiasa bwh redhonya dan diberkatiNya...terima kasih sbb sudi jd teman dan kekasih yang terbaik...sudi terima t yang garang, yg suka nangis, yg ckp kuat2, yang suka merajuk, yang suka marah2...t akan terus syg abg seumur hidup t....
Terima kasih atas segalanya sayang....

alazwar:sila jgn terkejut dgn entri di atas

Cuti Hujung Minggu

Bismillah wal hamdulillah.

Da lama rasanya x update blog nie wlupun 2, 3 hr lepas da msuk untuk post entry besday mama. Macm biasala kehidupan slps berumah tangga nie agak cibuk. Kat skolah smpai pukul 5,balik umah..dalam pkul 6 bru smpai.Nak jln2 berdua dgn zauji pun susah…yeker???(hehehehe…padahal mlm2 kluaq jugak untuk dinner kat luar)

24 Julai 2009 /Jumaat

Saja mintak mr suami ambik cuti coz mak mentua dok sebut nak balik umah wan ja kat jeneria.act, musim buah sebenarnya..2 yang balik kg.Cuti israk Mikraj barunie, aku da spent masa untuk famly aku sndiri. Paginya bwk adik2 p berkelah dgn kakak aku.Sblh petang hantar adik ku Fadzlina d Bukit Kayu Hitam(SBPI Kubang Pasu).

Hari nie kami da plan nk bwk mak dgn adik2 ipar balik kg wan di jeneri. Kami bertolak dari Sedaka lbh kurang pukul 11la…smpai Guaq,(kg halamanku..heheeh)kami belila sikit ikan2 dan kueh mueh nak bwk p umah wan ckit…rasa happening jugakla nk balik kg kali nie.bukan apa, mak da janji dgn pak ndak(adik lelaki mak)nk g berkelah dkt air terjun blkg umah pak ndak(bestnya….). Sblum nie pn dah pnah balik, waktu kami lepas kahwin dlu, tue pn x dan nk p umah pak ndak sebab p mkn nasik umah wan.
Pukul 12 lbh mcm 2 kami smpai, mak ndak da goreng cucoq cempedak. Mr Suami pn dgn rajinnya ajak aku siang ikan…bestnya, lama x buat keja mcm nie sama2 dgn mr. suami.Kami siang ikan ala-ala dlm utanja, cabut perot dgn tangan ja.

Lepas jumaat bertolak g jeram blkag umah mak ndak…best…mandi smpai ujan turun…heheheh

Alamak, mlas nak ngarang pulak…kami kat jeneri smpai ptg.pas solat asar, bergerak ke umah tok wan….makan cucoq cempedak+sembang2, kami gerak balik umah

6 petang: kami ke padang ragut jumpa dgn syed kwn my zauj yang buat ternakan burung puyuh…bestnya…..(*best apa tgok puyuh ja…;)

8mlm : x balik lagipun, kami terus ke Laguna, ada carnival kedah sejahtera…x dak apapn…jln2 kat cn, pastue trus balik n singgah makan di Leman Corner (*tempat yang slalu aku dan my zauj mkn lepas kawin)

10 mlm : smpai umah…;)


aksi my zauj kat jeram...ala2 ikan duyong berehatla kunun...


aksi mak, adik2 ngan abg ambik buah rambutan

alazwar: nanti nak balik lagi kampung...:0)

Daisypath Anniversary tickers
 

Search This Blog

Memuatkan ...

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya